Bunga Citra Lestari atau yang biasa dipanggil BCL baru-baru ini menarik perhatian umum kerana pakaian yang digayakan ketika menjadi juri di dalam program realiti nyanyian terkenal di Indonesia.

IKLAN
Nampak “Ganjil” Tetapi Pants Top BALENCIAGA Cantik Bila Digayakan Oleh BUNGA CITRA LESTARI.
Foto: Ig @bclsinclair

Fesyen pakaian itu dianggap oleh netizen sebagai “ganjil”. Dalam foto yang dimuat naik ke akaun Instagram @bclsinclair, isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu dilihat memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan dirinya memakai pakaian denim. Baju tersebut menjadi bualan ramai kerana baju yang digayakan oleh BCL sebenarnya merupakan seluar, tetapi dipakai sebagai top.

Nampak “Ganjil” Tetapi Pants Top BALENCIAGA Cantik Bila Digayakan Oleh BUNGA CITRA LESTARI.
Foto; IG @bclsinclair

Bunga turut memberi kredit mention terhadap jenama pakaian yang digayakan itu dan rupanya pakaian tersebut merupakan salah satu produk jenama fesyen terkenal, Balenciaga.
Jenama antarabangsa itu baru-baru ini menerima kritikan hebat di media sosial kerana memaparkan imej tidak sesuai membabitkan kanak-kanak untuk kempen pengiklanan mereka. Kempen tersebut telah menyebabkan bintang program realiti, Kim Kardashian mempertimbangkan semula hubungannya dengan jenama itu.

Jenama itu mengiklankan koleksi hadiah, menampilkan beg tangan dalam bentuk boneka beruang dan tali ikatan yang dipegang kanak-kanak. Kempen kedua yang berasingan untuk koleksi musim bunga 2023 label itu, ditetapkan di pejabat, termasuk kertas yang memaparkan teks daripada keputusan 2008 oleh Mahkamah Agung berkaitan kes pornografi kanak-kanak.

IKLAN
Nampak “Ganjil” Tetapi Pants Top BALENCIAGA Cantik Bila Digayakan Oleh BUNGA CITRA LESTARI.
Foto: IG @bclsinclair

Berbalik kepada pakaian yang digayakan oleh pelantun Wanita Terbahagia ini, pakaian tersebut walaupun nampak ganjil tetapi tetap cantik bila disarung di tubuh Bunga Citra Lestari! Ternyata Bunga Citra Lestari merupakan ikon fesyen yang bijak bergaya dan cantik apabila mengenakan pakaian simple mahupun haute couture!

IKLAN

Nampak “Ganjil” Tetapi Pants Top BALENCIAGA Cantik Bila Digayakan Oleh BUNGA CITRA LESTARI.
Menjengah laman web rasmi Balenciaga, pakaian yang digayakan oleh Bunga Citra Lestari dikenali sebagai ‘Women’s Pants Top in Blue’ itu berharga sekitar Rp 24,7 juta. Bunga Citra Lestari sememangnya mempunya taste dalam dunia fesyen.

Peminat jenama Prada, Dior, Gucci dan beberapa jenama antarabangsa ini bukan sahaja menggayakan jenama mewah ini untuk persembahan, malah merangkumi pakaian hariannya. Such a fashionable icon!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI