ELIZABETH TAN

Wow, beraninya Elizabeth Tan mendaki sampai ke puncak Gunung Kinabalu! Menerusi media sosial, selebriti cantik ini berkongsi pengalaman mencabar yang terpaksa diharunginya ketika menakluki gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian mencecah 4,095 meter tersebut beberapa hari lepas.

Ads

Minat Elizabeth atau mesra disapa sebagai Lizzy terhadap sukan dan aktiviti gaya hidup sihat bukan lagi perkara asing dalam kalangan peminat. Malah, mereka juga sudah terbiasa melihat Lizzy melakukan macam-macam sukan lasak seperti hiking, berbasikal dan pernah menyertai larian marathon sejauh 14 kilometer!

Mengulas momen pendakian puncak Gunung Kinabalu, pelantun lagu Knock Knock ini yang tiba di Kota Kinabalu pada 22 Februari lepas memberitahu dia terpaksa bertarung dengan perasaan takut selama berjam-jam.

Nangis Berjam-Jam Sebelum Daki, ELIZABETH TAN Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Walau Takut!
Credit Instagram @elizabethtan

“Mendaki Gunung Kinabalu merupakan salah satu perkara paling mencabar yang pernah saya lakukan tapi ia sangat berbaloi. Saya berdepan macam-macam rasa takut seperti berada di tempat gelap, ketinggian, keseorangan dan sebagainya.

Sebelum mula mendaki, saya menangis berjam-jam lamanya hanya memikirkan semua perasaan takut tersebut. Tapi saya cuba berdepan halangan itu demi mahu membuktikan kepada diri sendiri yang saya lebih kuat daripada apa yang saya fikir.

Ads

Banyak kali saya nak mengalah dan fikir saya mungkin akan mati tapi saya terus cabar diri dan pastikan ia berjaya. Rasanya lepas ni saya perlu lebih percaya dengan kemampuan diri sebab saya sebenarnya mampu lakukan perkara yang di luar kemampuan.”

View this post on Instagram

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Ads
Nangis Berjam-Jam Sebelum Daki, ELIZABETH TAN Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Walau Takut!
Credit Instagram @elizabethtan
Nangis Berjam-Jam Sebelum Daki, ELIZABETH TAN Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Walau Takut!
Credit Instagram @elizabethtan
Nangis Berjam-Jam Sebelum Daki, ELIZABETH TAN Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Walau Takut!
Credit Instagram @elizabethtan

Tambah Lizzy lagi, kejayaannya mendaki Gunung Kinabalu merupakan kenangan yang paling tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Nangis Berjam-Jam Sebelum Daki, ELIZABETH TAN Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Walau Takut!
Credit Instagram @elizabethtan / Lizzy bersama suami tercinta
Nangis Berjam-Jam Sebelum Daki, ELIZABETH TAN Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Walau Takut!
Credit Instagram @elizabethtan
Nangis Berjam-Jam Sebelum Daki, ELIZABETH TAN Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Walau Takut!
Credit Instagram @elizabethtan

Seiring Hari Wanita 2022, Elizabeth Tan sudah membuktikan kemampuan dirinya yang berjaya melawan rasa takut yang dialaminya selama ini. Nona percaya selain mahu mencetus semangat dan inspirasi buat wanita lain, Lizzy berbangga dengan kejayaan berkenaan yang sudah tentu meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya sendiri.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI