Natural beauty! Gebu dan mulusnya kulit. Manis sungguh anak dara kepada aktres dan penyanyi terkenal dari seberang, Mulan Jameela yang dikenali sebagai Tiarani Savitri.
Mulan Jameela.
Berusia 22 tahun, Tiarani merupakan anak hasil perkahwinan Mulan Jameela yang terdahulu (sebelum bersama Ahmad Dhani).
Patutlah Tiarani jarang terlihat di media sosial kerana dia lebih bersifat privasi.
Ads
Namun apabila sesekali berkongsi wajahnya yang cantik manis itu di Instagram peribadi, dia sering menerima pujian daripada para pengikutnya.
CANTIK NATURAL
Sering tampil dengan wajah yang polos tanpa solekan di akaun peribadinya, Tiarani dilihat sebagai seorang gadis yang pandai menjaga kecantikan kulit.
Ads
Malah, raut wajah juga mewarisi kecantikan ibunya yang kini kekal jelita di usia 40an.
Penampilan Mulan Jameela di usia 40an, kekal menawan!
Meilhat kepada personalitinya pula, Tiarani seorang yang sederhana dalam soal penampilan, mungkin faktor usianya yang baru menginjak ke fasa remaja.
Ads
Kesimpulannya, Tiarani punya daya tarikannya yang tersendiri.
Kredit Foto: Instagram @tiaransvtr
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Drama bersiri Autumn in My Heart yang disiarkan pada tahun 2000 telah melonjakkan nama Song Hye Kyo. Selain lakonan mantap dan jalan cerita drama berkenaan, raut wajah cantik milik Hye Kyo turut membuatkan dia semakin diminati.
Lebih 20 tahun berada dalam industri, pelbagai anugerah telah diraih aktres jelita ini dan Hye Kyo berada di kelas tersendiri.
Dilahirkan pada 22 November 1981 di Daegu, Korea Selatan, ketika dilahirkan Hye Kyo dilaporkan sakit dan doktor tidak menyangka dia mampu kembali sihat. Ibu bapa Song Hye Kyo dikatakan bercerai ketika dia masih kecil. Sejak itu, dia dibesarkan oleh ibu tersayang.
Bintang yang berusia 41 tahun ini mula meminati dunia lakonan sewaktu kecil. Ketika baru berusia 14 tahun, Song Hye Kyo berjaya memenangi pertandingan model dan menjadi model untuk sebuah syarikat pakaian seragam sekolah.
Secara tidak langsung, kejayaan itu sekaligus membuka peluang buat dirinya untuk melangkah lebih jauh untuk bergelar anak seni.
Walau terkenal dan mempunyai jutaan peminat, namun sejak awal pembabitan Hye Kyo hingga hari ini… dia sangat menjaga privasi diri. Bahkan peminat di sana pun masih tidak mengetahui latar belakang keluarga Hye Kyo sepenuhnya.
Selepas kejayaan drama Autumn in My Heart, Hye Kyo membintangi drama komedi romantik Full House bersama pelakon lelaki tersohor Korea Selatan, Rain. Popularitinya terus meningkat apabila menjayakan drama Descendents of the Sun bersama aktor tampan, Song Joong Ki.
Keserasian Hye Kyo bergandingan bersama Joong Ki menarik perhatian dan bibit-bibit cinta mereka mula dihidu peminat. Pasangan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2017. Bagaimana pun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun dan berpisah pada 2019.
Saat namanya sedang berada di puncak sekitar tahun 2003, Hye-Kyo memilih untuk berehat seketika dari dunia seni selama dua tahun kerana mempelajari Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat.
Selain ingin menguasai dan fasih berbahasa tersebut, dia juga mempelajari Bahasa Kantonis apabila terpilih membintangi filem pengarah terkenal China, Wong Kar-Wai pada tahun 2013 menerusi The Grandmaster.
Selain dikurniakan bakat lakonan yang hebat, Hye-Kyo juga antara selebriti tercantik di Korea Selatan. Disebabkan rupa paras komersial yang dimiliki, wajahnya sering menghiasi kempen promosi jenama-jenama mewah antaranya Chaumet, Dior dan Levi’s.
Sepanjang penglibatannya sebagai anak seni, Hye-Kyo berjaya membuktikan kemampuan diri menjadi pelakon yang versatil hingga menerima anugerah Grand Prix iaitu pengiktirafan tertinggi buat pelakon di Korea Selatan. Kejayaan tersebut diberikan kepada Hye-Kyo menerusi lakonannya dalam drama That Winter, the Wind Blows.
Sumber: Hong Kong Tatler
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam tak berubah pelakon berbakat besar, Sherie Merlis. Meniti usia 50 tahun, dia bukan hanya kelihatan sihat dan ceria. Bahkan penampilan aktres handalan ini ibarat tidak dimamah usia dan awet muda. Bertuah empunya badan!
Terkenal sebagai anak seni yang tak lekang senyuman di bibir dan bakat lakonan yang mantap, Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin masih aktif mewarnai industri seni.
Malah, dia juga menjadi tenaga pengajar FINAS bagi mengasah kemahiran penghayatan lakonan dalam kalangan bakal pelapis baharu.
Walau industri seni hari ini menerima kehadiran ramai muka baharu namun pesona dan kemampuan Sherie sebagai pelakon sentiasa mendapat pujian dan dinanti-nantikan peminat seni tanah air.
Pendek kata, aura ibu empat anak ini masih berbisa. Sherie dilahirkan di Sibu, Sarawak dan khabarnya mewarisi keturunan Arab dan Melayu dari ayah. Manakala ibunya pula berketurunan Melayu dari Indonesia dan Cina.
Sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni, Sherie berjaya membawa watak dan menggalas karakter yang diberikan dengan sebaiknya.
Komitmen dan disiplin aktres ini dalam kariernya terbukti menerusi i-Tanggang yang menguji kemampuan Sherie melakonkan watak ibu psiko. Pelakon serba boleh!
Sebelum ini dia pernah membintangi filem Leftenan Adnan dan tahun 2022 Sherie muncul dalam filem Tablis Iblis serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada Februari 2023.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dan dikurniakan dua anak iaitu Habib Daniel, 29 tahun dan Harith Daniel 28 tahun.
Pada 2 Januari 2012, Sherie bergelar isteri kepada Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau dikenali sebagai Ash. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tengku Kaseh Anaqah berusia 11 tahun dan Tengku Areef Bolkiah, sembilan tahun.
Pesona Marion Rose Caunter Abdullah sememangnya sudah terserlah sejak dia bergelar pengacara, DJ dan model suatu ketika dulu. Kepetahannya berbicara, dikurniakan susuk tubuh menawan dan rupa paras cantik menjadikan Marion antara pengacara bukan Melayu yang diminati masyarakat. Keanggunan wanita berusia 39 tahun ini kian bersinar selepas dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.
Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Marion juga berbangga kerana dia kini memegang status ibu kepada tiga orang anak. Tapi kalau tengok bentuk tubuh Marion… tak ubah seperti anak dara. Pendek kata, ramping dan sangat bergaya.
Meskipun sudah beranak tiga namun kecantikan Marion tetap memukau pandangan. Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai, apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak sempurna. Untung suami!
Kalau anda tercari-cari inspirasi untuk sentiasa tampil mempersona walau mempunyai anak kecil dan ramai… Marion adalah salah satu contoh terbaik. Kesungguhan anak jati Pulau Pinang ini mementingkan penampilan, seharusnya diberi pujian. Iyalah, bukan senang hendak nampak cantik selalu. Terutamanya bila sudah ada bergelar ibu dan ada anak. Rutin hidup wanita akan berubah sepenuhnya.
Tambahan pula, Marion dan suami gemar melancong ke luar negara bersama anak-anak. Dalam sibuk menguruskan anak dan suami pun dia mampu tampil bergaya. Kagum! Sama ada bercuti di tepi pantai atau bandar, Marion bijak mengenakan pakaian yang sesuai bukan saja untuk dirinya bahkan seisi keluarga. Dia juga akan memastikan persalinan sedondon atau sekurang-kurangnya corak yang sama untuk ketiga-tiga anak dan suami.
Melihat cita rasa elegan Marion, jelitawan ini turut dilihat menjinjing beg tangan berjenama mewah. Antara koleksi beg tangan yang pernah digayakan Marion seperti Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton, dan seangkatan dengannya. Begitu juga aksesori lain termasuk kasut, baju, jam tangan dan cermin mata hitam… semuanya dari label fesyen antarabangsa.
Selain tertarik dengan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam. Jadi tidak hairanlah macam mana Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah ada anak tiga.
Kredit foto: Instagram Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.