Neelofa Selamat Lahir Putera Kedua, Umum Nama Bayi Lepas 7 Hari Kelahiran!

Tahniah buat pasangan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail atas kelahiran cahaya mata kedua mereka baru-baru ini. Menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada Nona, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada hari Selasa, 11 Julai lepas.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.

Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa

Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah.”

Tiga hari lepas, Neelofa sempat mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga dan kenalan rapat mengenai bayi yang bakal dilahirkan sebelum menanti detik kelahiran.

Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa
Kredit Instagram @neelofa

Dia dan Haris atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/gambar-pertama-kami-berlima-isteri-cantik-dato-azril-bersalin-anak-ketiga-malam-aidiladha/

IKLAN
Share