Beruntung Datin Noor Kartini Noor Mohamed dikurniakan tubuh badan sihat dan rupa paras memikat. Meniti usia 57 tahun, pesona ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa ini tidak perlu disangkal lagi.
8 Julai tahun ini genap 57 tahun usia Datin Noor Kartini. Masih sihat bertenaga dan aktif berniaga, tak dinafikan ibu sembilan cahaya mata yang juga nenek ini jelita dalam kelas tersendiri.
Melihat penampilannya, figura ini nyata lebih muda daripada usia sebenar. Bersandarkan status ibu selebriti, pastinya Datin Noor Kartini turut tidak terlepas menjadi perhatian khalayak.
Apatah lagi, anak-anak perempuan termasuk Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan merupakan influencer popular.
Mesra disapa Datin Tini, isteri Dato’ Abdul Halim Khan ini pernah mendedahkan petua cantik sihat yang diamalkan ialah minum air putih.
“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum
mandi dan selepas mandi,” katanya yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab.
Dalam pada itu, Datin Tini juga mementingkan sikap positif dalam kehidupan seharian. Tambahnya, “Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak selain mahu sentiasa kekal positif.
Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama
30 minit untuk kekal aktif,” terang anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Ads
Sembilan anak Datin Tini ialah Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nellisa, Nur Athira, Mohamed Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera dan Mohamed Faliq.
Ibu berjiwa kental ini juga seorang usahawan berjaya yang menguruskan empayar produk Kucate, Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen.
Siapa yang tidak mengenali pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan yang juga merupakan isteri kepada pelakon Zain Saidin. Baru-baru ini, dia telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 dengan bertemakan rona emas.
Rozita Che Wan atau lebih mesra digelar Che Ta ini sememangnya seorang personaliti yang handal melaram malah sentiasa tampil glamor dari hujung kaki sehingga hujung kepala ini. Walaupun sudah lanjut usia, Rozita Che sentiasa cantik dan bergaya persis anak dara.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Rozita binti Abu Bakar menyambut hari kelahiran pada 9 Mac di mana Che Ta dilahirkan pada 1973 dan kini usianya mencecah 50 tahun ini.
Meskipun telah mencecah usia setengah abad, Che Ta dilihat tampil anggun dan jelita dalam persalinan emas yang dikongsikan. Malah, Che Ta turut menulis kapsyen ‘Old is gold’, merujuk kepada usianya ketika ini.
Ruang komen Che Ta juga turut dipenuhi dengan ucapan selamat ulang tahun dari rakan artis dan juga para peminatnya. Rata-rata komen turut memuji penampilan Che ta yang kelihatan awet muda dan langsung tidak dimamah usia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya Mawar Karim ketika rai ulang tahun kelahiran di samping anak tersayang baru-baru ini. Tanggal 5 Jun lalu genap 35 tahun usia figura ini. Makin meningkat usia, Mawar kelihatan makin matang dan jelita.
Lima tahun menjadi ibu tunggal, status tersebut bagaimana pun bukan halangan buat pemilik nama Mawar Abdul Karim ini untuk terus mengejar impian dan berjaya dalam bidang perniagaan.
Menerusi posting terkini di Instagram miliknya, Mawar berkongsi momen sambutan ulang tahun hari kelahirannya sambil ditemani anak tersayang iaitu Wan Maryam.
Dalam gambar yang dikongsikan itu, Mawar Karim yang rai ulang tahun kelahiran tampil dalam persalinan corak abstrak dan bertudung pastel.
Manakala Maryam pula comel memakai busana putih. Terserlah wajah bahagia dua beranak ini!
Bagaimana pun kejutan yang dibuat Mawar untuk anak tersayang terpaksa dibatalkan kerana Maryam mengalami cacar air atau chickenpox.
Ujarnya, “Happy birthday to me. Actually dah book birthday trip nak bawa Maryam surprise tapi apakan daya hanya mampu rancang cancel.
Maryam balik rumah mummy yang kena surprise tengok-tengok kena chickenpox. Maryam kena bagi cepat-cepat baik ya. Kesian tengok Maryam.”
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat Mawar tidak ketinggalan mengucapkan hari lahir jelitawan ini.
Mawar yang sebelum ini cukup sinonim dengan jenama tudung eksklusif Fareeda, anak kelahiran Pulau Pinang berkenaan turut menceburi perusahaan emas yang dinamakan Mawar Jewelry.
Idea berniaga emas tercetus ketika pandemic Covid-19. Demi memastikan dia ada pengetahuan luas dalam bidang emas, Mawar turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London.
Mawar sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun perkahwinan mereka hampir enam tahun terputus di tengah jalan. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan Wan Maryam yang berusia enam tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertubuh langsing sememangnya menjadi dambaan semua wanita. Mempunyai berat badan ideal dengan ketinggian serta pemilihan makanan yang seimbang menjadi elemen utama penampilan menarik. Mana tidaknya, penampilan yang menawan pasti membuatkan si dia bertambah sayang terhadap anda. Namun persoalannya, bagaimana anda dapat mengekalkan berat ideal yang dimiliki?
Jawapannya adalah dengan menjaga pemakanan atau food intake seharian. Diet bukan untuk kelihatan cantik semata-mata malah ia bertujuan untuk membantu anda kekal sihat. Pemakanan yang tidak dikawal boleh menjejaskan sistem pencernaan tubuh seterusnya berat badan akan bertambah. Jadilah seorang yang selektif serta berhati-hati ketika memilih makanan. Amalkan sedikit panduan yang dipetik daripada Times of India berkenaan pilihan makanan yang perlu diambil dalam senarai diet anda.
SAYURAN
Tidak lengkap diet seseorang itu tanpa pengambilan sayur-sayuran. Anda boleh mengambil sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya di samping Vitamin C dan K serta asid folik contohnya bayam, asparagus dan brokoli. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu melindungi tubuh serta membekalkan empat jenis sumber mineral penting iaitu kalsium, magnesium, zat besi dan potasium.
BIJI GANDUM
Biji gandum mengandungi lebih banyak serat iaitu kira-kira 96% di samping nutrien penting dan vitamin. Anda disarankan untuk mengambil roti gandum, pasta gandum dan beras perang. Gandum mengandungi nutrien penting dan tidak menyebabkan peningkatan berat badan. Mulakan hari anda dengan bijirin gandum atau roti gandum yang dibakar.
KEKACANG
Menambah kekacang di dalam menu diet anda adalah pilihan yang tepat. Kekacang merupakan sumber protein, magnesium serta vitamin B dan E. Selain itu, kekacang sangat bermanfaat untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit jantung dan kanser. Kekacang juga bagus untuk kesihatan jantung. Anda mungkin boleh menikmati kekacang sebagai kudapan atau ditaburkan pada salad dan bijirin ketika sarapan.
YOGURT
Yogurt rendah lemak atau yogurt asli merupakan sumber vitamin, protein serta kalsium. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Makanlah yogurt sekurang-kurangnya empat cawan seminggu untuk diet anda. Jangan tambahkan gula. Sebaiknya pilihlah yogurt asli dan anda boleh menambahkan sedikit potongan buah-buahan segar atau sayur-sayuran ke dalamnya.
BUAH BERI
Anda perlu tahu bahawa buah beri juga penting untuk diet sihat kerana mengandungi serat di samping dapat membantu mengurangkan berat badan. Buah beri mengandungi antioksidan yang lebih protektif berbanding makanan-makanan lain. Antioksidan ini bukan hanya melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya malah membantu mencegah lemah daya ingatan. Amalkan makan semangkuk buah beri segar atau beku setiap tiga kali seminggu.
SERAT
Selain membantu membuatkan anda rasa kenyang, serat juga menjadikan program diet anda lebih mudah dan membantu melindungi penyakit jantung dan kanser. Selain itu, serat juga menjaga fungsi saluran pencernaan agar kekal normal dan terhindar daripada masalah sembelit. Serat juga dikatakan dapat membantu mencegah kanser payudara. Sumber terbaik bagi serat ialah gandum, biji-bijian, buah-buahan serta sayur-sayuran yang dimakan bersama kulitnya, kekacang, tepung beras, tepung gandum, epal serta strawberi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.