Dari dulu sampai sekarang memang selalu rambang mata tengok koleksi terbaharu Swarovski. Lagi-lagi bila selebriti cantik, Neelofa kerap mengayakan aksesori bertaraf antarabangsa ini. Memang tak keruan dibuatnya! Terus rasa hendak miliki semua koleksi eksklusif Swarovski untuk Hari Raya nanti.
Terkenal dengan kualiti dan kilauan mewahnya, Swarovski bukan saja dipakai sebagai aksesori harian bahkan penggunaannya kini turut diperluas dalam pembuatan tudung khusus buat wanita berhijab. Sesuai untuk mereka yang mempunyai cita rasa elegan dan versatil.
Memandangkan Syawal bakal tiba tidak lama lagi, berikut lapan item aksesori terbaru Swarovski yang menjadi pilihan Editor Nona sebagai rujukan fesyen lebaran khas buat fashionista. Check it out!
- Live Bangle (RM699)
Rona rose gold yang menyaluti gelang tangan ini sudah cukup menyerlahkan sisi kelembutan kepada si pemakai. Dengan ukiran klasik dan taburan kristal Swarosvki, menjadikan ia sesuai digayakan untuk apa jua majlis. Ketika bersantai mahupun menghadiri acara formal, Live Bangle Swarovski padan digayakan bersama seutas jam tangan.
- Ginger Bangle (RM449)
Padankan Live Bangle bersama Ginger Bangle ini untuk mendapatkan gaya sofistikated. Mempunyai rona yang hampir senada, ia adalah gelang tangan klasik yang menjadi pilihan penggemar fesyen dari zaman ke zaman. Boleh digayakan juga bersama Cosmic Rock Watch untuk penampilan yang lebih eksklusif!
- Subtle Star Bracelet (RM449)
Disaluti dengan rhodium plating, rantai tangan ini pastinya mencuri perhatian para wanita kerana rekaan yang ringkas namun tetap menawan. Bermotifkan bintang dan taburan Swarovski di sekelilingnya, Subtle Star Bracelet nyata dicipta khusus buat mereka yang berjiwa romantik.
- Lisabel Pendant (RM749)
Lisabel Pendant sesuai buat mereka yang berjiwa ranggi. Indah digayakan bersama persalinan polos termasuk ketika menyarung busana tradisi di Hari Raya, ukiran loket yang mengambil inspirasi keunikan lebah ini juga boleh digayakan tatkala bersantai. Malah, menyerlahkan lagi sisi muda si pemakai.
- Octea Nova Watch (RM1790)
Simple yet so classy! Kombinasi putih dan rona keemasan Octea Nova Watch padan digayakan untuk apa jua busana Raya. Tak perlu berlebih-lebihan kerana jam tangan ini sudah cukup mengangkat nilai eksklusif tersendiri.
- Cosmic Rock Watch (RM1690)
Untuk tampil glamor, Cosmic Rock Watch adalah pilihan yang tepat. Butiran Swarovski hitam yang terserlah di pergelangan tangan pasti meninggalkan kesan elegan. Love!
- Darci Rose Brooch (RM749)
Buat para hijabi, serlahkan gaya penarik anda dengan kerongsang kelopak bunga mawar yang serba indah ini. Batuan berwarna biru lembut di tengah-tengah kerongsang menimbulkan efek feminin. Lebih istimewa rekaan 3D menjadikan Darci Rose Brooch tampak begitu mewah!
- Facet Swan Brooch (RM659)
Rekaan kontemporari yang mengetengahkan simbol ikonik Swarovski dengan garapan rona rose gold ini nyata cantik dipadankan bersama persalinan korporat, baju tradisi mahupun sebagai pelengkap gaya tudung. Untuk kesan yang lebih menawan, suai padankan dengan aksesori Swarovski lain seperti anting-anting, rantai leher mahupun cincin.
Setiap pembelian dengan harga normal bernilai RM288, anda bakal menerima satu set sampul raya hijau Swarovski manakala bekas kotak tisu eksklusif Swarovski pula diberikan bagi pembelian RM800.
Hah.. tak sabar hendak bergaya raya dengan Swarovski, kan? Jangan risau, semua koleksi istimewa Raya ini boleh didapati di semua butik Swarovski seluruh negara dan juga di laman beli-belah online Zalora https://www.zalora.com.my/swarovski/
#Swarovski #BrillianceForAll