Dua-dua pun gebu dan comel. Ke mana saja Yusuf pergi, kelibat kucing kesayangan, Bujibu Chempel mesti mengekori dari belakang. Dah macam belangkas pun ada. Bila tengok kemesraan Yusuf dan Bujibu, terus teringat pesanan orang-orang lama yang tak bagi anak kecil terlalu rapat dengan kucing. Barangkali, bimbang si anak akan mudah terdedah kepada penyakit.

Ads

Tak bermaksud mahu mengendahkan nasihat generasi terdahulu, baik Hanis Zalikha mahupun Hairul Azreen, kedua-duanya cukup positif menangani situasi yang dianggap ‘membahayakan’ ini bagi segelintir pihak. Pada mereka,  pandangan orang lama pun harus diambil kira. Bukanlah terus tolak tepi bulat-bulat sebaliknya beberapa aspek perlu dititikberatkan termasuk soal kebersihan Bujibu sebelum haiwan jinak ini menghampiri Yusuf. Jangan senang-senang dedahkan anak dengan haiwan perliharaan seperti kucing kalau tak pentingkan bab kebersihan ya.

Oh, Patutlah YUSUF & BUJIBU Boleh Ngam Sampai Sekarang! Memang Menjadi Strategi HANIS ZALIKHA Ni

Oh, Patutlah YUSUF & BUJIBU Boleh Ngam Sampai Sekarang! Memang Menjadi Strategi HANIS ZALIKHA Ni

“Memang ramai cakap sewaktu saya mengandung dulu lagi yang kucing tidak bagus untuk bayi. Namun saya tidak mengambil pusing apa orang cakap, sebaliknya kadang-kadang Bujibu tidur sekali dengan saya yang sedang mengandungkan Yusuf ketika itu. Bagi saya kasih sayang kepada haiwan adalah satu cara terapi diri yang baik.

Kalau nak tahu, sejak Yusuf dilahirkan lagi saya sudah memperkenalkan dia kepada Bujibu. Alhamdulillah tiada masalah yang memudaratkan kesihatan Yusuf seperti asma ataupun alergik. Bujibu menjadi penghibur utama Yusuf yang senang ketawa. Bayangkan tengok Bijibu gerakkan ekor pun dia boleh gelak.”

Oh, Patutlah YUSUF & BUJIBU Boleh Ngam Sampai Sekarang! Memang Menjadi Strategi HANIS ZALIKHA Ni

Jangan tak tahu, cara Hanis melayan Bujibu pun macam manusia juga. Kena mandi, beri makan dan bersihkannya tiap hari. Malah, sebelum Bujibu tidur bersama Yusuf pun Hanis akan pastikan kucing kesayangan mereka sekeluarga ini dibersihkan terlebih dulu.

Ads

Yusuf, walau pun belum masuk umur dua tahun tapi sudah memiliki seramai 2.1 juta pengikut di laman Instagram. Sekali gus menjadikannya antara bintang cilik paling ramai pengikut di Malaysia. Terbaru, dia turut dilamar syarikat produksi untuk membintangi program realiti sendiri bersama Bujibu. Bertuah sungguh!

Oh, Patutlah YUSUF & BUJIBU Boleh Ngam Sampai Sekarang! Memang Menjadi Strategi HANIS ZALIKHA Ni

Ads

Oh, Patutlah YUSUF & BUJIBU Boleh Ngam Sampai Sekarang! Memang Menjadi Strategi HANIS ZALIKHA Ni

Mendekati perkembangan terkini Hanis Zalikha yang dilihat kurang menghiasi kaca TV waktu ini, ibu berusia 28 tahun tersebut lantas menyusun bicara. “Sebenarnya pengacaraan merupakan satu perkara yang saya sangat minati. Saya boleh mengatakan bahawa setiap kali mengacarakan sesuatu rancangan saya berasa teruja dan gembira. Namun sebaik Yuusf lahir saya lebih banyak menumpukan perhatian kepadanya dan tidak menerima tawaran mengacara. Maklumlah anak kecil sentiasa memerlukan perhatian, sebab itulah saya lebih selesa berniaga kerana ia lebih fleksibel. Kalau bercerita tentang dunia lakonan pula saya rasa sekarang mungkin bukan masa sesuai untuk aktif berlakon kerana saya tidak yakin akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang ini.

Kredit foto: Instagram @haniszalikha @yusufiskandar @bujibuchempel

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI