Industri pengurusan acara dilihat kembali rancak dan berkembang pesat apatah lagi selepas berlalunya badai pandemik yang sedikit sebanyak ‘mencacatkan’ kelangsungan kebanyakkan perniagaan.

Ibarat mimpi ngeri namun dek usaha, kerja keras serta ketahanan jiwa dalam berniaga, sebuah syarikat perhubungan awam dan pengurusan acara ini dilihat bangkit melawan arus dan kian mendapat perhatian klien-klien besar dalam menempah perkhidmatan yang ditawarkan.

IKLAN

Optimis Wanita Mampu Berjaya Dalam Pengurusan Acara, Juliahayyu Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Time Reveal!

Atas itu, padanlah Time Reveal Sdn Bhd dianugerahkan Hijabista Best Marketing & Event Organizer Award yang berlangsung baru-baru ini bersempena dengan Hijabista Fashion Awards 2023. Bertemu dengan pengasasnya, Juliahayyu Mohamad berkongsi kisah jatuh dan bangunnya dalam mengemudi empayar perniagaannya walaupun hakikatnya rata-rata bisnes ini dikemudi oleh kaum lelaki sendiri. Jadi apa agaknya rahsia kejayaan Time Reveal?

Optimis Wanita Mampu Berjaya Dalam Pengurusan Acara, Juliahayyu Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Time Reveal!
Juliahayyu Mohamad sewaktu di atas atas pentas bagi menerima anugerah Hijabista Best Marketing & Event Organizer Awards dari Tengku Permairusi Selangor Norashikin.

Majalah NONA: NONA: Boleh Puan Juliahayyu serba sedikit tentang diri sendiri, dan kongsikan sejak bila berjinak-jinak dalam dunia perniagaan?

Puan Juliahayyu: Hye Nona! Saya Juliahayyu Mohamad, berusia 43 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Saya berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Komunikasi Massa dan Perhubungan Awam dari Universiti Putra Malaysia. Saya turut memiliki segulung masters dalam bidang Pemasaran Antarabangsa dari Management & Science University (MSU). Jadi bila dah habis belajar, saya praktikan apa yang saya belajar lalu membuat keputusan untuk membuka syarikat pengurusan acara sendiri. Alhamdulillah, setelah hampir 9 tahun ditubuhkan, Time Reveal dah banyak menganjurkan acara-acara, baik berskala kecil mahupun besar, private mahupun dari sektor-sektor Kerajaan.

Majalah NONA: Kenapa memilih perniagaan pengurusan acara dan perhubungan awam berbanding perniagaan lain?

Puan Juliahayyu: Saya memilih untuk membuka perniagaan dalam ini kerana sewaktu pengajian pun saya memang mengambil jurusan perhubungan awam dan acara. Selain dari minat, saya sukakan cabaran dalam meniaga, kerana dalam bidang ini kita akan melalui perlbagai task yang berbeza apatah lagi melibatkan klien-klien yang pelbagai, jadi kami di Time Reveal perlu sentiasa berevolusi dengan idea-idea yang segar dan terkini bagi memenuhi setiap permintaan klien, sekaligus memastikan acara yang dirancang berjaya dan mendapat maklum balas yang positif.

Optimis Wanita Mampu Berjaya Dalam Pengurusan Acara, Juliahayyu Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Time Reveal!

Optimis Wanita Mampu Berjaya Dalam Pengurusan Acara, Juliahayyu Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Time Reveal!

Majalah NONA: Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan Time Reveal ini?

Puan Juliahayyu: Time Reveal merupakan sebuah syarikat yang diusahakan oleh usahawan bumiputera, terhasil melalui perkongsian idea dan kerjasama bersama rakan baik saya. Kami dah berkenalan sejak dari sekolah menengah dan beliau merupakan sahabat baik saya. Lantas, kami membuat keputusan untuk membuka sebuah perniagaan, dan memandangkan saya memiliki latar belakang dalam bidang pengurusan acara, jadi kami merasakan bidang ini dapat memberikan pulangan dari segi kepuasan. Dan alhamdulillah, tiada masalah timbul antara kami kerana kami dah saling mengenali sejak dari tingkatan 3 lagi.

Majalah NONA: Keunikan perkhidmatan yang ditawarkan Time Riveal berbanding syarikat-syarikat lain?

Puan Juliahayyu: Baiklah, di Time Reveal  kami menawarkan total-event-solution untuk  pengurusan acara di mana kami ‘memperibadikan’ setiap acara yang dirancang mengikut permintaan dan bajet klien. Selain itu, dari sudut publisiti kami di Time Reveal juga akan sentiasa memastikan klien mendapat apa yang diimpikan bersesuaian dengan bajet yang dikeluarkan. Selain itu, perkhidmatan yang kami sediakan juga pelbagai dan merangkumi setiap skop bidang pengurusan acara – sidang media, konsert, private function, festival, keraian, exhibition, dan lain-lain.

IKLAN

Optimis Wanita Mampu Berjaya Dalam Pengurusan Acara, Juliahayyu Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Time Reveal!

Optimis Wanita Mampu Berjaya Dalam Pengurusan Acara, Juliahayyu Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Time Reveal!

Majalah NONA: Kenangan pahit manis sepanjang mengemudi perniagaan Time Reveal yang kekal dalam ingatan?

Puan Juliahayyu: Bagi saya, kenangan paling pahit sepanjang terlibat dalam perniagaan ini ialah sewaktu PKP yang lepas di mana kita tak boleh menganjurkan apa jua acara berikutan larangan yang dikeluarkan Kerajaan.

Jadi pada waktu itu, memang sedikit buntu kerana kelangsungan syarikat kami bergantung kepada permintaan klien-klien kami. Apatah lagi pada waktu itu, kami melihat ramai rakan-rakan seperjuangan kami bergelut untuk terus sustain dalam perniagaan sehinggakan ada yang tutup dan sebagainya. Kami cuba bertahan dengan menganjurkan acara secara atas talian, penstriman langsung, kursus atas talian dan banyak lagi. Walaupun sukar untuk kami sendiri, namun alhamdulillah Time Reveal masih bertahan sehingga kini.

IKLAN

Untuk kenangan manis pula, tiada apa yang lebih mengembirakan kami apabila klien-klien kami gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan serta mendapat publisiti besar-besaran dari pihak-pihak media.

Optimis Wanita Mampu Berjaya Dalam Pengurusan Acara, Juliahayyu Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Time Reveal!
Puan Juliahayyu bersama keluarga ketika bercuti.

Majalah NONA: Perkembangan industri pengurusan acara dan perhubungan awam untuk pasaran sekarang menerusi perspektif Puan Julia?

Puan Juliahayyu: Bila kita bercakap tentang industri pengurusan acara, tak dinafikan ia dimonopoli oleh kaum lelaki, namun bila kami berjaya untuk mengajurkan acara-acara besar, ia ibarat satu kredit buat kami kaum wanita dimana kami juga mampu untuk bertahan dan bersaing secara sihat, apatah ia melibatkan perancangan, perincian apatah lagi jika satu-satu acara itu melibatkan seni (arts). Malah, kami sendiri pernah menganjurkan acara berskala besar di luar Malaysia seperti Indonesia, Thailand dan lain-lain.

Optimis Wanita Mampu Berjaya Dalam Pengurusan Acara, Juliahayyu Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Dengan Time Reveal!

Majalah NONA: Untuk tempoh 5 tahun akan datang, di mana Puan Juliahayyu melihat perkembangan perniagaan Time Reveal?

Puan Juliahayyu: Untuk tempoh 5 tahun akan datang, sudah pasti banyak perancangan yang kami sedang usahakan untuk kekal relevan dalam industri dan pada masa yang sama memberikan manfaat pada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa mahukan perkhidmatan yang terbaik. Jadi, kami berhasrat untuk mengembangkan perniagaan di pasaran Asia, malah kami turut merancang untuk mempelbagaikan serta mencuba untuk menganjurkan acara-acara luar dari zon keselesaan kami seperti acara kecantikan dan sebagainya. Selain itu, kami juga berhasrat untuk melahirkan serta membantu usahawan-usahawan terutama sekali dari golongan wanita untuk terjun dan seterusnya berjaya dalam bidang pengurusan acara.

Majalah NONA: Nasihat Puan Juliahayyu bagi kaum wanita yang ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Puan Juliahayyu: Sebelum menceburi dalam bidang perniagaan, mana-mana individu perlulah belajar dan terus belajar untuk kita tahu apa yang kita ceburi. Selain dari pengalaman, keep on learning kerana proses pembelajaran adalah sepanjang hidup. Kemudian, minat kena ada. Teruskan berusaha, tawakal, dan berdoa agar semuanya dipermudahkan segala urusan dalam kita melakukan perniagaan agar perniagaan itu memberikan manfaat buat orang lain. Semoga Time Reveal Sdn Bhd terus maju jaya, insya allah. Doakan kami.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI