TAN SRI DR ZETI AKHTAR AZIZ

Pesona dan kejayaan tokoh negarawan ini tidak perlu dipertikai lagi. Beliau sememangnya telah banyak memartabatkan kaum wanita. Ini terbukti apabula Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz melakar sejarah sebagai wanita pertama menjawat tugas paling penting dalam perbankan negara selama 16 tahun. Bukan satu tempoh singkat tu!

Pernah menyandang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara, penampilan Tan Sri Dr Zeti sering menjadi tumpuan masyarakat. Mana tidaknya, setiap kali muncul di hadapan khalayak, pasti ramai yang sudah dapat menjangkakan busana wanita hebat ini.

Sejak awal pembabitan beliau dalam dunia korporat, Tan Sri Dr Zeti cukup sinonim dengan gaya tersendiri dan bagaikan sudah ‘melekat’ dengan persalinan kurung rona biru lengkap dengan aksesori rantai leher mutiara.

Nampak ringkas tapi penuh elegan!

Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA!
Tan Sri Dr Zeti

Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA! Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA!

Menelusuri latar belakang Tan Sri Dr Zeti, beliau merupakan puteri tunggal kepada pasangan yang juga tokoh ilmuan negara iaitu Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Sharifah Azah Mohammad Alsagoff atau Azah Aziz.

Tan Sri Dr Zeti dilahirkan pada 26 Ogos 1947 di Johor Bahru. 

Tanggal 15 Disember 2020, bapa kesayangan Tan Sri Dr Zeti atau dikenali sebagai Pak Ungku telah kembali ke rahmatullah pada usia 98 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA! Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA! Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA!

Allahyarham yang juga tokoh akademik tersohor dalam bidang ekonomi di peringkat antarabangsa pernah menjadi Naib Canselor Universiti Malaya selama 20 tahun sejak 1968 hingga 1988.

Atas jasa dan sumbangan Allahyarham, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz pada 31 Disember 2020.

Kebijaksanaan Prof Ungku Aziz nyata diwarisi Tan Sri Dr Zeti yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta dan kemudian bergelar siswazah Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Analitikal dari Universiti Malaya (UM) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa di University of Pennsylvania pada tahun 1978.

Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA! Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA! Pakai Kurung Biru & Rantai Mutiara, TAN SRI DR ZETI Wanita Pertama Jadi GABENOR BANK NEGARA!

Menurut laporan media, Tan Sri Dr Zeti mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Dr Tawfiq Ayman. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Alif Ayman Aziz dan Abdul Aziz.

Beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh pada tanggal 1 Mei 2000 sekaligus mencatat sejarah menjadi wanita pertama memegang jawatan berkenaan.

Bersandarkan kecemerlangan Tan Sri Dr Zeti mengendalikan bidang perbankan negara, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Gabenor Bank Negara pada 1 Mei 2011 bagi tempoh lima tahun seterusnya. Kini, Tan Sri Dr Zeti juga merupakan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pada Disember 2017, Tan Sri Dr Zeti menerima anugerah Darjah Matahari Terbit (Order of The Rising Sun) iaitu antara darjah kebesaran tertinggi di negara Jepun.

Di samping itu, beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia pada tahun 2015 dan diiktiraf sebagai Gabenor Bank Kelas A untuk tahun ke-11 berturut-turut dari Majalah Global Finance pada tahun 2014.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI