Cantiknya pengantin! Terpikat kemeriahan suasana majlis pernikahan kerabat diraja Selangor dan Perak, Yang Mulia Raja Farina Freesia Dr Raja Putra Shah. Cukup eksklusif dan indah! Ditambah pula lokasi majlis yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah. Bukan sebarangan orang boleh masuk.

Memilih tarikh istimewa 11 November 2022 sebagai detik ijab kabul, personaliti jelita ini selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Mohamad Aqif Rezza Dato’ Sri Rizal dengan hanya sekali lafaz.

Ads

Sambil disaksikan 200 tetamu yang hadir, ruang masjid yang dihias mewah dengan garapan rona putih menyerlahkan simbolik kesucian ikatan cinta yang terbina di antara uda dan dara.

Solekan Naqiah Rahim berjaya menaikkan seri wajah dan keanggunan pengantin perempuan yang merupakan anak kepada pasangan Yang Mulia Dr Raja Putra Shah Raja Shahar Shah dan Yang Mulia Tengku Soraya Yusof Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Darul Ehsan Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Alhaj.

Terserlah sisi bahagia Raja Farina saat berada di samping suami tercinta dan keluarga tersayang.

Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina

Ujar anak keempat daripada lima beradik ini, majlis pernikahan tersebut meninggalkan kenangan terindah dan penuh makna kerana busana yang disarung waktu itu merupakan ilham rekaannya sendiri yang direalisasikan menerusi jenama The House of Royale iaitu perniagaan milik Raja Farina dan kakak, Raja Lorena.

Lebih istimewa, Raja Farina juga bertuah kerana berpeluang memakai rantai leher warisan turun-temurun milik nenda tersayang iaitu Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Ampuan Selangor Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah Almarhum Sultan Sir Idris Murshidul Al-Azzam Shah Rahmatullah.

Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina
Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina
Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina
Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina

Kongsi wanita berusia 28 tahun ini lagi, segala dekorasi dan perincian majlis berkenaan dilakukannya bersama kakak, Yang Mulia Raja Lorena sambil dibantu team Royale Impression. Manakala hantaran nikah pula digubah nenek saudara, Yang Mulia Raja Azura.

Mengulas detik pertemuan pasangan mempelai, Raja Farina berkata mereka mula berkenalan sejak di bangku sekolah. “Kami kenal ketika zaman sekolah menengah lagi tapi betul-betul mengenali selepas diperkenalkan saudara saya sekitar tahun 2016. Sejak itu, kami banyak kali keluar bersama tapi dengan kawan-kawan yang lain.

Jujurnya, kami ambil masa yang agak lama untuk ke fasa seterusnya sebab kami memang berkawan baik dan tak mahu persahabatan antara kami terjejas. Jadi, selepas puas berfikir kami sepakat jalin hubungan lebih serius pada Februari 2017.”

Ads
Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina
Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina
Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina

Menjawab persoalan mengenai keistimewaan suami di matanya, Raja Farina memberitahu suami memenuhi semua kriteria yang diinginkan selama ini.

“Dia memiliki semua ciri yang saya mahu dan berjaya menambat hati saya. Seorang lelaki yang disenangi, sangat memahami, melindungi saya sebaik mungkin, menyokong apa saja yang saya buat dan selalu mengingatkan saya untuk sentiasa merendah diri.

He always have the purest heart and oh not to forget, he is super funny, never a dull moment with him,” ujar menantu kepada Dato’ Sri Mohd Rizal Dato’ Haji Abdul Rahim dan Datin Sri Dr Nazura Mohamed Sayuti ini.

Ads

Pasangan mempelai ini turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi pada 25 Februari depan. Manakala majlis sambut menantu pada 5 Mac.

Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina
Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina
Pakai Rantai Warisan DYMM Tengku Ampuan Selangor, Momen Indah Pernikahan RAJA FARINA Bergelar Isteri!
Foto Koleksi Raja Farina

Ditanya penerimaan keluarga terhadap suami, Raja Farina menambah, “Alhamdulillah, keluarga merestui dan menerima baik ‘kehadiran’ suami dalam keluarga saya. Sejak pertama kali saya bawa suami bertemu famili pun, mereka selesa dengan peribadinya termasuk anak-anak buah. My niece and nephews loves their Uncle Aqif, some of them even chose him over me!

Saya harap kami dapat sama-sama membina keluarga bahagia kelak dan mencipta memori indah di samping akan sentiasa saling menyokong impian masing-masing.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI