Inspirasi

Pakej Lengkap Bakal Permaisuri Brunei, Pengiran Anak Sarah Anggun Usia 37 & Ibu 4 Anak!

Bakal Permaisuri Brunei, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah sering menjadi perhatian masyarakat. Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, Pengiran Anak Sarah juga menarik tumpuan rakyat di negara ini kerana penampilan yang mempersona dan tingkah laku sarat dengan nilai wanita Timur.

9 April lalu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah genap berusia 37 tahun. Meskipun menghampiri usia 40 tahun namun kejelitaan wanita bangsawan ini seakan tidak memudar.

Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.

Kredit Instagram @pengirananaksarah
Kredit Instagram @pengirananaksarah
Kredit Instagram @pengirananaksarah

Hasil perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

Bukan hanya sering menyantuni rakyat Brunei, Pengiran Anak Sarah turut merupakan penderma darah tetap di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Kredit Instagram pengirananaksarah
Kredit Instagram @pengirananaksarah
Kredit Instagram @pengirananaksarah

Artikel https://www.nona.my/jadi-penderma-darah-tetap-pengiran-anak-sarah-personaliti-diraja-brunei-berjiwa-prihatin/

Daripada gambar yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Pengiran Anak Sarah tenang menjalani prosedur menderma darah dan menjalani prosedur di sana beberapa tahun sebelum ini.

Pengiran Anak Sarah yang dikhabarkan sebagai bakal Permaisuri Brunei ini berkahwin dengan pewaris Sultan Brunei, Pengiran Muda Mahkota ketika berusia 17 tahun.

Kredit Instagram @pengirananaksarah
Kredit Instagram @pengirananaksarah

Perkahwinan Baginda berdua pernah mendapat perhatian dunia dan mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year’ kerana berlangsung dengan cukup gilang-gemilang dan mewah serta dihadiri pemimpin-pemimpin dari seluruh pelusuk dunia.

 

IKLAN
Share