Personaliti Diraja Brunei, Yang Teramat Mula Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah sentiasa mencuri perhatian khalayak. Bukan hanya kerana raut wajah yang cantik dan penuh kelembutan, bahkan juga kerana keperibadian yang dimiliki.

Baru-baru ini, kelibat Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sekali lagi menarik tumpuan.

IKLAN

Daripada gambar yang dikongsikan di akaun SR Design Brunei, kelihatan Pengiran Anak Sarah tenang menjalani prosedur menderma darah di sana.

Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!
Kredit Instagram @pengirananaksarah
Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!
Kredit Instagram @srdesign.brunei
Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!
Kredit Instagram @srdesign.brunei

Beberapa tahun sebelum ini pun Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah menjalani prosedur menderma darah di Hospital RIPAS.

Memetik kenyataan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, “We never know what people go through in their respective walks of life. Some live full, healthy lives but for some people, life can take a turn in an instant.

We may not be able to help with every single health case but by donating blood, we can do our part and save a number of lives.

A relatively simple and painless process that we as donors go through can ultimately be someone’s lifeline. So I encourage anybody who fits the criteria to donate blood to do so.

Thank you to all the people working at Blood Bank RIPAS for your continuous hard work in keeping the country’s blood supply up!”

Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!
Kredit Instagram @srdesign.brunei
Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!
Kredit Instagram @srdesign.brunei
Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!
Kredit Instagram @srdesign.brunei

Setuju dengan kenyataan Pengiran Anak Sarah mengenai pendermaan darah. Walau usaha ini nampak kecil kepada penderma namun ia sangat besar maknanya buat penerima yang memerlukan.

Apatah lagi, menderma darah juga memberi manfaat tersendiri kepada tubuh badan si pemberi.

IKLAN

Antara kelebihan menderma darah ialah berupaya menurunkan risiko serangan jantung, merangsang penghasilan sel darah baru dan mengurangkan risiko kanser.

Malah, di Malaysia juga individu yang kerap menderma darah di Pusat Darah Negara dan hospital terlibat berpeluang mendapat keistimewaan rawatan secara percuma bergantung jumlah pendermaan mereka.

Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!
Kredit Instagram @srdesign.brunei

Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Jadi Penderma Darah Tetap, Pengiran Anak Sarah Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!

IKLAN

Mendekati personaliti diraja Brunei ini, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah diputerikan pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei dan merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Ab Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.

Pernah mendapat julukan majlis perkahwinan ‘Asian Wedding of the Year’ kira-kira 18 tahun yang lalu, pesona Pengiran Anak Sarah menjadi bualan hingga ke hari ini.

Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut menyaksikan ia dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/macam-lisa-surihani-kejelitaan-personaliti-diraja-brunei-ini-sentiasa-jadi-perhatian-ramai/

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI