Dalam tempoh setahun dibelenggu pandemik COVID-19, tidak banyak perkembangan tentang fesyen dilaporkan termasuklah dari jenama aksesori Pandora.
Namun sepi itu bukan sepi biasa, kerana sebaik arahan PKP 2.0 dilonggarkan, Pandora Malaysia terus melancarkan koleksi terbaharu Spring Collection 2021.
IKLAN
Bayangkan sebuah taman orkid dengan deretan balang loceng kaca. Di antara jambangan bunga-bunga segar, ada aksesori Pandora yang mengerlip di hujung mata.
Gelang tangan berhiaskan charms daisy rona merah jambu dan ungu, senada rekaan cincin, rantai dan anting-anting menyerlahkan keriangan dan harapan yang tersimpan.
Turut menambah seri, kehadiran bintang-bintang digital seperti Nynaa Harizal, Naddy Rahman, Sonia Naidu, Elecher Lee, Yvonne Chua, Christinna Kuan, Qiu Wen, Mao, Yifei dan the Sarah Sisters menjadikan majlis lebih bermakna.
IKLAN
Majlis yang diadakan di Orchid Conservatory, The Majestic Hotel itu turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Sri Meer Sadik dan Pengarah Urusan Pandora Malaysia & Brunei, Datin Sri Zarida Noordin.
IKLAN
SUPERWOMAN
“Kini sudah masanya untuk kita berfikiran positif dan melangkah maju selepas setahun dilanda pandemik COVID-19. Saya seronok mendapat tahu bahawa majlis Pandora yang diadakan dengan pematuhan SOP dan penjarakan fizikal yang ketat ini majoritinya adalah yang pertama dihadiri oleh tetamu hari ini,” ucap Datin Sri Zarida seraya merasmikan majlis tersebut.
Sambil memberi ucapan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita khususnya followers Majalah Nona, Datin Sri Zarida turut berkongsi pelbagai rintangan dan cara beliau mengatasi masalah perniagaan semenjak pandemik melanda. Ikuti perkongsian beliau dalam Superwoman Talk, eksklusif di saluran YouTube, Facebook dan Instagram Majalah Nona.
Kalau sudah namanya Dato' Siti Nurhaliza, pakai tudung apa pun cantik. Setuju?
Sebenarnya seni penggayaan hijab bukanlah kerana siapa pemakainya, tapi kesesuaian tudung dengan bentuk muka seseorang dan baju yang dikenakan.
Tak semua orang sesuai dengan gaya tudung bawal dan tak semua juga sesuai dengan gaya selendang @ shawl. Pada akhirnya ia berbalik pada karakter serta bentuk muka kita sendiri.
Cuma kebelakangan ini, Dato’ Siti Nurhaliza dengan auranya yang effortlessly beautiful membuatkan sesiapa pun terpaku, lebih-lebih lagi apabila mengenakan tudung empat segi.
Teringat kenangan waktu penggambaran cover depan Nona dengan Dato' Siti Nurhaliza, seronok kami berbual kerana beliau tetap Siti yang sama dengan kelembutan dan kerendahan hati yang serupa.
Membuka mukadimah bicara, sebagai seorang wanita, Dato’ Siti sebenarnya sangat gembira melihatkan perkembangan Muslimah hari ini yang lebih bijak berfesyen serta yakin mengenakan hijab.
“Saya turut bangga kerana hijab mampu mendorong segelintir artis yang tidak berhijab untuk memulakan perniagaan hijab. Ia adalah permulaan sesuatu yang positif dan membanggakan.
Tapi secara peribadi, saya menggemari semua koleksi Ariani, tidak kiralah helaian square printed, shawl mahupun instant yang selalu dipakai ke pelbagai acara,” ceritanya dalam nada teruja.
BISNES KEMBALI RANCAK
Kisah perkembangan butik Creacion by Siti Nurhaliza di bangunan Jakel Mall seterusnya membuka lembaran kisah peluang perniagaan yang lebih kukuh dan mantap.
Berbekalkan saiz butik yang semakin membesar, himpunan koleksi ready to wear beliau juga semakin banyak dan cukup menarik.
Satu lagi kelebihan Creacion adalah harganya yang mampu milik. Peminat saya boleh mendapatkan koleksi ini, sama ada yang premium atau mass market untuk digayakan pada hari raya nanti,” kongsi Dato’ Siti tentang perniagaan butiknya yang kini terdapat di Jakel Mall, di Senawang dan Shah Alam.
Ekspektasi perniagaan Dato’ Siti… “Sebolehnya saya mahu mengangkat Creacion sebagai sebuah perniagaan francais dan melahirkan lebih ramai usahawan wanita.
Manakala tentang perniagaan SimplySIti, buat masa ini saya banyak tumpukan pada pasaran media sosial selain giat mempromosikannya di pelbagai tempat, seperti di Kelantan baru-baru ini,” ujar beliau dengan ramah.
Mungkin ada di kalangan wanita yang agak kurang yakin menggayakan skirt labuh. Apa kata sekali skala cuba berekspresi dalam berbagai-bagai gaya skirt agar penampilan dirimu tampak berbeza.
Berikut NONA kongsikan beberapa tip untuk memilih skirt labuh sesuai dengan bentuk fizikal dan personaliti diri anda.
SKIRT LABUH DENGAN PERINCIAN LIPATAN
Tidak hanya sekadar skirt labuh biasa, anda boleh mencuba skirt labuh dengan perincian lipatan. Jenis skirt labuh begini biasanya menggunakan fabrik sifon. Padu padankan dengan kemeja-T atau blaus yang ringkas. Daripada segi saiz pula, pilih skirt labuh dengan ukuran sederhana bersesuaian dengan mood kasual.
SKIRT LABUH YANG SELESA
Dalam apa jua gaya fesyen soal keselesaan jadi keutamaan. Ini kerana keselesaan mampu menentukan gaya. Jika perincian skirt labuh terlalu penuh dan berlebihan, ia boleh menjejaskan pergerakan anda. Oleh itu pastikan anda memilih skirt labuh yang anda selesa pakai.
PILIH TEMA KASUAL
Gaya utama yang harus anda terapkan ialah gaya kasual dan ringkas. Pilih sahaja skirt labuh daripada bahan denim atau kapas. Elakkan sama sekali memakai skirt labuh daripada fabrik kulit mahupun satin. Skirt sebegini sesuai untuk digayakan ketika bersiar-siar.
PADUAN SUAI PADAN YANG TEPAT
Jika anda suka menggayakan skirt labuh daripada fabrik denim maka penampilan anda haruslah kasual. Anda boleh memaksimumkan gaya dengan kombinasi blaus polos yang diserasikan dengan jaket denim. Dengan cara ini gaya anda akan kelihatan lebih santai dan ranggi.
BERANI BERMAIN MOTIF
Jika anda seorang yang berani mencuba dan suka bereksperimen dengan fesyen, anda boleh memilih skirt labuh dengan aneka corak sama ada kotak-kotak, jalur dan juga cetakan flora. Jika anda mengenakan skirit labuh dengan corak flora, gandingkan bersama item yang polos sama ada blaus, kardigan dan sebagainya. Corak yang dipilih juga seelok-eloknya yang kecil dan ringkas. Elakkan daripada memilih corak-corak besar kerana ia akan menyebabkan perhatian tertumpu pada bahagian tersebut.
Mungkin wanita cukup arif mengenai fesyen untuk digayakan saat menghadiri majlis makan malam ataupun acara berprestij. Namun rata-rata wanita sering mengabaikan gaya pakaian untuk melakukan aktiviti sukan atau beriadah. Pemilihan pakaian yang sesuai memainkan peranan penting untuk memastikan anda berasa selesa dan nyaman.
Nona kongsikan tip memilih pakaian paling tepat dan sesuai untuk digayakan ketika melakukan aktiviti sukan!
REKABENTUK PAKAIAN SUKAN
Setiap jenama pakaian sukan menghasilkan rekabentuk baju sukan yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah seluar sukan ada menyediakan poket dimana kebiasaannya si pemakai boleh meletakkan kunci atau telefon di bahagian poket tersebut semasa larian. Pamakaian skirt juga tidak terlalu labuh dan pemilihan tudung sukan haruslah menutupi bahagian dada yang mungkin membuatkan sesetengah orang lebih selesa.
OUTDOOR/INDOOR
Bagi sukan outdoor pula, digalakkan memakai pakaian sukan yang terang warna supaya tidak panas. Sebagai contohnya, jika anda boleh memakai pakaian sukan yang gelap untuk senaman aerobik indoor atau berlari atas ‘treadmiill’ di gimnasium, tetapi pakaian tersebut tidak sesuai dipakai untuk aktiviti yang sama di luar.
Apabila menyertai pertandingan larian, anda disarankan mengikut pakaian sukan yang dinasihatkan oleh tenaga pengajar sendiri atau mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pakaian sukan mampatan yang sesuai dan selesa sedikit sebanyak akan mempengaruhi anda untuk menamatkan larian sehingga ke garisan penamat.
KEADAAN CUACA
Mengikut kajian sains, warna hitam banyak menyerap cahaya matahari berbanding dengan warna terang. Maka digalakkan memakai baju yang terang ketika bersenam diwaktu siang. Alat-alat tambahan juga boleh digunakan bagi mengelakkan cahaya matahari semasa bersukan antaranya memakai cermin mata khas untuk larian, memakai losyen perlindung matahari yang memberi kesan perlindungan UV dan memakai jam tangan getah berbanding memakai jam tangan yang talinya diperbuat daripada besi.
KESELESAAN
Apa-apa jua pakaian yang dipilih untuk bersukan perlulah selesa supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Anda juga perlu pastikan pakaian tersebut tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan anda semasa bersukan. Baju yang terlalu ketat mungkin akan menjerut peredaran darah dan mungkin akan terkoyak semasa melakukan aktiviti regangan terutama dibahagian celah kangkang seluar atau pon di bahagian celah ketiak. Maka pastikan memilih baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang betul mengikut ukuran badan anda. Tetapi, janganlah pula memakai pakaian yang gelebeh atau terlalu besar kerana dikhuatiri akan merentang arus angin, membahayakan keselamatan dan membataskan pergerakan aktiviti sukan anda.
KESESUAIAN TEMPAT
Ada sesetengah wanita minat memakai pakaian sukan yang bewarna terang tetapi bimbang terlalu menjolok mata. Untuk aktviti sukan yang biasa, anda boleh memakai sebarang baju sukan mengikut keselesaan anda sendiri tetapi jangan terlalu berlebihan yang mungkin membawa sebarang kemalangan. Anda boleh memakai baju terang ketika bersukan bersama rakan-rakan wanita anda yang lain.
TERANG
Aktiviti sukan bukan sahaja boleh dilakukan pada waktu pagi dan petang. Ramai juga yang suka bersukan pada sebelah malam atau subuh mungkin kerana masa yang terlalu sibuk atau pon lebih selesa bersukan pada waktu malam dan subuh. Bagi mereka yang suka bersukan pada waktu malam ataupun subuh, digalakkan memakai pakaian sukan yang terang atau ada sebarang ‘reflective’ atau cahaya pemancaran pada pakaian anda bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak di ingini berlaku.
HIJAB
Bagi mereka yang beragama islam, tudung sukan juga penting dalam melakukan aktiviti sukan. Kini terdapat pelbagai fesyen tudung yang dipakai oleh wanita. Selendang tidak sesuai digunakan sama sekali kerana terlalu panjang dan mungkin akan mengganggu aktiviti sukan anda. Tudung yang anda pilih untuk bersukan mestilah mudah dipakai dah tidak memberi kesan panas di bahagian kepala. Kain tudung yang sesuai digunakan ialah kain licra dan microfiber dimana kain tersebut akan mengikut ukuran bentuk kepala anda dan mengelakkan ia dari bergerak atau terjatuh. Penggunaan pin di tudung tidak digalakkan semasa bersukan kerana boleh mengakibatkan kecederaan di bahagian badan.
FABRIK YANG SESUAI
Fabrik yang digunakan juga perlulah di ambil kira. Kita bersukan mengeluarkan banyak peluh. Fabrik yang digunakan perlulah dari kain kapas yang menyerap peluh atau pun fabrik yang mempunyai aliran udara keluar dan masuk dengan baik. Ini juga penting bagi penjagaan kulit anda dan mengelakkan sebarang infeksi pada permukaan kulit akibat peluh. Fabrik tersebut juga perlulah ringan bagi memudahkan pergerakan dan tidak menambahkan beban tambahan pada badan anda ketika bersukan. Bergantung juga pada jenis aktiviti sukan yang dilakukan sebagai contoh, renang memerlukan pakaian yang diperbuat daripada spandex yang ringan apabila bertindak balas dengan air dan kebanyakan tempat kolam renang mensyaratkan pemakaian khas baju renang.
SPORT BRA
Anda digalakkan memakai sports bra semasa menjalankan aktiviti sukan. Selain daripada memberi keselesaan semasa bersukan, ianya penting untuk memberi sokongan yang baik di bahagian dada.
KASUT
Penggunaan jenis kasut berbeza mengikut aktiviti sukan yang dilakukan seperti contoh permainan badminton mempunyai rekabentuk kasutnya yang tersendiri dimana fungsi tapaknya dapat memberi kesan yang kuat dan mengelakkan dari tergelincir di atas gelanggang badminton. Kasut juga penting bagi mengelakkan pergelangan kaki dari terkehel. Jangan sesekali bersukan hanya menggunakan selipar atau kasut bertumit kerana ia tidak sesuai dan boleh mengakibatkan kecederaan dibahagian kaki. Sesetangah orang juga berasa malas atau tidak menghiraukan penggunaan stokin. Stokin penting bagi mengelakkan kaki dari melecet. Pastikan juga tali kasut anda sentiasa terikat rapi dan tapak kasut tidak haus untuk mengelakkan dari tergelincir terutama ketika berada di kawasan licin.