Diam tak diam dah 24 tahun usia perkahwinan pasangan selebriti terkenal dunia ini. Walau dah lebih dua dekad Victoria Adams dan David Beckham bergelar suami isteri, namun kemesraan di antara mereka masih mekar seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta!

Buktinya, setiap kali tanggal 4 Julai menjelang baik Victoria mahupun Beckham tidak ketinggalan mengungkap ucapan romantis sempena ulang tahun perkahwinan mereka berdua.

IKLAN

Terbarahu, bersempena ulang tahun perkahwinan ke-24 pemilik label fesyen Victoria Beckham ini memuatnaik video romantis di Instagram miliknya yang mempunyai lebih 30 juta followers.

Video berkenaan meraih hampir tiga juta tontonan yang menyaksikan pasangan ini memotong kek perkahwinan dalam persalinan sedondon ungu.

VIDEO POTONG KEK KAHWIN VICTORIA & BECKHAM 24 TAHUN LEPAS

Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @victoriabeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @davidbeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @davidbeckham

Kongsi Victoria atau lebih dikenali dengan gelaran Posh, “Still holding hands and still laughing (with you not just at you) I love you so much David Beckham.”

Enggan terlepas meraikan momen istimewa berkenaan, bekas bintang bola sepak Manchester United ini turut menitipkan ucapan yang menyentuh perasaan.

“On this day 4.7.99. 24 years and counting. To the best wife , mummy and drinking partner (most of the time). Happy Anniversary, love you so much Victoria Beckham.”

Malah Beckham turut meletakkan nama empat anak mereka iaitu Brooklyn Beckham, Romeo Beckham, Cruz Beckham dan Harper Seven.

Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @davidbeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @davidbeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @davidbeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @davidbeckham

Difahamkan sejak Victoria menganggotai kumpulan Spice Girls lagi dia sudah tertawan dengan pesona wanita jelita berkenaan. Tak sangka dari sekadar meminati dari kaca televisyen saja akhirnya Beckham berjaya menambat hati Victoria.

IKLAN

Memetik laporan Hello Magazine, pasangan paling berpengaruh di UK ini mula bertemu pada tahun 1997. Dua tahun menyulam cinta, Victoria melahirkan bayi lelaki comel diberi nama Brooklyn pada Mac 1999.

Hampir empat bulan selepas bergelar ibu, Victoria dan Beckham dilaporkan ‘terbang’ ke Ireland untuk melangsungkan perkahwinan.

Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @davidbeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @victoriabeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @victoriabeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @victoriabeckham

Negara Ireland dipercayai menjadi lokasi tumpuan bagi pasangan berprofil tinggi untuk berkahwin.

Pada majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu, Victoria anggun menyarung busana indah rekaan Vera Wang.

IKLAN

Tiga tahun berikutnya, mereka dikurniakan cahaya mata kedua yang diberi nama Romeo yang dilahirkan di London diikuti anak ketiga, Cruz yang lahir pada Februari 2004.

Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @victoriabeckham
Pasangan Paling Berpengaruh, 24 Tahun Kahwin Victoria & Beckham Imbau Gambar Lama Cetus Teruja Peminat!
Kredit Instagram @victoriabeckham

Rumah tangga Victoria dan Beckham lebih meriah dengan kelahiran anak keempat yang merupakan satu-satunya anak perempuan pada tanggal Julai 2011. Bayi perempuan comel tersebut diberi nama Harper Seven.

Tidak hanya hebat menjadi isteri dan ibu, Victoria turut melakar kejayaan sendiri apabila dia dinamakan sebagai UK’s Most Successful Entrepreneur 2014 menerusi perniagaan
label fesyen Victoria Beckham.

Dalam masa 5 tahun sahaja, empayar niaga Victoria berjaya mencatat jualan daripada 1 juta pound sterling ke 30 juta pound sterling!

Artikel berkaitan https://www.nona.my/bila-dia-renung-saya-jadi-lemah-pierce-brosnan-tetap-terpikat-peribadi-isteri-walau-lebih-2-dekad-kahwin/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI