
Usia bukanlah penghalang untuk seseorang tampil bergaya. Ini kerana golongan berusia pun boleh kelihatan lebih muda dengan gaya suai padan.
Seperti pasangan berusia 80-an dari Taiwan, Wan-Ji Chang dan Sho-Er Hsu yang merupakan pengusaha kedai dobi yang telah beroperasi selama lebih 70 tahun.


Ia bermula apabila cucu mereka, Reef Chang telah memujuk datuk dan neneknya itu untuk bergambar bersama sambil menggayakan mereka.
Apa yang menariknya, pakaian yang digayakan itu sebenarnya bukan milik mereka tetapi milik pelanggan dobi yang tidak pernah mengambilnya semula.


Jom kita lihat gaya pasangan berjiwa muda ini.
Layering Sweater
Mereka menjumpai sehelai baju sejuk berwarna coklat yang tidak diambil sejak 20 tahun lalu dan kemudian disuai padankan dengan pakaian mereka sendiri.

Hasilnya, gaya padanan warna hitam dan putih tercipta.
Gaya Retro
Tema warna putih dan biru digayakan oleh Sho-Er dan Wanji.

Wanji menyarungkan blazer biru laut manakala Sho-Er menggayakan gaya retro dalam satu rona.
Street Style
Mereka turut mencuba gaya jalanan. Wanji memilih jaket yang tidak diambil oleh pelanggan dalam tempoh 5-10 tahun lalu. Dia memadankannya dengan kemeja-t putih dan seluar pendek denim.

Sho-Er pula memakai t-shirt bersaiz besar yang tidak diambil dalam tempoh 3-5 tahun dan digabungkan dengan pakaiannya sendiri.
Gaya Rock ‘n Roll
Sho-Er menggandingkan baju putih bersaiz besar dengan skirt midi kuning air. Tali pinggang, kasut sukan dan cermin mata hitam menjadi pelengkap gayanya.

Wanji pula memadankan baju hitam (yang disinsing di bahagian lengannya) dengan seluar baggy. Gaya dilengkapkan dengan kasut sukan.
Berikut beberapa lagi koleksi gambar pasangan sweet dan romantik ini.




