Setiap wanita yang bergelar ibu pasti mengingati momen terindah saat mengandungkan anak pertama. Menempuh pengalaman baru selama 9 bulan penuh dengan tanda tanya. Namun, bila tiba saat mengandung anak kedua, mungkin sudah hilang sedikit debar seperti kali pertama mengandung.
Mungkin ini yang dialami oleh Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi. Walaupun sedang sarat mengandung anak kedua, pelakon ini tetap tampil cantik dan menawan. Mia juga banyak berkongsi tip dengan ibu muda lain tentang kehamilannya kali ini.
Setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza ketika menyusukan anak. Memang benar kata Mia Ahmad, bukan mudah untuk menempuh fasa tersebut. “First time mom or mom to be please educate yourself tentang ilmu breastfeeding (if you want to breastfeed). Breastfeeding is not easy, but it’s all gonna be worth it!,” coret Mia di laman media sosialnya.
Mia Ahmad juga berharap dapat berkongsi lebih lagi tentang perjalanan kandungan keduanya ini. “Banyak lagi nak share sebenarnya, macam supplemen apa Mia consume dan Mia amalkan baca Mathurat setiap pagi dan petang. Please pray for my smooth delivery!” tulis Mia lagi.
Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi telah menimang cahaya mata sulung pada 28 September 2018 seberat seberat 3.27 kilogram. Berkongsi tentang kelahiran anak pertamanya dahulu, tak sangka Mia berpantang secara tradisional.
Sebaik sahaja anak sulungnya, Sayf Issa dilahirkan, Mia mengamalkan proses berpantang secara tradisional. Sepanjang dalam tempoh berpantang, wanita ini rajin melakukan amalan bertungku dan sauna setiap pagi dan petang termasuk berurut serta bertangas.
Nampaknya, ibu moden seperti Mia juga percaya amalan berpantang secara tradisional berkesan untuk membantu ibu di dalam pantang menjaga kesihatan dari segi fizikal dan mental. Mia sempat berpesan kepada bakal ibu agar jangan ponteng treatment kalau nak cepat kurus dan sihat!