Berbeza daripada konsep Hari Kemerdekaan 31 Ogos, sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September bertujuan untuk memperingati pemasyhuran ‘Malaysia’ dan pembentukannya pada tahun 1963.

Majalah Nona tertarik perkongsian Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali tentang konsep ‘Keluarga Malaysia’ seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

IKLAN

“Perkhidmatan awam harus menggenggam semangat ‘Keluarga Malaysia’. Konsep ini penting bagi memulihkan ekonomi dan menyusun semula negara dalam era pasca pandemik COVID-19 dan fasa endemik menjelang akhir Oktober ini.” Zuki Ali

Pegang Prinsip ‘Digital First, Citizen Centric’, Tan Sri Mohd Zuki Ali Mahu Rakyat Genggam Semangat Keluarga Malaysia!

Instagram: @mohdzuki.ali

Berusia 59 tahun, suami kepada Puan Sri Norizam Che Mohd Nor yang berasal dari Kuala Terengganu ini merupakan Ketua Setiausaha Negara ke-15.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali memiliki ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam Fakulti Ekonomi & Pengurusan dari UKM dan ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Nanyang, Singapura.

Memahami norma baharu perkhidmatan awam yang semakin mencabar dan kompleks, lelaki berkaliber ini pernah menyuarakan hasratnya untuk memacu prestasi perkhidmatan awam ke tahap tertinggi.

Pegang Prinsip ‘Digital First, Citizen Centric’, Tan Sri Mohd Zuki Ali Mahu Rakyat Genggam Semangat Keluarga Malaysia!

Pegang Prinsip ‘Digital First, Citizen Centric’, Tan Sri Mohd Zuki Ali Mahu Rakyat Genggam Semangat Keluarga Malaysia!

Dalam kenyataan Tan Sri Mohd Zuki sebelum ini, beliau tekad memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan akan sentiasa cekap dan berkesan pada setiap masa.

Usaha pendigitalan yang sedang dan akan dilaksanakan dalam perkhidmatan awam ini akan sentiasa berpegang kepada prinsip Digital First, Citizen Centric iaitu rakyat merupakan keutamaan tertinggi Kerajaan.

KPI

IKLAN

Tambahnya, Perdana Menteri telah mengarahkan setiap anggota Jemaah Menteri untuk memastikan enam teras utama petunjuk prestasi utama (KPI) diberi perhatian dan kesemua elemen itu akan dinilai dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan.

Pegang Prinsip ‘Digital First, Citizen Centric’, Tan Sri Mohd Zuki Ali Mahu Rakyat Genggam Semangat Keluarga Malaysia!

KPI tersebut merangkumi:

– Menstruktur semula ekonomi
– Menjamin keselamatan dan ketenteraman negara
– Neningkatkan kesejahteraan sosial
– Mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh
– Memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia
– Memperkasa penyampaian perkhidmatan

KECEMERLANGAN

“Sebagai anggota perkhidmatan awam, di atas bahu kita semualah segala harapan dan jangkaan rakyat diletakkan bagi memastikan pencapaian KPI ini boleh dilaksanakan dengan cemerlang.” Zuki Ali

IKLAN

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Webinar PPTD-INTAN-UM Peranan Perkhidmatan Awam dalam Pembinaan Negara secara maya pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau mengakui perkhidmatan awam yang dipacu pada hari ini sangat berbeza situasi dan keadaannya berbanding dengan apa yang dilalui oleh generasi terdahulu.

Malah, katanya tiada siapa menyangka pandemik COVID-19 merubah hampir keseluruhan cara berfikir, bekerja dan menguruskan negara.

TIADA PENGALAMAN

“Tiada siapa pun di antara kita yang berpengalaman dalam berdepan situasi ekonomi, sosial dan politik yang begitu dinamik seperti hari ini.

Pegang Prinsip ‘Digital First, Citizen Centric’, Tan Sri Mohd Zuki Ali Mahu Rakyat Genggam Semangat Keluarga Malaysia!

Alhamdulillah, perkhidmatan awam yang kita pacu bersama-sama hari ini berjaya melalui segala cabaran yang melanda dengan baik.” Zuki Ali

Memetik kenyataan beliau kepada Bernama, para penjawat awam perlu berdedikasi dan memberi tumpuan berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat susulan norma baharu tugasan seperti Bekerja Dari Rumah dan hanya hadir ke pejabat mengikut giliran atau keperluan kerja.

Justeru, beliau meminta penjawat awam supaya peka tentang keperluan semasa dan kehendak pelbagai pemegang taruh dengan pengaplikasian teknologi digital terkini agar segala dasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Foto: Instagram @mohdzuki.ali

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI