Isteri yang kehilangan suami ibarat hilangnya tempat berpaut dan bergantung hidup. Selepas kematian ketua keluarga, isu pembahagian harta tentu sekali menjadi persoalan penting khasnya jika membabitkan campur tangan mertua dan ipar duai.
Bagi menerangkan persoalan harta ini dengan lebih mendalam, Nona berkongsi penjelasan Peguam Syarie dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates, Tuan Fahmi Ramli berkaitan isu hangat tersebut.
Kebelakangan ini, bertiup kencang kembali isu berkaitan dengan harta arwah Abam yang katanya disaman oleh balu arwah terhadap bekas adik iparnya. Rentetan itu, ada yang bertanya kepada saya, saman apa tu tuan?
Jawapannya, saya tak tahu sebab saya bukan peguamnya dan media hanya sebut saman.
Walau apa jua saman yang dibuat tersebut, perlu kita ingat. Ini perkara biasa sebab nak dapatkan perintah Mahkamah, nak jumpa Hakim, perlulah buat saman. Apa yang saya boleh katakan, bila sahaja kematian suami, isteri bukan sahaja berhak tuntut Pusaka, bahkan isteri berhak untuk tuntut Harta Sepencarian.
Ini adalah hak yang boleh dikira sebagai hutang si mati kepada isterinya sebelum diselesaikan pembahagian pusaka. Setelah selesai pembahagian harta sepencarian, barulah diselesaikan pusaka.
Bila keadaan isteri boleh tuntut Harta Sepencarian?
(1) Cerai
Ads
Isteri yang bercerai hidup dengan apa jua jenis perceraian sama ada secara baik, fasakh, tebus talak dan lain-lain tetap berhak untuk tuntut Harta Sepencarian meskipun isteri tersebut disabitkan Nusyuz oleh Mahkamah Syariah.
(2) Poligami
Jika suami berpoligami, isteri berhak untuk tuntut Harta Sepencarian. Sebab itu penting untuk isteri pertama ke Mahkamah Syariah untuk tuntut hak harta sepencarian terus jika suami mohon poligami supaya mendapat terus perintah daripada Hakim.
(3) Kematian
Ads
Jika suami meninggal dunia, isteri berhak untuk tuntut Harta Sepencarian yang dibeli oleh suami dalam tempoh perkahwinan. Suami juga boleh tuntut Harta Sepencarian yang dibeli oleh isterinya jika isteri yang meninggal.
(4) Siapa yang akan jadi Defendan?
Bagi kes pihak-pihak yang masih hidup, tuntutan harta sepencarian akan melibatkan bekas suami dan bekas isteri sahaja. Tetapi bagi suami atau isteri yang mati, pihak yang kena tuntut (Defendan) adalah ahli-ahli waris si mati termasuklah anak-anak si mati yang mungkin masih kecil.
(5) Apa harta yang boleh dituntut?
Ads
Semua harta yang dibeli dan diperolehi oleh suami seperti rumah, kereta, saham, syarikat, dan apa sahaja harta lain yang bernilai. Namun, jika harta tersebut diperolehi melalui pusaka atau hibah, harta tersebut tak boleh dituntut sebagai Harta Sepencarian. Ini termasuklah harta yang dibeli sebelum kahwin.
(6) Kalau harta tersebut masih dalam hutang, bagaimana?
Jika harta yang dituntut itu telah diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian, pastinya, harta tersebut akan diperintahkan untuk dijual dan dibahagikan mengikut bahagian yang telah ditetapkan setelah ditolak segala hutang harta tersebut.
(7) Kalau suami sahaja yang beli, tanpa isteri keluar duit?
Tak ada masalah sebab isteri tetap berhak untuk tuntut dengan alasan sumbangan tidak langsung. Contohnya membuat kerja-kerja rumah, menjaga anak dan lain-lain.
Gambar hiasan: Arwah Abam Bocey dan isteri
Kesimpulannya, tak ada isu pun kalau balu nak tuntut Harta Sepencarian sebelum selesaikan pusaka. Lambat laun perkara ini pasti perlu dilalui. Banyak yang timbul isu pergaduhan keluarga bila masing-masing tak faham tentang hak yang telah ditetapkan Syarak dan Undang-undang.
Semoga penulisan ini membantu wanita-wanita lain yang kebuntuan mengenai haknya. Rileks, baru terima saman. Bukannya dah habis ruang keadilan. Semoga kes mereka dapat selesai dengan cara baik. Amin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diri seseorang itu boleh berada di luar kawalan akibat rasa marah yang membuak, sakit hati yang sukar dibendung dan perasaan iri hati yang sukar dibuang. Sikap seumpama itu mampu mencetuskan situasi yang boleh merosakkan fitrah murni seseorang.
Ini kita dapat melihat dari pandangan sekumpulan pekerja dari Gollup Poll yang berpendapat, kebanyakkan pekerja yang meninggalkan syarikat disebabkan oleh masalah komunikasi diantara pekerja dan penyelia. Dimana pertelingkahan pendapat dan idea sering terjadi dan menyebabkan pekerja mengalami tekanan ketika berada di dalam pejabat.
Justeru itu, mereka akan bertindak diluar kawalan dan akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja daripada mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Oleh itu, bagi anda yang masih mencintai kerjaya anda, tetapi membenci ketua anda. Di bawah ini ada 8 cara untuk mengatasinya.
1. Cermin diri anda.
Memang betul kadang kala ketua anda seorang yang cerewet, tetapi besar kemungkinan juga anda terlalu emosi dalam segala hal. Oleh itu, jalan yang terbaik cermin tingkah laku dan perangai anda terlebih dahulu bagi mewujudkan perhubungan yang baik ketika bersama ketua. Ketepikan masalah remeh-temeh yang wujud dan fokus terhadap kerja yang diberikan. Anda akan melihat perubahan yang berlaku pada diri anda kelak.
2. Fokus apa yang ketua anda inginkan.
Pekerja yang menunjukkan prestasi yang bagus, merangka strategik dengan bijak dan pantas dalam menguruskan sesuatu kerja yang diberikan selalunya mendapat perhatian yang lebih dari ketua. Yang paling penting, fokus apa yang ketua anda inginkan serta bagaimana cara untuk anda menguasainya. Ini akan membuatkan ketua anda berasa yakin dan percaya dengan kemampuan anda untuk menguruskan sesuatu projek kelak.
3. Tunjukkan pencapaian anda.
Failkan sijil pencapaian yang anda perolehi sepanjang penglibatan anda di dalam syarikat. Ini sedikit sebanyak dapat menarik minat penyelia anda dan memberi peluang kepada diri anda untuk membuktikan keupayaan dan kemampuan anda dalam merangka satu strategik dan idea yang baru dalam projek yang akan dijalankan.
4. Berhenti membantah.
“Karyn kerap menyangkal dan mengkritik setiap idea yang datang dari ketuanya apabila mereka berada di bilik mesyuarat. Ini membuatkan rakan sekerjanya yang lain tidak bersetuju dengan tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh Karyn dan sekaligus menambahkan lagi tekanan terhadap dirinya. Disebabkan situasi itu, Karyn menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan mengatur satu strategik untuk memperbetulkan sikapnya terhadap ketua. Dengan mengiakan setiap pendapat dan idea yang dikeutarakan oleh ketuanya ketika berada di bilik mesyuarat. Selepas perubahan itu, akhirnya Karyn berasa tenang dan lebih berkeyakinan ketika berada dibilik mesyuarat kerana rakan sekerja dan ketuanya dapat menerima segala pandangan dan idea yang diberikan secara positif.”
5.Perbanyakkan rangkaian perhubungan.
Anda hendaklah memperluaskan rangkaian hubungan anda untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan bertukar pendapat bagi mereka yang memahami kerja yang anda ceburi. Dengan itu, anda dapat mengetahui sejauh mana prestasi kerjaya anda dengan lebih mendalam.
6. Lapor prihal ketua anda.
Melaporkan perlakuan dan sikap ketua anda kepada HR adalah keputusan terakhir yang anda lakukan. Sebelum anda mengambil tindakan ini, anda perlu mengumpul segala bukti bagi memperkukuhkan lagi alasan anda dan sokongan daripada rakan sekerja yang ditimpa nasib yang sama. Ini akan menarik perhatian pihak atasan dalam isu yang akan dibentangkan. Tetapi perlu diingatkan tindakan yang akan anda ambil ini akan mengundang perbalahan dengan ramai pihak. Jadi bagi anda yang berfikiran positif, jalan yang terbaik yang perlu anda lakukan adalah dengan berjumpa terus ketua anda dan menyatakan pendapat anda tentang sikap dan permasalahan yang berlaku dan anda ingin menyelesaikannya sebaik mungkin. Oleh itu, anda perlu menerima segala kemungkinan yang berlaku samada ketua anda akan memberi respon yang positif atau negatif tentang apa yang akan anda terangkan.
7. Cari perspektif lain dalam kehidupan. Jangan membuatkan diri anda tertekan dalam setiap tugasan yang diberikan. Dengan itu, anda perlu menikmati kehidupan lain diluar waktu pejabat seperti menonton wayang bersama rakan andaian, membaca buku atau membeli belah. Cari sesuatu yang boleh memberikan kepuasan dalam diri anda walaupun hakikatnya dari luaran tidak.
8. Wujudkan strategik baru dalam tugasan.
Kunci untuk menambat hati penyelia adalah dengan merangka strategik dan mengembangkan idea dalam setiap tugasan yang diberikan. Ini sedikit sebanyak akan membuka peluang untuk anda menonjolkan kebolehan anda sebagai seorang pekerja yang berwawasan dan kesungguhan anda untuk memajukan syarikat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila adanya pertengkaran, pastinya ia melibatkan emosi anda dan pasangan. Namun, sekiranya anda dan pasangan boleh mengelola perasaan dengan baik, dengan selalu melihat masalah dari pelbagai sudut, tentu anda berdua boleh menurunkan rasa ego untuk kebaikan bersama.
Pertengkaran boleh menegangkan keadaan dan menjarakkan hubungan anda. Harus berhati-hati apabila melalui proses pertengkaran:
Cari penyelesaian
Marah adalah reaksi normal seorang insan terhadap sesuatu yang dia enggan kompromi. Maka, pentingnya anda untuk peka dengan keadaan pasangan yang sedang dilanda kegelisahan hati. Berikan ruang untuk dia bermain dan meredakan perasaannya. Jika perlu, letakkan diri sebagai teman untuknya meluahkan segalanya. Berikan idea untuk mencari penyelesaian yang tepat untuk permasalahannya.
Namun, jangan jadi hakim yang memberikan hukuman atau keputusan dan tindakannya. Itu hanya akan mengeruhkan suasana dan permasalahan lain pula akan timbul maka keadaan akan lebih rumit. Hasilnya, hubungan anda berdua pula menjadi korban.
Komunikasi
Komunikasi memang selalu dikatakan sebagai cara paling tepat untuk menghindari konflik yang bukan-bukan. Apabila ia berlaku di dalam sebuah rumah tangga, maka komunikasi dua hala amat penting bagi menjalin perhubungan yang lebih baik dan matang. Komunikasi yang harmoni perlu ada antara anda dan pasangan serta anggota keluarga lainnya, supaya hubungan lebih mesra dan baik.
Sekiranya anda kurang gemar dengan cara dan perkataan yang digunakan oleh pasangan, usahakan untuk menegurnya dengan bicara yang lembut. Jangan gunakan perkataan kasar untuk menyerangnya kerana ia akan menjadikan keadaan lebih teruk.
Bahasa yang lembut dan cara menegur yang baik pastinya akan membuat pasangan lebih sejuk hatinya. Dan mungkin dia akan memohon maaf kerana kekasarannya terhadap anda. Jadi, pasti masalah antara anda berdua selesai dengan baik. Jangan tambah panas dengan memasukkan sesuatu yang boleh menyemarakkan kemarahan. Cuba tahan emosi dan ego supaya tidak merosakkan hubungan kalian.
Tolak ansur
Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian tersendiri, jadi mengapa harus memperpanjangkannya sehingga keadaan menjadi lebih rumit. Segera selesaikan dan baiki hubungan anda berdua menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sekiranya salah satu masalah adalah anda terlalu penat menguruskan anak-anak sendirian, mintalah pasangan untuk membantu dan begitu juga sebaliknya.
Yang penting, mesti ada rasa faham-memahami dan bersedia menerima segala pendapat dengan matang, itu sudah cukup untuk membentengi keluarga anda dari salah faham. Ia juga akan menambah rasa percaya dan saling menyayangi untuk melengkapi keharmonian rumah tangga anda berdua.
Terima perbezaan
Apabila anda mengambil keputusan untuk berkahwin, pasti ada sesuatu pada pasangan yang melengkapi diri dan hidup. Ada sesuatu yang tiada pada anda, dipunyai oleh pasangan. Semua itu adalah alasan jitu mengapa anda dan pasangan dipertemukan, lalu hidup bersama sebagai suami isteri. Pastinya, antara anda berdua mempunyai perbezaan namun jangan jadikan itu sebagai satu bebanan atau alasan untuk bertengkar.
Menyatukan perbezaan yang anda antara suami isteri memang tidak semudah umpama membalikkan tapak tangan. Namun, sekira keduanya dapat menghargai perbezaan yang wujud antara anda berdua, pasti perselisihan faham dapat diminimumkan.
Daripada perbezaan itu, kita boleh belajar apa yang suka dan tidak disukai oleh pasangan. Begitu juga sebaliknya. Kita akan menjadi lebih bijak di dalam menghadapi perbezaan itu dan seterusnya akan lebih menghargai antara satu sama lain.
Jangan libat orang lain
Sekiranya pertengkaran itu tidak terbendung lagi, jangan hamburkan kemarahan anda pada orang lain seperti orang tua anda atau anak-anak, kerana sekiranya anak-anak menjadi saksi pertengkaran orang tuanya, ia akan mempengaruhi perkembangan psikologinya.
Tambahan, sekiranya masalah rumah tangga anda melibatkan orang tua anda, pasti keadaan akan menjadi lebih rumit dan runcing. Seharusnya, masalah rumah tangga anda, selesaikan antara pasangan sahaja. Jangan babitkan orang tua anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ummi Nazeera sering memuat naik hantaran di media sosialnya ketika menyarungkan koleksi busana berjenama mewah termasuk rekaan pereka-pereka ternama tempatan.
Setiap kali berkongsi penampilannya di media sosial, rata-rata para pengikut serta peminat memuji penampilan Ummi Nazeera yang ekstra cantik itu.
Untuk info, nama Ummi Nazeera mula dikenali ramai setelah berjaya membawakan watak sebagai Siti Sarah dalam drama bersiri popular Nur Kasih yang trending pada 2009.
Ummi Nazeera turut membintangi beberapa buah filem popular iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Penanggal, dan Gol & Gincu vol 2.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.