Etikau berpakaian yang tepat juga perlu dititikberatkan untuk ke pejabat. Ia menjadi faktor penting dalam memastikan kerjaya seiring anda dengan penampilan. Benar, pejabat bukanlah pentas peragaan untuk mempamerkan fesyen anda. Namun ia sebagai motivasi untuk anda lebih yakin dalam kerja anda selain sedap mata memandang. Jom Nona kongsikan Tip etika berpakaian untuk ke pejabat!

Ads

 

SESUAI DENGAN JENIS PEKERJAAN

Bergaya ke tempat kerja perlulah selari dengan jenis pekerjaan yang anda lakukan. Sebagai contoh, jika anda bekerja di pejabat kerajaan, baju kurung adalah pilihan paling tepat dek polisi yang mementingkan keseragaman berpakaian. Jika anda bekerja di syarikat swasta, kelonggaran diberikan dan anda bebas untuk memilih gaya asalkan tidak melampau dan menjolok mata.

PEJABAT Bukan Pentas Peragaan, Jangan Over Dress! Ini Cara Yang Betul

JANGAN TERLALU TERDEDAH

Hormati ruang kerja orang lain dengan memakai pakaian yang tidak terlalu mendedahkan tubuh, singkat atau ketat. Pasti sekurang-kurangnya ada seorang lelaki di tempat kerja anda dan hormati mereka dan juga diri anda sendiri. Dikhuatiri mengganggu tumpuan mereka ketika bekerja. Ia juga bagi mengelakkan masalah gangguan seks di kalangan pekerja wanita.

PEJABAT Bukan Pentas Peragaan, Jangan Over Dress! Ini Cara Yang Betul

DRESS TO IMPRESS

Ads

Sentiasa kemas dan bergaya walaupun pada hari Jumaat. Kebiasaannya, hari Jumaat diberi kelonggaran dalam pemilihan pakaian tetapi itu bukan alasan untuk anda memakai seluar denim koyak bagai mat rempit! Sekurang-kurangnya, kurta bagi lelaki dan seluar palazzo untuk wanita adalah pilihan tepat.

 

KESEIMBANGAN

Ads

Penting untuk menyeimbangkan corak pemakaian anda. Jika anda menggayakan look polos, padankan bersama rantai dempak atau aksesori yang memberi statement dalam penampilan. Jangan pula menggayakan motif bercorak dari atas sehingga ke bawah, atau multi-rona terang kesemuanya. Pening rakan sekerja melihatnya!

PEJABAT Bukan Pentas Peragaan, Jangan Over Dress! Ini Cara Yang Betul

PAKAIAN DALAM DI LUAR

Entah mengapa ada sesetengah wanita yang terlalu ekstrem dalam berpakaian sanggup mengenakan pakaian dalam sebagai pakaian ke tempat kerja. Mungkin anda boleh sesuaikan singlet bersama jaket atau blazer motif berwarna untuk tampil lebih ‘stailo’. Gaya ke kelab jangan sesekali dibawa ke pejabat, bimbang merosakkan kredibiliti anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI