Sekiranya anda peminat filem-filem Bollywood klasik era awal 20-an, sudah pasti anda sudah menonton filem romantik seram Kasoor yang suatu ketika dulu cukup popular ditambah pula dengan lagu-lagunya yang cukup mendayu dan mengalun rasa. Gandingan pertama dan terakhir pelakon kacak Aftab Shivdasani bersama pelakon jelita Lisa Ray arahan Vikram Bhatt itu juga mendapat reviu positif dari pengkritik filem malah sukses dari hasil kutipannya.
Namun sudah agak lama kita tidak mendengar khabar berita dari pelakon utama wanita filem Kasoor, Lisa Ray yang dilihat tidak lagi berlakon dalam mana-mana filem Bollywood selepas kali terakhir muncul dalam filem tersebut.
Sebelum memulakan karier sebagai pelakon, Lisa yang lahir di Kanada itu merupakan seorang model sebelum membuat debut dalam filem Kasoor. Walaupun tidak mampu bercakap dalam Bahasa Hindi, namun persembahan Lisa mendapat perhatian walaupun ketika filem tersebut suaranya dialih suara menggunakan suara pelakon Divya Dutta. Namun apa yang terjadi pada Lisa?
Penampilan Lisa terkini yang kekal jelita dan menawan di usia 50 tahun.
Walaupun kekal aktif dan terlibat dengan projek-projek kecil selepas filem Kasoor, khabarnya Lisa masih lagi aktif di media sosial malah penampilannya tetap anggun di usia 50 tahun.
Sukar untuk dipercayai rupa-rupanya pada tahun 2009, Lisa didiagnos dengan kanser darah myeloma. Ternyata ini merupakan satu tamparan hebat buat Lisa yang ketika itu sedang berusaha menaikkan namanya dalam industri seni Bollywood.
Namun mujurlah pada Krismas 2009, Lisa berusaha untuk kembali sihat dengan menjalani pemindahan sel stem untuk merawat kansernya. Dan pada April 2010, Lisa mengumumkan yang dirinya bebas kanser hasil dari pemindahan itu.
Ads
Dan pada Jun 2010, Lisa muncul dalam doku-drama istimewa kanser terbitan UniGlobe Entertainment bertajuk 1a Minute. Dokumentari itu diterbitkan oleh Namrata Singh Gujral dan memaparkan kisah tidak pernah didengari dari para pejuang kanser yang terselamat dari penyakit tersebut, antaranya Olivia Newton-John, Diahann Carroll, Melissa Etheridge, Mumtaz, Bárbara Mori dan Jaclyn Smith.
Dan baru-baru ini, Lisa mengumumkan menerbitkan buku yang ditulisnya sendiri, berjudul LISA RAY CLOSE TO THE BONE yang menceritakan pelbagai kisah suka duka kehidupan Lisa, antaranya pembabitan awal beliau dalam arena filem Bollywood, perhubungan dia dengan ayahnya yang berbangsa Bengali dan ibunya yang lahir dari Poland, berhadapan dengan gangguan makanan serta perjalanannya melawan kanser.
Dan kini, Lisa dilihat cukup bahagia menjalani kehidupan bersama suami, Jason Dehni dan dikurniakan 2 cahaya mata perempuan yang comel-comel, iaitu Sufi dan Soleil menerusi kaeadah ibu tumpang. Malah di usia 50 tahun, Lisa Ray tetap tampak anggun dan awet muda.
Ads
Lisa Ray adalah definisi wanita yang cukup memberikan inspirasi dan contoh seorang ibu dan isteri yang kuat! Semoga baik-baik saja buat Lisa Ray.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehebatan pelakon handalan Azhan Rani membawakan pelbagai watak memang diperakui. Bagi sahaja apa watak pasti dijayakan dengan cemerlang. Namun, apabila melakonkan watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama rantaian Nur dan Nur 2, pelakon lelaki ini benar-benar menjadi kebencian rakyat Malaysia. Ini membuktikan Azhan Rani benar-benar menjiwai wataknya.
Di sebalik watak antagonis yang sering dilakonkannya rupa-rupanya Azhan Rani ini merupakan seorang pencinta kucing. Orang kata kalau pencinta kucing ini berjiwa penyayang. Betul ke? Memelihara dua ekor kucing yang comel dan sering menghiasi laman media sosial miliknya. Menggelarkan kucing peliharaannya sebagai #myckeboom dan #mykepten telah menceriakan pengikutnya di laman media sosial dengan gelagat kucing-kucingnya itu.
Selain memuatnaik status tentang kucing-kucingnya, ‘Ustaz Madi’ ini juga sering memuatnaik status tentang kucing-kucing lain. Antara perkongsiannya, “Ini cerita pulang dari buat umrah badal tadi dan ternampak si kecil ni duduk di bawah tiang ni sedikit menggigil. Nak kata dia nak tunggu lampu hijau lintas jalan tak la kot. Tu pun bukan tiang traffic light.
Si kecil ni mengingatkan aku pada kucing-kucing gebu di Palestine terutamanya dalam old city di lorong-lorong sepanjang Masjid Al Aqsa. Masa tu selalu terdetik macam mana dalam rakyatnya serba kekurangan kucingnya gemuk-gemuk. Kemudian aku melihat unta di gurun-gurun sepanjang perjalanan di Jerico, Jurusalem mahupun di padang tandus Mekah sihat-sihat, tinggi dan besar.
Belum lagi di pergunungan bukit batu di Jordan berhampiran Makam Nabi Syuaib, ku lihat kambing yang gemuk malah ku lihat gembalanya memangku anak kambing tersebut yang comel walau tak secomel aku masa kecil dulu.
Semua tu bermain dalam kepala aku hebatnya di tengah-tengah kekurangan ini ku temui haiwan-haiwan yang sihat. Apa yang mereka makan bila yang ku pandang cuma lautan pasir dan batu.
Namun kali ini di tengah-tengah kota besar yang dibanjiri manusia dari segenap pelosok dunia yang tak pernah tidur walau sesaat pun aku ditemukan dengan anak kucing yang kekurangan makanan.
MasyaAllah , jika ini petunjukMu akurlah aku Ya Allah.. betapa aku diperlihatkan akan kebesaranMu pada hari ini. SegalaNya milikMu dan di atas kekuasaanMu Ya Allah.
Terima kasih kerana memberi ruang untukku berkongsi rezeki hari ini. Sejahterakanlah haiwan kesayangan nabiMu ini Ya Allah. Jauhkan ia dari bahaya dan penyakit.. berilah rahmatmu Ya Allah..#myckeboom #mykepten .. tunggu!!!,” kongsi Azhan Rani.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Tanah Merah, Kelantan kini dilantik Akauntan Negara, Zainani Jusoh mula urus tugas dan wang amanah rakyat bermula hari ini.
Berasal dari Tanah Merah, Kelantan, Zainani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan akauntan bertauliah serta ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).
Beliau memiliki pengalaman sebagai penjawat awam lebih 30 tahun apabila mula menyertai sektor awam pada 1994 sebagai akauntan di Pasukan Petugas Sistem Perakaunan Mikro, JANM.
Sepanjang perkhidmatannya, wanita bijak ini telah berkhidmat di pelbagai jabatan dan kementerian antaranya Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Zainani turut memainkan peranan penting dalam menukar landskap pengurusan perakaunan di kedutaan Malaysia luar negara dari manual kepada pendigitalan.
JANM memaklumkan, perubahan besar itu membolehkan pengurusan kewangan di semua kedutaan Malaysia diurus dengan lebih cekap, tepat dan cepat.
Sebelum menjawat jawatan Timbalan Akauntan Negara (Korporat) pada September 2023, beliau pernah mengetuai Bahagian Khidmat Perunding JANM serta Bahagian Akaun Kementerian Kewangan dari 2019 hingga 2023.
BERKUAT KUASA
Anak Tanah Merah, Kelantan kini dilantik Akauntan Negara, Zainani Jusoh mula urus tugas dan wang amanah rakyat bermula hari ini.
Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Zainani Jusoh dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa 3 Sept. Pelantikan Zainani itu diumumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam kenyataan pada Selasa bagi menggantikan Datuk Nor Yati Ahmad yang bersara wajib pada 1 Sept.
Surat pelantikan Zainani sebagai Akauntan Negara telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Putrajaya pada 27 Ogos lepas.
Atas sumbangan dan kecemerlangan perkhidmatan, Zainani telah dianugerahkan darjah kebesaran Bentara Setia Mahkota sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 2015.
Mudah-mudahan segala urusan kerjaya wanita hebat ini dipermudahkan dan terus jujur memikul tugas serta urusan menjaga wang amanah rakyat Malaysia dengan setulusnya. Syabas!
Jika industri tanah air boleh berbangga kerana mempunyai sebutir permata yang bersinar sejak daripada filem hitam putih Melayu era 1960-an, Seniwati Datuk Hajah Sarimah Ahmad. Bollywood pula bangga kerana memiliki insan seni yang mekar sejak dulu sehingga kini, Hema Malini.
Aktres Bollywood yang satu ini, bukan calang-calang pelakon dan merupakan salah seorang pelakon glamor era 70an menjadi idola kepada setiap wanita yang meminatinya. Memang wajar Hema Malini diangkat sebagai idola kerana sejak di awal penampilannya dalam industri seni dan sehingga kini wajahnya tetap jelita bak kata pepatah Inggeris, ageing gracefully.
Kejelitaan yang dimiliki oleh isteri kepada pelakon terkenal Dharmendra ini dicemburui ramai. Namun, pelakon cantik ini begitu merendah diri dan berkata, “Kejelitaan ini merupakan anugerah dari Tuhan dan kita sepatutnya tidak mengabaikan anugerah yang satu ini. Menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kulit sentiasa bersih dan bebas daripada solekan,” kata Hema Malini.
Hema Malini juga tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkannya walau sudah menjangkau usia 71 tahun.
Minum air kosong – Rahsia kulit Hema Malini berseri adalah dengan minum air kosong dengan jumlah yang agak banyak. Air boleh membantu membuang segala toksin dalam badan dan membantu kulit terhidrasi.
Solekan – Seboleh mungkin Hema Malini cuba elak kulitnya bersolek tebal. Namun, mana mungkin kerana tugasnya sebagai seorang selebriti yang memerlukan solekan. Rahsia yang diamalkan oleh Hema Malini adalah menyapu minyak aroma ke wajah sebelum mula bersolek.
Menari – Pelakon Bollywood memang terkenal dengan seni tariannya. Kalau tak pandai berlakon sukar nak memegang watak heroin. Hema Malini merupakan trained classical dancer dan menari merupakan salah satu senaman yang dilakukan oleh pelakon ini selain melakukan aktiviti berbasikal dan yoga.
Puasa – Kehebatan berpuasa memang telah diperakui sehingga wujudnya pola diet yang digelar Intermittent Fasting. Hema Malini juga berpuasa sebagai salah satu rutin dietnya. Pelakon yang lahir pada 16 Oktober 1948 ini akan berpuasa dua kali seminggu.
Makan Malam Awal – Pelakon yang fasih bertutur bahasa Tamil ini akan mengambil hidangan makan malamnya selewat-lewatnya pukul 8.00 malam. Ibu kepada pelakon Esha Deol ini hanya mengambil hidangan yang hadam sebagai makan malamnya. Lagi satu, Hema Malini kurang mengambil hidangan berminyak dan pedas dalam makanannya.
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.