Ibu mana yang tidak bangga melihat anaknya membesar dengan sempurna di depan mata. Pelakon cantik dan selebriti Hollywood ini juga begitu. Brooke Sheilds yang kini bahagia bersama suaminya, Chris Henchy dan dua orang anak gadis yang sedang membesar Rowan, 18 tahun serta Grier, 15 tahun.
Baru-baru ini wanita cantik ini telah berkongsi tentang baju yang pernah dipakainya di sebuah majlis penganugerahan pada tahun 1998 di laman media sosialnya, “I thought it was a special night when I was nominated for a Golden Globe and wore this dress in 1998, but nothing could have prepared me to see my daughter wearing it to her prom, proud mama!” tulisnya.
Kagum melihat susuk tubuh wanita yang berusia 56 tahun ini. Brooke Sheilds turut bangga menonjolkan bentuk badannya yang langsing seperti zaman mudanya. Bekas isteri kepada bintang tenis terkenal dunia, Andre Agassi ini turut mengakui tidak pernah tampil ‘skinny‘ walaupun ketika menceburi dunia modelling era 80an lagi.
Jika dilihat perkongsian Brooke Sheilds di laman media sosialnya, wanita ini kerap berkongsi tentang senaman yang dilakukannya bagi memperolehi bentuk badannya kini. Brooke Sheilds berusaha keras untuk mengekalkan bentuk badannya. “I have to work really hard to be fit,” kongsi Brooke Sheilds.
Brooke Sheilds mula berkecimpung dalam dunia modelling sejak kecil lagi dan wajahnya sering menghiasi majalah terkenal di tanah kelahirannya, Amerika Syarikat.
Memiliki pakej sebagai seorang bintang, Brooke Sheilds mula ditawarkan watak penting dalam sebuah filem, Pretty Baby (1978) ketika di usia 12 tahun. Walaupun wataknya dalam filem ini mendapat kritikan tetapi tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang sebagai seorang pelakon.
Di saat namanya sedang berkembang sebagai anak seni, Brooke Sheilds telah mengambil langkah drastik untuk ‘berehat’ dalam kegiatan seni semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajiannya. Kagum dengan semangatnya yang mengutamakan pendidikan untuk memajukan diri sendiri.
Setelah memegang sekalung ijazah dari Universiti Princeton, wanita yang kini berusia 56 tahun meneruskan aktiviti seninya sehingga menerima dua pencalonan Anugerah Golden Globe.
Apa yang menarik perhatian apabila Brooke Shileds tidak pernah menyembunyikan kedutan di wajahnya seperti yang dilihat melalui perkongsiannya di laman media sosialnya. Kelihatan wanita ini begitu bangga dengan usianya.