Sebastian Meyer dan Arnaud Vaillant merupakan individu kreatif di sebalik label fesyen ultramoden  Coperni. Untuk koleksi musim bunga 2023, pereka duo ini berjaya menolak sempadan teknologi dan fesyen dengan lebih jauh lagi, bersama-sama model ternama dunia Bella Hadid.

IKLAN

Penampilan Futuristik BELLA HADID Dengan Gaun Cairan Khas Jadi Sorotan Di Paris Fashion Week

Bella tampil berani di Paris Fashion Week dengan mengenakan gaun diperbuat daripada cairan khas yang disembur pada tubuhnya. Dia membuat kejutan dengan berjalan separuh bogel di pentas sambil menutup payu daranya dengan tangan dan hanya memakai seluar dalam berwarna putih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella 🦋 (@bellahadid)


Penampilan Futuristik BELLA HADID Dengan Gaun Cairan Khas Jadi Sorotan Di Paris Fashion Week

Setibanya di pentas peragaan, Bella berdiri tegak sambil pasukan juruteknik menyembur lapisan putih pada tubuh badannya yang terdedah itu.

IKLAN

Penampilan Futuristik BELLA HADID Dengan Gaun Cairan Khas Jadi Sorotan Di Paris Fashion Week

Menariknya, semburan khas diperbuat daripada Fabrican ini boleh mengeras menjadi tekstil supaya ia boleh dipakai. Untuk pengetahuan cecair ini diperbuat daripada kapas atau gentian sintetik yang boleh melekat pada badan apabila disembur, tetapi kemudiannya boleh dikeluarkan dan ditukar semula kepada larutan cecair untuk digunakan semula.

IKLAN

Penampilan Futuristik BELLA HADID Dengan Gaun Cairan Khas Jadi Sorotan Di Paris Fashion Week

Jelas mereka, gimik fesyen ini merupakan bentuk penghormatan dari desainer Sébastien dan Arnaud buat Alexander McQuee dengan menyuntik elemen moden pada pertunjukan fesyen Spring/Summer pada tahun 1999 yang lepas mana model Shalom Harlow berpusing ketika dua robot menyembur cat kuning dan hitam pada pakaian putihnya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI