default

Kapal terbesar paling inovatif di Asia, Spectrum of the Seas kembali, merangka rencana bagi merancakkan sektor pelancongan Malaysia. Selepas hampir lebih 2 tahun tidak belayar, Spectrum of the Seas dijadualkan akan berlabuh ke pelabuhan Malaysia. Menyusuri kejayaan lawatan pelabuhan pertama di Kuala Lumpur pada 1 Julai dan Pulau Pinang pada 2 Julai selepas lebih dua tahun tanpa sebarang pelayaran – industri pelancongan Malaysia dijangka kembali rancak dengan jangkaan pelayaran dua kali seminggu Spectrum of the Seas yang dijadualkan untuk melawati pelabuhan-pelabuhan Malaysia.

Ads

Penantian Berakhir! Pelayaran Mewah Spectrum Of The Seas Kini Kembali

Baru-baru ini, sebagai tanda mengiktiraf pelancongan pelayaran yang diberi nafas baharu, sebuah majlis sambutan telah diadakan di atas kapal Spectrum of the Seas ketika ia berlabuh Pelabuhan Klang semalam dan Terminal Swettenham Pier Cruise Pulau Pinang.

Penantian Berakhir! Pelayaran Mewah Spectrum Of The Seas Kini Kembali

“Penantian sudah berakhir! Kami sangat teruja untuk memaklumkan kembalinya pelayaran pelabuhan di rantau ini, dan untuk menghubungkan pelancong dengan salah satu destinasi terindah Asia sekali lagi. Kombinasi pengembaraan dan pengalaman yang telah kami susun di atas kapal, serta kemeriahan dan warisan yang kaya di pantai Malaysia akan menjadikan Spectrum of the Seas popular untuk tetamu Singapura dan juga pelayar dari seluruh dunia,” kata Angie Stephen, naib presiden dan pengarah urusan, Asia-Pasifik, Royal Caribbean International.

Penantian Berakhir! Pelayaran Mewah Spectrum Of The Seas Kini Kembali

Ads

Dengan gabungan keseronokan serba baharu dan kegemaran istimewa sama ada di atas kapal dan darat, jadual perjalanan baharu 3 dan 4 malam menawarkan para tetamu dari semua peringkat umur peluang pertama untuk mereka belayar dan menerokai pantai-pantai bertaraf antarabangsa sekali lagi.

Ads

Untuk maklumat lanjut tentang Spectrum, lawati www.royalcaribbean.com.  Untuk sebarang pertanyaan mengenai Terminal Persiaran Pelabuhan Klang (PKCT), hubungi Syed Jaaffar (+603 3161 7034).

Untuk pertanyaan mengenai Pelabuhan Pulau Pinang, hubungi Khairol Ikram (+604 -3752443, Penang Port Sdn Bhd) atau Shazwan Afwan (+604 – 2633211, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang).

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI