Kacip Fatimah sememangnya cukup sinonim dengan kaum Hawa khususnya berkaitan dengan kesihatan dalaman. Kacip Fatimah atau nama saintifiknya, Labisia Pumilia dan Pathoina merupakan salah satu tumbuhan herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara.

IKLAN

Menyingkap seketika bentuk fizikalnya, Kacip Fatimah daripada famili Myrsinaceae adalah tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara meliar di hutan hujan tropika.

Penawar Kesihatan Dalaman Wanita, Amalkan KACIP FATIMAH Untuk Tenaga Keseluruhan

Tahukah anda bahawa nama ‘Fatimah’ itu sendiri dikaitkan dengan nama wanita bangsawan serta mempunyai maksudnya yang terselindung? Ia dikaitkan dengan kesihatan dan semangat wanita.

Kacip Fatimah mengandungi elemen-elemen seperti antioksidan serta phytoestrogen. Kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada kaum lelaki serta wanita untuk membantu mencegah pembiakan sel-sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang serta melewatkan proses penuaan.

Selain itu, Kacip Fatimah juga biasa dimakan mentah iaitu sebagai ulam oleh wanita Melayu. Manakala air rebusan Kacip Fatimah ini biasanya digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan serta bagi melancarkan proses kelahiran bayi. Juga, dapat membantu merawat masalah cirit-birit.

Penawar Kesihatan Dalaman Wanita, Amalkan KACIP FATIMAH Untuk Tenaga Keseluruhan

IKLAN

Di samping itu juga, Kacip Fatimah dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi serta dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Seterusnya, membantu mengecutkan bahagian rahim serta melangsingkan tubuh selepas bersalin.

Melancarkan Kitaran Haid

IKLAN

Keistimewaan Kacip Fatimah tidak terhenti di situ sahaja. Tumbuhan herba ini turut dipercayai boleh membantu untuk merangsang pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan kitaran haid wanita. Selain itu, ia dapat mengurangkan kesakitan senggugut.

Kacip Fatimah turut boleh diamalkan oleh kaum wanita yang belum berkahwin disebabkan khasiatnya yang dapat membantu membekalkan tenaga kepada tubuh. Sekiranya seorang wanita bujang itu mengamalkan Kacip Fatimah sejak awal, ia merupakan salah satu usaha yang baik dan menyihatkan untuk pemuliharaan kesihatan dalaman tubuhnya.

Manfaat Lain

  • Membantu melancarkan proses kelahiran bayi.
  • Membantu melangsingkan tubuh dengan menegangkan otot-otot.
  • Membantu mengurangkan sakit buasir.
  • Membantu mengurangkan dan menyembuhkan sakit sendi dengan membaik pulih sistem peredaran darah.
  • Membantu menyeimbangkan hormon dalam tubuh.
  • Membantu mengatasi masalah depresi selepas bersalin seterusnya memberikan kecergasan tubuh.
  • Membantu merawat rambut yang rosak. Rambut akan kembali sihat, subur serta lebat dan hitam.

Cara Penggunaan

  1. Rebus pokok Kacip Fatimah termasuklah daunnya di dalam seperiuk air. Sebaik-baiknya, gunakan periuk tanah untuk mengekalkan khasiatnya. Setelah direbus airnya diminum ketika masih suam.
  2. Untuk merawat penyakit buasir pula, rebus akar Kacip Fatimah yang telah dikeringkan. Air rebusan itu bolehlah diminum dan diamalkan sehingga penyakit buasir pulih sepenuhnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI