Ads

Pencapaian Membanggakan MANDY LAI, Agong Dan Permaisuri Zahirkan Ucapan Tahniah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin menzahirkan ucapan tahniah kepada Mandy Lai, pelajar yang dianugerahkan International Subject Orders of Merit, First Place dan Watts Prize for Audit and Assurance – Professional Level bagi siri peperiksaan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) bulan Mac 2023.

Turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar SUNWAY TES Centre of Accountancy itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut catatan Facebook Istana Negara pada Isnin.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian Mandy Lai mendapat keputusan cemerlang bagi siri peperiksaan tersebut, sekali gus meraih anugerah berprestij itu dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu-individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

Ads

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing,” menurut catatan itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Mandy Lai dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Ads

Terdahulu, Mandy Lai dianugerahkan Tempat Pertama bagi ICAEW Certificate Level Annual Order of Merit 2022, World Prize untuk Principles of Taxation bagi bulan Jun 2022 dan World Prize untuk Financial Accounting and Reporting bagi siri peperiksaan bulan Disember 2022. – Bernama

Ads

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Amelina Buat Bisnes Kuih Raya Dengan Anak

Kuih Raya Air Tangan Ratu Dangdut, Amelina ‘Enjoy’ Buat Bisnes Biskut...

Wah, nampaknya tahun ini Amelina sibuk menyiapkan tempahan kuih raya! Lebih istimewa, bisnes kuih raya ini diusahakan dengan puteri sulungnya iaitu Puteri Nur ‘Athirah. Dah besar panjang anak dara Amelina. Mahir masak di dapur pula tu, bertuah ibunya.