Kehilangan barang berharga boleh buat sesiapa saja kecut perut. Tambah-tambah apabila dokumen penting seperti kad pengenalan turut lesap. Begitulah yang terjadi kepada Pencetus Ummah Amin apabila dompetnya hilang sebelum mengerjakan umrah.
Menurut Ustaz Amin, Allah menguji kerana Dia sayang akan hambaNya. Wang tunai RM3000 yang terdapat dalam dompet adalah untuk yuran semester pengajian Master, perbelanjaan untuk isteri dan anak serta sedekah yang dikirim rakyat Malaysia untuk fakir miskin di Mekah.
“Buat yang ambildompetsaya , ambilduitituuntukbelanjaandakalauperlu dan pulangkanlah kad-kad yang lain. Itu saja permintaan saya. Ada banyak nyawa dan makna dalam dompet tersebut.” katanya dalam perkongsian di IG.
Sempat juga beliau menerima doa kiriman follower,”Saya dalam perjalanan melaksanakan Umrah. Doakan saya. Ada doa, tuliskan, kerja saya juga membaca doa anda semua.”
Buat anda, mungkin boleh gunakan langkah-langkah ini sekiranya kehilangan barang:
Ads
Jangan panic!
Cuba bertenang. Kehilangan barang selalunya dikaitkan dengan sikap kelam-kabut. Ketepikan perasaan cemas itu dan mula berfikir dengan tenang.
Lokasi terakhir
Langkah pertama perlu anda ambil apabila tersedar barang anda hilang adalah untuk recall semula kali terakhir anda melihatnya. . walaupun bukan spot tepat tetapi sekurang-kurangnya anda tahu secara kasar di mana ia berada. Bermula dari situ, luaskan skop pencarian.
Ads
Masukkan jiwa dan perasaan dalam mindset
Ia kedengaran kurang bijak tetapi mengingati dan mengembalikan kembali perasaan ketika kali terakhir anda melihat atau memegang barang yang hilang itu. Perasaan dan mindset itu mungkin boleh beri anda idea untuk track down barang tersebut.
Berjalan di lokasi kejadian
Lokasi kejadian yang dimaksudkan adalah kawasan terakhir anda perasan barangan anda hilang. Jika bertuah, barang tersebut mungkin jatuh tidak jauh dari tempat yang dimaksudkan. Sekiranya anda masih gagal, gunakan persekitaran anda.
Ads
Contohnya jika anda kehilangan telefon bimbit dan kali terakhir anda menggunakannya di sekitar kaunter daftar masuk, cuba hubungi kakitangan hotel.
Redha
Sekiranya masih gagal, terimalah kehilangan itu dengan redha. Mungkin Allah akan gantikan dengan benda yang lebih baik.
Di sebalik kejayaan yang dikecapi Datuk Seri Lee Chong Wei selama ini, ada seorang wanita hebat bernama Datin Seri Wong Mew Choo yang tidak lelah menyokong dan berada di sisinya.
Cinta yang mula berputik ketika sama-sama bergelar atlet badminton negara kini berkembang mekar dalam bahtera perkahwinan. Apatah lagi dengan kehadiran tiga cahaya mata lelaki sebagai penyeri rumah tangga.
Datin Seri Mew Choo berkahwin dengan jaguh badminton Datuk Seri Lee Chong Wei pada November 2012. Hasil perkongsian hidup selama lebih sedekad itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Kingston, Terrance dan Anson.
Datin Seri Mew Choo Bahagia Di Sisi Datuk Seri Ching Wei
1 Mei lepas suri hati lagenda badminton ini genap meniti usia 42 tahun. Sepanjang berkahwin dengan suami tercinta, Datin Seri Mew Choo sentiasa menjadi tulang belakang dan tidak putus-putus memberi sokongan kepada Datuk Seri Chong Wei.
Walau bergelar public figure, sepanjang mendirikan rumah tangga figura ini tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada khalayak dan cukup menjaga reputasi suami.
Walau sibuk menguruskan tiga anak lelaki dan suami, Datin Seri Wong Mew Choo kelihatan masih anggun, pandai bergaya dan sihat bertenaga.
Melihat peribadi dan penampilan figura ini, dia bukan hanya seorang wanita yang ringkas dan low profile.
Malah sering tampil bersederhana meskipun suami terkenal dan berstatus bekas jaguh sukan di peringkat antarabangsa.
Pesona Datin Seri Mew Choo
Menzahirkan rasa syukur dan terharu dengan pengorbanan isteri, Datuk Seri Chong Wei menerusi media sosial pernah menitipkan ucapan istimewa buat Datin Seri Mew Choo.
“Happy Birthday to my amazing wife, Wong Mew Choo. You are not just the love of my life, you are also my toughest supporter, and my forever home.”
Dalam pada itu, Datuk Seri Chong Wei turut mengimbau momen awal percintaan mereka berdua.
Kongsinya, “I still remember your birthday when I was going after you. After a romantic dinner, I sent u back in my car. Before leaving the car to go back your home, I asked you how much chance I have to be your boyfriend?
You didn’t say a thing and just left the car. Heartbroken, I stepped hard on the pedal and sped off.
Then came a message from her,” I’m sorry, I left a bottle under car seat. It’s also how much chance you have.”
I quickly checked. I saw. It’s a 100 plus bottle. I smiled. Years later, after countless victories and heartbreaks, we’re still side by side — not on court, but in life. You’ve sacrificed so much for our family, and I’m forever grateful.”
Semoga rumah tangga Datuk Seri Chong Wei dan Datin Seri Mew Choo kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membesarkan anak tanpa suami di sisi pasti sangat mencabar. Dialah ibu, dialah bapa. Namun sesukar manapun, anak-anaklah sumber kekuatan sebenar bagi wanita yang bergelar ibu tunggal.
Nona senaraikan 9 ibu tunggal yang cukup dikenali ramai dan wajar digelar ‘superwoman’ kerana cekal membesarkan anak-anak serta berjaya mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik. Malah, mereka kini juga semakin cantik dan berkeyakinan tinggi.
HIDAYAH Tiga tahun bergelar ibu tunggal, balu kepada arwah Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 30, kini tenang menjalani kehidupan bersama anak lelakinya, Hamzah. Mesra disapa Hidayah, dia kini ligat berniaga. Ternyata, usahanya membuahkan hasil apabila rangkaian bisnesnya makin berkembang.
Untuk info, Hidayah dan Abam berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 3 tahun. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila Abam menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
RITA RUDAINI Sedar tak sedar sudah sembilan tahun pelakon versatil, Rita Rudaini bergelar ibu tunggal kepada dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna. Rita dilihat berjaya menerapkan didikan dengan caranya yang tersendiri sama ada dalam bidang akademik mahupun agama.
Sekian lama tidak muncul dalam dunia lakonan, Rita kini mengorak langkah ke dunia bisnes. Ternyata, ia menjadi cinta baharu buat Rita yang awet muda pada usia 47 tahun.
ERRA FAZIRA Aktres jelita yang terkenal dengan gelaran primadona filem Melayu. Pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek kini beruisa 49 tahun. Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumahtangga dengan komposer serta ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun berpisah tiga tahun kemudian.
Setahun kemudian Erra bertemu jodoh pula dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin. Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, yang kini berusia 14 tahun. Namun, jodoh mereka hanya bertahan selama tujuh tahun dan bercerai pada Februari 2014.
ZIANA ZAIN Hampir empat tahun melayari hidup sebagai ibu tunggal, penyanyi terkenal Ziana Zain kini lebih senang memberikan fokus terhadap karier dan keluarga. Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998.
Mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Aiman, 23, Muhammad Ammar, 19, dan pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 14 tahun. Selepas dua dekad hidup bersama, mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
RAJA AZURA Pelakon dan pengacara, Raja Azura atau Kak Engku sudah 13 tahun berstatus ibu tunggal. Walau sudah bercerai, hubungan Raja Azura dan bekas suami masih mempunyai hubungan baik.
Untuk info, Raja Azura berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001. Mereka bercerai pada 28 September 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Megat Muhammad Raziq (21), Megat Luqman Hakim (20), dan Puteri Mia Maizura (18).
FARAH LEE Farah Lee, seorang ibu tunggal yang memiliki semangat ibu muda yang luar biasa. Kisah pemilik nama sebenar, Nurfarahin Romli ini terkenal di media sosial serta menjadi inspirasi wanita kerana kekuatan dan kejayaannya dalam kehidupan.
Selain berkelulusan tinggi, Farah juga merupakan seorang usahawan sukses. Farah kini membesarkan seorang anak perempuan, Maream Esabel Ally Iskandar, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami iaitu Ally Iskandar.
SHILA AMZAH Setelah empat tahun mendirikan rumahtangga, penyanyi Shila Amzah yang juga anak kepada artis veteran ND Lala, kini tenang menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada seorang anak lelaki.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 32, mendirikan rumahtangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun. Namun, pada Februari 2022 mereka sah bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor.
LUFYA Pelakon dan penyanyi jelita, Lufya Omar atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar merupakan ibu tunggal kepada seorang anak. Lufya, sebelum ini pernah berkahwin dengan Che Hafiz pada 29 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia enam tahun.
JOY REVFA Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik sensasi, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin. Pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia ini merupakan ibu tunggal kepada Arryan Firdaus yang kini berusia sembilan tahun.
Terdahulu, Joy pernah bergelar isteri kepada penyanyi, komposer dan penulis lirik Hafiz Hamidun. Mereka berkahwin pada 2017 namun jodoh tidak panjang. Selepas itu, Joy pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang jurulatih kecergasan namun tiada jodoh. Joy kini lebih komited dengan keluarga dan bisnes demi membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal sepertinya agar lebih berjaya.
Nona mendoakan agar anda yang bergelar ibu tunggal terus bangkit demi kehidupan yang lebih baik.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa Acacia Diana dan kenapa namanya tiba-tiba tular di media sosial. Ya, Acacia Diana seorang jurugambar muda yang kreatif, aktif dan berpengalaman. Dikurniakan bakat membidik dan merakam gambar diselangi paras yang menawan, siapa menyangka dia menjadi mangsa hendapan seorang lelaki selama bertahun-tahun lamanya.
Dia bukan model, peragawati atau pun selebriti. Namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa tiada siapa yang terlepas dari menjadi mangsa ‘stalker’ baik lelaki mahupun perempuan.
Acacia mengakui telah melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan diri daripada diganggu termasuk membuat laporan polis, berpindah ke luar negara dan memaklumkan pelakuan lelaki itu kepada keluarga suspek.
Acacia juga turut berkongsi dirinya terpaksa melalui pelbagai kejadian tidak menyenangkan sepanjang dirinya diekori, antaranya pelaku mengekorinya ke tempat kerja sehingga ke rumah. Malah, Acacia mendedahkan pelaku turut membuka 30 akaun palsu semata-mata untuk mengendapnya.
Bangkit mempertahan diri, dan enggan dirinya dijadikan mangsa perilaku tak bertamadun, namun tak semua usaha Acacia berhasil! Suspek masih lagi tidak berhenti menganggunya malah sanggup mengikut Acacia ke United Kingdom. Lalu, Acacia terpaksa ‘jalan lain’, iaitu menggunakan media sosial untuk mendedahkan identiti lelaki yang menghendap beliau sejak lapan tahun lalu.
Walaupun tahu dirinya bakal menjadi perhatian umum, namun tindakan Acacia membuktikan dirinya bukan insan yang lemah dan mudah membiarkan dirinya diganggu tanpa henti, walaupun Acacia sudah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual secara dalam talian telah sejak 2018.
Dan hari ini, Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan bekas pereka sambilan yang berdepan tuduhan menghendap dan melakukan gangguan berulang terhadap jurugambar wanita menjalani pemerhatian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama sebulan, sekaligus menjadi individu pertama di Malaysia didakwa atas kesalahan ‘stalking’.
Polis turut menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) selepas kes gangguan terhadap jurugambar itu tular di media sosial. Berdasarkan sumber Gempak, Acacia mengakui dirinya masih trauma dan sehingga kini masih rasa dirinya diperhatikan.
Walau apa pun, NONA cukup kagum dengan semangat dan kekentalan jiwa Acacia yang bangkit mempertahankan privasi dirinya dari berterusan diekori dan dicabuli. Semoga kisah Acacia ini menjadi inspirasi buat semua wanita untuk sentiasa berhati-hati.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.