Akibat sering terdedah dengan muzik ‘volume’ tinggi, Ratu Rock Negara Nor Zila Aminuddin atau lebih mesra di sapa dengan nama pentas Ella Aminuddin kini terpaksa menggunakan alat bantuan pendengaran setelah di diagnosis mempunyai masalah di kedua-dua telinganya.

Menurut Ella, pada awalnya dia tidak tahu bahawa dia mengalami masalah pendengaran. Namun, menzahirkan rasa syukur kerana masih berada di tahap ‘moderate’ dan mampu mengekang masalah ini sebelum lebih memburuk.

IKLAN

Ella Tak Tahu Hadapi Masalah Pendengaran

Pendengaran Terjejas, Ella Guna ‘Hearing Aid’, Gesa Wanita Usah Malu Lakukan Pemeriksaan!

Jelas Ella, dia tidak mengetahui bahawa dirinya mempunyai masalah pendengaran dan hanya cakna mengenainya setelah melakukan pemeriksaan lanjut.

“Sebelum ini saya tak tahu pendengaran saya terjejas. Selepas melakukan pemeriksaan, keputusan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang. Misal kata dalam peratusan 100 peratus, ia berubah kepada 70 peratus di bahagian kiri dan 80 peratus di bahagian kanan.

“Situasi tersebut masih di peringkat ‘modetare’ dan saya memilih untuk menggunakan alat bantuan bagi mengimbangi fungsi pendengaran dari Global Hearing Care Centre (GHCC) dan sekarang menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha,” katanya.

Ella berkata demikian ketika ditemui pada Program Komuniti Global Hearing Care Centre di Pavillion Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.

Ella Bersyukur Dapat Rawat Masalah Pendengaran Di Peringkat Awal!

Pendengaran Terjejas, Ella Guna ‘Hearing Aid’, Gesa Wanita Usah Malu Lakukan Pemeriksaan!

Mengulas lanjut tentang perasaanya apabila mengetahui dia kini didiagnosis mempunyai masalah pendengaran pada peringkat awal, ini respon yang diberikan Ella.

“Walaupun saya menggunakan alat bantuan pendengaran namun, saya tidak pernah rasa ia sebagai kekurangan atau rendah diri, sebaliknya bersyukur kerana sedar akan masalah yang dihadapi dan dapat melakukan pemeriksaan lebih awal agar masalah itu dapat diatasi dengan alat berteknologi tinggi.

“Saya percaya, ramai lagi yang mengalami masalah serupa, termasuk rakan industri yang kerap terdedah dengan ‘volume’ muzik.

IKLAN

“Jadi jangan malu untuk mendapatkan rawatan berbanding membiarkan ia terus melarat atau tidak tahu status kesihatan pendengaran. Jaga kesihatan telinga dan pendengaran dengan melakukan pemeriksaan berkala,” katanya lagi.

Justeru, Ella turut menggesa para wanita dan Nonarians agar lebih cakna terhadap kesihatan pendengaran telinga masing-masing dan segera melakukan pemeriksaan agar masalah ini dapat ditangani lebih awal.

Lakukan Pemeriksaan Telinga, Mampu Kekang Masalah Pendengaran

Pendengaran Terjejas, Ella Guna ‘Hearing Aid’, Gesa Wanita Usah Malu Lakukan Pemeriksaan!

Pengarah Pemasaran dan Operasi Global Hearing Care Centre, Lyn Ooi turut mendedahan tentang peri pentingnya penjagaan pendengaran seawal usia kanak-kanak lagi agar ibubapa dapat memberi rawatan awal yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.

IKLAN

Jelasnya, kolaborasi GHCC bersama Ratu Rock negara, Ella Aminuddin membuatkan dia merasa amat gembira atas kesudian Rock Queen berkeerjasama dalam menyebarkan ilmu mengenai masalah pendengaran di Malaysia.

Pendengaran Terjejas, Ella Guna ‘Hearing Aid’, Gesa Wanita Usah Malu Lakukan Pemeriksaan!

“Pihak GHCC amat berbesar hati kerana Ella yang telah didiagnosis mempunyai masalah pendengaran sudi bekerjasama dengan kami dalam menyebarkan kesedaran tentang isu ini sekaligus mempromosikan pemakaian alat bantu dengar edisi terhad Bernafon Alpha ‘RockQueen x GHCC’ yang turut digunakan dalam aktiviti seharian Ella”, ujarnya.

Untuk rekod GHCC, dengan kerjasama Ella dan Kementerian Pendidikan Malaysia turut menganjurkan program komuniti yang memfokuskan tentang kesihatan pendengaran serta kelancaran pertuturan disetiap peringkat usia.

Selain itu, dengan setiap pembelian alat Bernafon Alpha, para pegguna berpeluang menerima kotak edisi khas eksklusif RockQueen x GHCC.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!