Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. Benarlah kata pepatah tersebut apabila pengalaman bercuti ke negara orang dijadikan inspirasi untuk mencipta sesuatu yang lebih besar dan bermakna.

IKLAN

Pengalaman Bercuti Ke Eropah Cetus Inspirasi, NURIN AFIQAH Garap Memori Untuk Jenama Fesyen Sendiri!

Mengambil inspirasi daripada bunga yang mekar pada musim panas baru-baru ini personaliti media sosial dan pelakon baharu, Nurin Afiqah memperkenalkan koleksi Nada, Summer To Remember yang diaspirasikan cetusan idea dari penilaian sudut pandang eksplorasi dirinya sendiri untuk  bingkisan jenama fesyen miliknya.

“Koleksi Summer To Remember merupakan rangkuman daripada pengalaman saya sewaktu melancong ke Eropah dan kebetulan musim panas jatuh pada bulan hari jadi saya, iaitu julai. Jadi saya abadikan ia sebagai satu momen yang bermakna.

JUGA BACA: https://www.nona.my/pernah-jadi-jurulatih-zumba-model-pelakon-kini-nurin-afiqah-bergelar-usahawan-fesyen/

Pengalaman Bercuti Ke Eropah Cetus Inspirasi, NURIN AFIQAH Garap Memori Untuk Jenama Fesyen Sendiri!

“Musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan dan ia memberi inspirasi untuk saya berkongsi koleksi ini dengan lebih ramai wanita,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Summer To Remember di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKLAN

Menawarkan tiga jenis material dalam satu koleksi, ulas Nurin, wajah baharu Nada ini lebih matang namun masih mengekalkan konsep floral. Malah koleksi ini merupakan satu permulaan dan wajah baharu untuk Nada yang lebih matang dan sesuai untuk wanita berkerjaya.

Pengalaman Bercuti Ke Eropah Cetus Inspirasi, NURIN AFIQAH Garap Memori Untuk Jenama Fesyen Sendiri!

IKLAN

Tambah wanita berusia 27 tahun ini, ia merupakan kali pertama jenama tersebut mengeluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan. Terdapat tiga jenis material yang digunakan untuk koleksi ini iaitu  denim, pleated floral dan cotton. Konsep flora digunakan bersesuaian dengan nuansa musim panas.

Pengalaman Bercuti Ke Eropah Cetus Inspirasi, NURIN AFIQAH Garap Memori Untuk Jenama Fesyen Sendiri!

Isteri kepada Fairuz ini juga memberi bayangan untuk meluaskan lagi empayar perniagannya dengan membuka butik tidak lama lagi. Buat masa ini, jenama Nada hanya mempunyai sebuah showroom, namun merancang untuk membuka butik sendiri pada tahun hadapan.

Memilih lokasi popular iaitu Bangsar untuk Nurin Afiqah meluaskan empayar perniagaannya, wanita berusia 27 tahun ini meletakkan sepenuh harapan garapan istimewanya ini mendapat tempat di hati para peminat memandangkan ia menawarkan harga yang berpatutan tetapi pada kualiti terbaik!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI