Masihkah anda ingat dengan Deja Moss, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Asmara Ini. Ramai yang merindui pemilik nama penuh Sharifah Hadijah Wan Moss ini walaupun sudah lama dirinya menyepi dari dunia seni, apatah lagi selepas rumahtangga bersama ahli perniagaan berketurunan Amerika-Syria, Maher Khani yang dikahwini sejak 2019.

IKLAN

Penghijrahan Ke Chicago DEJA MOSS Tidak Lagi Kejar Dunia Kini Bahagia Dengan Suami & Dua Anak Tiri Yang Menawan

Meninggalkan keluarga dan Malaysia untuk berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat untuk berada di sisi suami tercinta pada bulan Julai yang lepas, pastinya kehadiran Maher Khani membuka lembaran baru untuk Deja Moss yang tidak lagi mengejar nikmat dunia, sekali gus mensyukuri nikmat yang Allah limpahkan kepadanya dan mendekatkan diri kepadaNya, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup seperti kemurungan dan penceraian dari perkahwinan pertamanya.

Penghijrahan Ke Chicago DEJA MOSS Tidak Lagi Kejar Dunia Kini Bahagia Dengan Suami & Dua Anak Tiri Yang Menawan

Walaupun sudah berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat namun Deja tidak lokek berkongsi tentang perkembangannya disana buat tatapan peminat. Deja Moss dilihat sibuk dan banyak memfokuskan masanya membesarkan keluarga serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti di sana. Apatah lagi penampilan Deja juga dilihat semakin anggun dan manis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deja Moss (@therealdejamoss)

Mengakui lebih tenang bersama suami, Deja juga dilihat cukup bahagia bersama suami serta anak anak tirinya. Deja juga dilihat tidak kekok melayani Salma Dan Laila, dua anak tirinya yang dilihat cukup cantik dan anggun. Walaupun berstatus anak tiri, kemesraan Deja bersama mereka jelas kelihatan apatah lagi kedua-duanya dilihat sangat manja dan rapat dengan Deja dan melayan baik Deja seperti ibu kandung mereka sendiri.

Penghijrahan Ke Chicago DEJA MOSS Tidak Lagi Kejar Dunia Kini Bahagia Dengan Suami & Dua Anak Tiri Yang Menawan Penghijrahan Ke Chicago DEJA MOSS Tidak Lagi Kejar Dunia Kini Bahagia Dengan Suami & Dua Anak Tiri Yang Menawan

IKLAN

Ramai warga maya yang bukan sahaja memuji kecantikan mereka berdua malah meluahkan rasa kagum kerana Salma dan Laila boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih seperti yang dapat dilihat di video di bawah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deja Moss (@therealdejamoss)

IKLAN

NONA mendoakan semoga Deja dan keluarga bahagia walau di mana saja mereka berada.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> LINK

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI