Pemergian Mizz Nina ke Tanah Suci Mekah sekitar tahun 2013 benar-benar mengubah dirinya sampai ke hari ini. Dari seorang penghibur seni popular dan bertaraf antarabangsa, berkat kurniaan hidayah dari Allah dia berubah menjadi seorang muslim sejati. Malah, kisah penghijrahan Mizz Nina sering menjadi inspirasi.
Dalam temu bual bersama Mizz Nina ketika menjadi penghias muka depan Nona suatu ketika dulu, dia mengambil restu dan doa daripada suami serta keluarga untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Baginya, dia tak pernah penat belajar dan mendalami ilmu kerana percaya ia mampu menjadi kekuatan seseorang.
Dedah wanita ini, suaminya Mohd Noh Salleh beberapa kali pernah mengajaknya ke Tanah Suci sebelum mereka mengerjakan haji pada 2013 tetapi terpaksa ditolak kerana pada waktu itu dia merasakan masih banyak kekurangan dalam diri.
Sehinggalah dia sendiri yang mengajak Noh ke sana untuk mengerjakan umrah. “Sewaktu di sana, mula timbul dalam hati untuk mengerjakan haji pula. Bermula dari sana, saya belajar mendalami Islam sedikit demi sedikit. Saya belajar mengaji, banyak menghadiri ceramah dan beberapa kelas lain.”
Sejak bergelar Hajah, pemilik nama Shazrina Tan Sri Azman ini mengakui lebih selektif dan teliti dengan tawaran seni yang diterima. Ujarnya, “Saya lebih teliti dalam soal penyampaian kerana ada batasan yang perlu dijaga. Allah telah merencanakan kisah yang cukup cantik dalam kehidupan saya.
Mula-mula, diberikan rezeki untuk saya bersama dalam rancangan Chichi & Chacha, sebuah rancangan bersiri kanak-kanak. Kemudian dibukakan hati untuk terus dekat denganNya. Saya lupakan segalanya hanya kerana Allah Taala.”
Ads
Berbekal azam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, Mizz Nina pulang ke tanah air dengan imej baharu dan sopan. Namun penampilannya mendapat reaksi negatif daripada sesetengah pihak.
“Perkara pertama yang diulas peminat tatkala saya mula memuat naik gambar berhijab adalah ‘permanent ke tudung tu?’. Saya hanya mampu tersenyum kerana manusia ada banyak ragam dan cara. Kita banyak mengadili manusia lain sebelum kita melihat diri sendiri.
Saya cuba menjadi seorang Muslim yang baik dan menjaga hubungan baik dengan Allah. Dari segi kerjaya seni, saya cuba buat yang termampu dan paling penting, saya tetapkan dalam hati agar tidak kembali kepada Mizz Nina yang dulu, jauh sekali untuk membuka hijab semula.
Ads
Semua orang ada pengalaman sendiri dan penyampaian hidayah Allah kepada mereka berbeza. Begitu juga saya. Keputusan untuk mengerjakan haji adalah keputusan terbaik saya buat dalam kehidupan. Saya lakukan kerana Allah.”
Dalam temu bual eksklusif itu juga, Mizz Nina mendedahkan dia melihat figura bapa tersayang sebagai inspirasi ke arah kebaikan.
“Saya tahu dengan siapa saya perlu bertanya dan pada siapa saya perlu merujuk. Impak penghijrahan ini membawa makna yang cukup besar. Ayah menunaikan haji baru sekali tetapi perubahan yang dibawa dalam hidup cukup-cukup terkesan dan ini yang saya cuba teladani.
Ads
Begitu ramai yang menghantar permohonan untuk menunaikan haji tetapi saya pula yang dijemput Allah untuk menyahut seruanNya. Hanya syukur mampu dipanjatkan.
Untuk terus berada di landasan Allah, saya cuba mencari bahan untuk menyumbang kepada agama. Dalam bidang seni suara pula, penyampaian itu adalah daripada perkara yang baik-baik kerana saya mahu berkongsi bersama peminat terutamanya apa yang sedang berlaku dalam hidup saya kini.”
Mizz Nina sah bergelar isteri Mohd Noh Salleh pada 1 Julai 2011. Meniti usia 42 tahun, Mizz Nina merupakan anak bongsu daripada lima beradik buat pasangan Tan Sri Azman Hashim dan Tunku Arishah Tunku Maamor.
11 tahun mendirikan rumah tangga, Mizz Nina dan Noh sepakat mengambil anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau kita rasa kehidupan kita sudah cukup susah sebenarnya ada insan lain lagi yang hidup lebih susah. Kita hidup perlu sentiasa memandang ke bawah bukan dengan mendongak langit melihat orang yang di atas.
Sebak rasa hati apabila melihat kunjungan selebriti Zulin Aziz, baru-baru ini yang menyantuni penghuni sebuah pusat perlindungan yang tidak dinyatakan di mana. Kongsi wanita yang panda berjenaka di laman media sosialnya, “Anak-anak ini ada yang di antara mereka tidak beribu, tidak berbapa, tidak kenal pun siapa orang tua mereka.
Ada yang kerana tak mampu, ada yang ibu bapanya tak dapat dikesan, ibu masih bawah umur, penagih dan macam-macam lagi.
Kalau datang sini rasa macam syurga
Mereka datang peluk kita
Mereka datang cium kita
Mereka panggil kita dengan panggilan mummy
Bagi mereka kita semua mak mereka. Rasa sebak ya Allah. Di sini TAK boleh ambik anak angkat, ini rumah perlindungan, ada di antara mereka yang nak anak tu cuma sepanjang ibu mereka bersekolah, bayi mereka di bawah jagaan termasuk ibunya.
Tapi kalau mereka tak nak pun, anda kena berurusan dengan JKM. Ada di antara mereka juga ibunya dah meninggal dunia, ada yang ditinggalkan, tapi baby tu ada masalah kesihatan.
Macam baby yang first sekali dalam video ni. Dia autism. Boleh ambil tapi anda yang betul boleh dan mampu menanggung segala kos rawatan,” kongsi Zulin.
Tambah Zulin kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan barangan dapur, untuk di bulan Ramadhan nanti boleh hubungi Rumah Perlindungan Kanak-kanak dan Remaja hamil ini; Puan Suraya: 0173885997
Kredit foto: Instagram @zulinaziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersentuh dengan kebaikan hati Datin Noor Kartini Mohd Noor terhadap adik-beradik. Bukan sekadar menjaga ukhwah sesama mereka dan meluangkan masa saat diperlukan. Bahkan usahawan Kucate ini juga tidak lokek berkongsi rezeki.
Terbaharu, ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor berkenaan menjadi perhatian warga maya apabila video memaparkan dirinya membuat kejutan kepada salah seorang adik-beradik kesayangan tular di media sosial.
Menerusi perkongsian itu, Datin Kartini menghadiahkan sebuah kereta dengan memandu sendiri kenderaan tersebut kepada adiknya yang mesra disapa Che Na sambil ditemani seorang lagi adik.
Perasaan bercampur-baur ketika figura berusia 59 tahun ini tiba di kediaman Cek Na dengan memberikan kunci kereta kepadanya.
Dalam reaksi terkejut dan sebak, kedua-dua adik-beradik berkenaan saling berpelukan.
Titip adik kepada Datin Noor Kartini, “Kakakku tersayang, terlalu banyak pengorbanan dan pemberianmu yang tidak pernah terbalas. Dari kecil hingga kini, kakakku yang selalu menjadi sumber kasih sayang dan rezeki buat kami adik-beradik.
Hadiah kereta ini hanyalah salah satu dari berjuta bukti betapa besarnya hatimu. Semoga Allah melapangkan lagi rezekimu, melindungimu dalam setiap langkah dan mengangkat darjatmu setinggi-tingginya.
Adik hanya mampu berdoa agar kasih sayang ini kekal sampai syurga. Bi Afiyah Tammah. I love you sister love.”
Patutlah rezeki Datin Noor Kartini sentiasa melimpah ruah sebab pemurah orangnya. Lebih-lebih lagi dengan adik-beradik.
Kehidupan Bahagia Datin Noor Kartini
Berkat kebaikan hati tersebut juga dia dikurniakan suami penyayang, anak-anak yang baik pekerti dan kehidupan bahagia.
Isteri kepada Datuk Abdul Halim ini menginjak usia 59 tahun pada 8 Julai lepas.
Berketurunan Pakistan-Arab, Datin Kartini mempunyai sembilan orang anak iaitu Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nelissa, Nur Athira, Mohamed Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera dan Mohamed Faliq.
Dia juga merupakan pengasas produk Kucate, Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen.
Bila memperkatakan tentang sukan bola sepak, ia sering dikaitkan dengan kaum lelak. Walau bagaimanapun, kini pasukan bola sepak wanita juga tidak kurang hebatnya di mata dunia.
FOTO :REUTERS
Penampilan pemain pasukan Maghribi, Nouhaila Benzina yang mengenakan hijab pada perlawanan Piala Dunia Wanita yang sedang berlangsung kini. Nouhaila merupakan pemain pertama mengenakan hijab pada perlawanan tersebut mewakili pasukan Maghribi yang turun menentang Korea Selatan.
Pada perlawanan tersebut, Maghribi memenangi aksi pertama dalam sejarah kejohanan apabila jaringan Ibtissam Jraidi memastikan kemenangan 1-0.
Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) menarik balik sekatan melarang pemain bola sepak memakai hijab, hampir sedekad lalu, apabila sebelum ini bimbang dengan keselamatan pemain.
Nouhaila, 25, yang beraksi sebagai pemain pertahanan bersama kelab di Maghribi, diturunkan menentang Korea Selatan untuk mencatat namanya dalam buku sejarah.
Pemain Maghribi ini turut berkongsi di media sosial mengenai penampilannya di Piala Dunia dengan mengenakan hijab, tetapi tidak bercakap kepada media di Australia dan New Zealand mengenai perkara tersebut. Baru-baru ini, dia memberitahu stesen televisyen Al Jazeera, bahawa ia akan detik yang membanggakan.
“Banyak kerja dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan terima kasih kepada Tuhan kerana ia memberikan keputusan positif,” katanya.
“Kami harap dapat bermain di tahap tertinggi dan membanggakan rakyat Maghribi.”
Beberapa sukan lain seperti bola keranjang turut menarik balik sekatan terhadap hijab, tetapi masih tidak dibenarkan pada perlawanan bola sepak rasmi di Perancis.
Mereka layak ke Piala Dunia kali pertama selepas muncul naib juara Piala Afrika Wanita, tetapi dibelasah 0-6 di tangan Jerman pada perlawanan pembukaan dan Nouhaila diletakkan sebagai pemain simpanan.
Meskipun kelihatan kasar dan lasak, namun Nouhaila juga mempunyai citarasa fesyen yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, wanita berusia 25 tahun ini sering berkongsi foto ootd dirinya yang kelihatan lebih feminin dari pakaian yang digayakan ketika di padang bola.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan insan tersayang cukup memilukan. Apatah lagi ibu bapa yang telah banyak berkorban jiwa dan raga membesarkan anak-anak. Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie berdepan detik duka apabila ibu tersayang ‘pergi’ untuk selama-lamanya.