‘Tak apa, saya reda’- Itu kata-kata Muhammad Shahril yang tular di media sosial, yang mencurah kasih terakhir buat ibu hingga ke liang lahad, di samping mengimam solat jenazah buat netizen sebak dan terharu.
Kejayaan manis pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang memperoleh keputusan 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, bertukar duka apabila ibunya meninggal dunia akibat angin ahmar, kelmarin.
Sementara itu, nenek saudara Muhammad Syahril, Zainab Othman, 58, berkata pengorbanan Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, perlu dijadikan contoh terbaik kerana sanggup berkorban membesarkan enam anaknya seorang diri selepas pemergiaan suaminya sekitar tahun 2012.
Ads
Kredit foto: Facebook @Syahir Sulaiman
“Muhammad Syahril kehilangan bapanya semasa beliau berusia tujuh tahun, jadi segala tugas itu digalas oleh ibunya untuk membesarkan anak-anaknya sehingga dia (Muhammad Syahril) berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
“Saya dan keluarga begitu kagum dengan pencapaiannya dan diharapkan hasrat Muhammad Syahril untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya akan tercapai,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kandis, di sini hari ini.
Kredit foto: Facebook @Syahir SulaimanKredit foto: Facebook @Syahir Sulaiman
“Saya sedaya-upaya cuba tutup (penderitaan keluarga) tetapi terbuka juga selepas dapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi.
Ads
Mengulas lanjut, Zainab berkata walaupun mereka hidup dalam sederhana namun ia tidak menghalang kesemua anak-anaknya untuk cekal dan tabah berbakti kepada arwah ibunya sehingga akhir hayat.
Sebelum ini, kisah Muhammad Syahril tular selepas pelajar itu tidak dapat hadir untuk menerima keputusan SPM pada Khamis lalu kerana perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019 dan pihak sekolah hadir ke rumahnya untuk menyerahkan keputusan cernerlang yang diperolehnya.
Ads
Sumber: BERNAMA / KOSMO | Kredit foto: Facebook @Syahir Sulaiman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meski bergelar selebriti popular tapi Zara Zya seorang yang mesra dan ‘humble’. Memang mudah bekerjasama dengan Zara kerana selain menepati masa, berdisiplin dan juga berbakat besar.
Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin ini berani mengembang potensi diri sebagai usahawan.
Zara Gemar Habiskan Masa Di Dapur, Tika Waktu Senggang
Di samping meminati dunia seni dan lakonan, Zara juga sebenarnya pandai masak serta suka menghabiskan masa di dapur. Bagi sesetengan orang, masak ni terapi.
Buktinya, Zara selesa menggunakan platform media sosial miliknya untuk menjual pelbagai juadah air tangan. Malah pernah mengusahakan restoran sendiri sebelum ini.
Bagaimana pun restoran Zara Zya Cooks terpaksa ditutup kerana kekangan masa dan penularan Covid-19.
Terbiasa dengan dunia masakan, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika ditemu bual Nona memberitahu, “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak.
Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”
Selain boleh masak lauk-pauk tradisional seperti Masak Lemak, Zara juga mempelajari bidang pastri dan membuat aneka jenis kek hasil mengikuti kelas pastri secara personal bersama Chef Liza Zainol.
Tidak berhenti di situ, Zara berkongsi video pelbagai menu dan resipi masakan air tangannya bersama peminat di Zara Zya Cooks Hq. Antara hidangan yang dikongsikan ialah Ayam Masak Halia, Sweet Sour Potato Sausage, Tom Yam Ikan Kelapa dan Bebola Ayam Enoki.
Zara Zya Dedah ‘Rahsia’ Kejelitaan Miliknya
Bercerita mengenai rejim kecantikan, dia berkata ibu tersayang gemar berkongsi petua kecantikan. “Mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.”
Tak hairanlah Zara sentiasa nampak berseri-seri. Bahkan orangnya memang ceria dan ‘murah’ dengan senyuman!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Itu nasihat padu pelakon cantik manis Fatin Afeefa buat wanita-wanita di luar sana. Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah kereta jenis Mercedes-AMG GLE43 Coupe untuk kegunaan hariannya. Menurut Fatin menerusi hantarannya di Instagram, kereta mewah tersebut dibeli dan merupakan ‘reward’ untuk dirinya setelah bersusah payah berpeluh keringat selama enam bulan menjadi seorang ahli perniagaan.
Menerusi laman sosial Instagram, Fateen sempat berkongsi foto terbaru kereta mewahnya yang baru tiba untuk tatapan peminat-peminatnya.
“6 months of hustling as a businesswoman, this is the result! All the sweat, blood, and tears. Finally! Pelik kan? I slowed down on acting and singing to focus on my business, and I don’t have any regret. I realize going after my dream is the best way for me.
Girls.. You need to have your own dreams and most importantly a career. Build your own dreams. Jangan harap “Daddy-Kasi” je nanti ada orang buat content. Nak tanya, siapa sini nak jadi agent? A new wave is coming 😎🧡
Pada perkongsian itu lagi, Fatin dilihat cukup teruja bersandar di hadapan kereta yang masih berbalut riben merah. Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat pelakon ini yang berjaya memiliki kereta idamannya.
Untuk makluman, selain rezeki dalam bidang seni dan aktif di media sosial, Fatin juga turut memiliki produknya sendiri iaitu LeanbyFA, iaitu minuman berkhasiat (penganti makanan) yang mampu mengurangkan berat badan serta manfaat-manfaat lain.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 31.7k tanda suka daripada pengikutnya, dan semoga ianya memberikan inspirasi buat kaum wanita di luar sana untuk memajukan diri demi kelangsungan hidup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan sekarang ini ramai yang bertemu jodoh melaui media sosial. Namun, perlu sentiasa berhati-hati agar tidak mudah terpedaya.
Bagi pasangan dari Indonesia dan Turki ini, media sosial menjadi asbab mereka mula saling mengenali. Lala dan Bilal mendirikan rumahtangga sebelum berlakunya wabak COVID-19 dan kini bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri di Turki.
Sebelum berkahwin pasangan ini terpaksa menempuh cabaran hubungan jarak jauh. Menyingkap perkenalan awal mereka, Bilal yang ketika itu berada di Turki berkenalan dengan Lala melalui media sosial. Saat itu, Bilal yang memulakan langkah terlebih dulu untuk berkenalan.
Dengan yakinnya, Bilal menghantar mesej melalui Direct Message (DM) kepada Lala. Tanpa diduga, profil Bilal berjaya menarik perhatian Lala.
Dipetik dari vlog di saluran YouTube Bi Love La “Dia memberi salam di DM kemudian saya membuka profilnya. Saya tertarik sedikit kerana dia meletakkan gambarnya bermain gitar. Kebetulan saya mempunyai seorang adik lelaki yang sangat suka bermain gitar. Saya memang suka orang yang pandai bermain muzik,” ujar Lala.
Suatu hari, Lala bercadang untuk nyahaktifkan akaunnya. Namun Bilal tidak berputus asa. Dia cuba meminta nombor telefon Lala pula agar boleh dihubungi menerusi WhatsApp.
Kongsi Bilal: –
“Dalam media sosial, kita tidak mudah percaya orang. Tetapi kalau kita tak nak lepaskan seseorang itu, sudah tentu kita perlukan nombor telefon. Sebab itu saya minta nombor dia.”
Walau bagaimanapun, Lala tidak terus mempercayai lelaki yang dianggap ‘asing’ itu. Dia hanya membalas dengan memberikan ID Line.
Bagi Lala, dia tidak mudah percaya dengan jodoh melalui media sosial apatah lagi terfikir untuk bergelar isteri kepada lelaki warga asing.
“Dulu saya percaya kalau nak dapat jodoh kena berjumpa, bukan di media sosial. Bila dengan Bilal, walaupun tanpa beri nombor telefon saya rasa kami masih boleh berkawan. Saya berikan ID Line saja,” ujar Lala.
Setelah mendapat akses untuk berkomunikasi dengan Lala, Bilal segera berbual dengannya. Tanpa disangka Lala berasa selesa dengan sikap Bilal. Hubungan mereka berkembang perlahan-lahan sebagai kawan.
“Dia seorang yang senang bercakap. Apabila saya sudah terlambat, berbual dengannya seperti ada banyak perkara yang membuatkan saya ketawa,” ujar Lala.
Namun, persahabatan mereka terhenti selama beberapa bulan. Ketika itu Lala pergi ke Amerika. Selepas pulang dari Amerika, dia segera menyiapkan diri untuk mencari kolej. Lala bercadang untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana di salah sebuah kampus Jakarta Timur. Lala dan Bilal tidak berhubung selama tiga bulan.
Namun hubungan itu kembali terjalin apabila suatu hari Lala mahu memadamkan beberapa aplikasi termasuk Line yang digunakannya untuk berkomunikasi dengan Bilal.
“Bila saya buka aplikasi Line, masih ada chat history antara saya dan Bilal. Mula-mula saya nak padam. Lagi pun sudah tiga bulan kami tidak berhubung. Tapi saya bagi salam untuk suka-suka. Tak sangka dia balas. Dari situ, kami meneruskan komunikasi malah semakin rapat pula,” katanya.
Hubungan mereka yang kian intim mula berkembang menjadi romantik. Namun, Lala dan Bilal tidak mahu tergesa-gesa. Mereka perlu mendapatkan restu keluarga.
“Apabila saya memberitahu keluarga, mereka mulanya tidak percaya. Keluarga mahukan kepastian. Apatah lagi, keluarga tidak bersetuju saya berkahwin dengan warga asing,” kata Lala.
Akhirnya, Bilal mendapat peluang untuk memenangi hati ibu bapa Lala. Ketika itu ibu Lala bercadang untuk ke Turki bersama kawan-kawan.
“Saya mahu berjumpa ibunya. Kemudian saya memberitahu keluarga dan membawa mereka berjumpa dengannya. Serta-merta semuanya berubah. Ibu bapa kami mula percaya dan akhirnya memberi restu,” dedah Bilal.
Namun Lala dan Bilal masih perlu bersabar kerana mereka mesti memenuhi syarat ibu bapa Lala. Ini kerana ibu Lala tidak mahu anak perempuan mereka itu tercicir dalam pengajian.
“Bilal kena tunggu saya habis belajar dulu. Kalau Bilal nak, tunggu saya selama dua tahun. Itu sahaja. Kami akhirnya bersedia. Saya pergi ke Turki dan kami pun berkahwin,” kongsi Lala.
Selepas berkahwin, Bilal membawa Lala ke Turki dan mereka hidup bahagia hingga kini. Pasangan ini juga membuka saluran YouTube dan kerap memuat naik vlog semasa wabak COVID-19.
Pesan Lala buat semua khususnya mereka yang diuji dengan hubungan jarak jauh, tidak perlu risau tentang jodoh.
“Kalau jodoh pasti tak ke mana. Namun, hubungan jarak jauh pun tak semudah yang disangka. Terpulang pada kita. Nak terima pasangan seadanya, boleh teruskan niat dan komitmen.
“Selagi manusia boleh menerima pasangan, semuanya akan dipermudahkan. Usah lupa berdoa kepada Allah SWT. Apa pun, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita,” akhiri Lala.
Kredit Foto: Bilal & Lala
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.