Kerana percayakan kecantikan asli dan dalaman lebih penting dari luaran, finalis Miss England melakar sejarah tersendiri di dalam pertandingan itu apabila menjadi ratu cantik pertama yang bertanding tanpa mengenakan sebarang solekan.
Melisa Raouf, pelajar kolej berusia 20 tahun berasal dari selatan London, turut mara ke pusingan separuh akhir pertandingan itu pada Isnin lepas.
“Ia amat bermakna bagi saya kerana saya merasakan ramai gadis daripada pelbagai peringkat usia bersolek hanya kerana berhadapan dengan tekanan untuk berbuat sedemikian. Pusingan akhir dijangka berlangsung Oktober ini dimana Melisa dicanang-canang berpeluang merangkul mahkota kejuaraan Miss England.
Ads
“Jika seseorang itu selesa dengan kulit dan diri mereka sendiri, kita tidak sepatutnya memaksa wajah asli mereka ditutup dengan sebarang solekan. Kelemahan diri yang menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itu menjadikan setiap individu itu unik dengan car tersendiri” kata Raouf dalam satu temu bual dengan akhbar.
Ads
“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan. Saya baru-baru ini menyedari bahawa saya kecantikan dengan kulit saya sendiri dan itulah sebabnya saya membuat keputusan untuk bertanding tanpa solekan,” jelasnya lagi.
Ads
“Ini adalah kali pertama saya melihat seorang peserta tanpa solekan bersaing di peringkat separuh akhir dan dia bersemangat untuk bertanding dengan semua peserta lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Melisa,” kata Beasley.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam kerenah apabila tiba tahun baru. Ada yang kesal kerana tidak berjaya melengkapi azam tahun tahu, ada juga yang merencana azam tahun baru dan tidak juga yang asyik mencari kalender atau planner 2018. Ramai yang mula membuat resolusi untuk kurus pada tahun ini dan tidak kurang juga yang menyasarkan untuk kahwin pada tahun ini. Selamat berjaya dalam mencapai apa yang dihajati.
Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan tahun 2018 yang serba mencabar ini. Dalam sibuk membuat resolusi ada tak terselit untuk menjaga kecantikan dan kesihatan rambut. Rambut juga perlukan perhatian dan pelihara kesihatan rambut bermula pada kulit kepala dan akarnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Syafinaz Selamat ternyata memiliki pesona tersendiri. Sinonim sebagai juri pelbagai program realiti nyanyian popular, tak dinafikan jelitawan ini mempunyai aura memikat yang mampu membuatkan sesiapa sahaja terpesona dengan peribadinya.
Sering tampil anggun dan elegan, pasti ramai tidak menyangka pensyarah vokal ini sudah pun mencecah usia 50 tahun. Genap menginjak usia separuh abad pada Januari lepas, Datuk Syafinaz menerima pujian ramai apabila wajahnya kelihatan awet muda dan cantik!
Apatah lagi, dia bijak menjaga penampilan diri dan memiliki susuk tubuh ramping persis model! Sekaligus membuatkan wanita ini kelihatan menawan dalam apa jua persalinan.
Penyanyi kelahiran Johor ini juga dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.
Sekitar April 2021, Datuk Syafinaz melancarkan single berjudul Persis Salju. Kerinduan peminat kepada penyanyi bersuara antarabangsa ini terubat menerusi lagu berkenaan memandangkan hampir 20 tahun menunggu ‘buah tangan’ dari Datuk Syafinaz.
Difahamkan wanita berbakat besar ini mula menceburi industri seni seawal umur 7 tahun dan pelbagai pengiktirafan berjaya diraih.
Malah, pengetahuan dan pengalaman Datuk Syafinaz dalam dunia hiburan, seni suara dan persembahan juga menjadikannya antara juri popular yang sering diundang dalam pertandingan nyanyian dan program realiti.
Wanita tinggi lampai yang terkenal dengan suara soprano ini juga merupakan konduktor dan vocal master untuk Koir Permata Seni.
Selain itu, Datuk Syafinaz pernah dipilih sebagai juri program nyanyian Malaysian Idol, AF Megastar dan Gegar Vaganza.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ingin Bersamamu ini juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan vocal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, otak adalah organ yang sangat penting dalam tubuh manusia. Otak manusia mengawal seluruh pergerakan manusia seperti buah fikiran, gerakan, refleksi terhadap cahaya atau sentuhan. Otak merupakan mesin organik yang sangat kuat dan berfungsi sebagai storan penyimpan data, gambar, teks dan sebagainya dalam jumlah yang tidak terhitung.
Otak tidak pernah berhenti bekerja walaupun dalam tidur. Oleh itu, otak perlu dipelihara dengan teliti dan memberi makanan yang terbaik untuk otak. Rupa-rupanya, ada makanan yang terbaik untuk otak. Nak tahu apakah ia?
Avokado
Avokado kaya dengan sumber antioksida termasuk vitamin E dan vitamin C. Buah avokado dikatakan buah yang terbaik diambil untuk mengelakkan penyakit alzheimer. Walaupun avakado terkenal dengan buah yang tinggi kandungan lemak tetapi sumber lemak yang terdapat di dalamnya tergolong lemak monotaktepu yang membantu melancarkan peredaran darah. Apabila pengaliran darah dalam tubuh berada dalam keadaan baik, ini bermakna otak juga berada dalam keadaan sihat. Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko daripada penurunan kualiti kemampuan kognitif. Sumber yang terkandung dalam avokado mampu menurunkan tekanan darah dan relatifnya meningkatkan kesihatan otak secara keseluruhan.
Beri biru
Pigmen di dalam buah ini kaya dengan khasiat antioksida serta vitamin C dan E. Buah ini juga mengandungi kepekatan pati antosanin flavonoids yang mengandung zat antibakteria dan juga mampu membantu menurunkan kolesterol. Beri biru juga terbukti memiliki antioksidan tertinggi, dan mengandung zat yang mampu melindungi kerosakan otak yang disebabkan oleh zat kimia, plak, maupun trauma. Malah beri biru mengandungi sejenis sebatian yang membantu melindungi daripada sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan jangka pendek.
Brokoli
Manfaat menakjubkan daripada sayur brokoli iaitu mampu meningkatkan kecerdasan otak. Brokoli kaya akan vitamin K yang dapat meningkatkan fungsi kognitif dan mempertajam fikiran. Selain itu, kandungan zat kolin yang tinggi juga sangat penting untuk perkembangan sel-sel didalam otak Anda. Dengan mengkonsumsi brokoli ini akan meningkatkan stamina dan kinerja otak. Brokoli juga dikatakan tinggi kadar lutein yang boleh membantu otak berfungsi dan meningkatkan kecerdasan otak.
Telur
Telur ayam mengandungi vitamin B dan zat aktif kolin yang sangat bermanfaat untuk kesihatan otak. Kedua-dua zat ini sangat produktif dalam meningkatkan membran sel dalam produksi minyak otak. Apabila mengambil telur ayam dalam pemakanan dengan bahagian yang betul secara konsisten akan meningkatkan kesihatan dan prestasi otak. Antara manfaat yang penting dengan mengambil telur dalam pemakanan harian adalah tidak mudah lupa.
Ikan salmon
Manfaat ikan salmon yang paling utama ialah menjaga kesihatan otak. Ini termasuk meningkatkan fungsi kognitif dan memori. Ikan salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi dan juga terdapat zat lain seperti selenium, vitamin A, dan vitamin D yang berperanan sebagai antimurung dan mencegah kerosakan sistem saraf. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa omega-3 dalam ikan salmon membantu mencegah penyakit Parkinson dan Alzheimer.
Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau tinggi kandungan nutrisinya dan dikatakan sebagai makanan yang mempunyai keajaiban untuk mencegah kanser. Sayur-sayuran seperti bayam, kale dan lobak merah begitu berkuasa untuk kesihatan otak. Sebuah kajian dari University of Illinois mengatakan bahawa lutein, pigmen yang ditemui dalam sayuran berwarna hijau gelap membantu mempertahankan fungsi kognitif dan ketajaman mental usia otak.
turmeric-3251560_1920.
Kunyit
Memang ada banyak makanan yang dapat membuat otak cerdas dan daya ingatan yang baik. Ternyata kunyit memiliki manfaat yang sangat istimewa apabila mampu meningkatkan daya ingatan. Kunyit mampu mencegah penyakit alzheimer dan terjadinya penurunan kemampuan otak. Kunyit juga berupaya meningkatkan kemmapuan berfikir, memahami, mengingat dan belajar melalui kandungan curcumin yang kaya dengan antioksida dan anti radang. Kunyit juga dikatakan boleh membersihkan plak di otak dan mencegah sel-sel otak pecah akibat penuaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!