Bebas kontroversi murahan dan the most fashionable couple!
Itulah gelaran paling tepat yang dapat diberikan buat pasangan serasi, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Hari ini 4 Mei 2023 genaplah usia perkahwinan Scha dan Awal yang ke 11 tahun.
Mereka kini bahagia bersama dua cahaya mata yang sangat comel, Lara Alana (9 tahun) dan Lyla Amina (2 tahun).
Scha berkongsi kegembiraan dan penghargaannya terhadap suami tercinta di Instagram.
“I can’t believe it has been 11 years already! Everyday I find new things about you. I suka and takde satu pun i tak suka. Happy “got married” Day @awalashaari. You’re perfect for me. I love you.”
Manakala Awal turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Scha atas pengorbanannya melahirkan zuriat mereka.
“This day, 11 years ago the best decision I’ve made in my life. Thank you sharing your life with me and lahirkan our 2 beautiful minions. Happy 11th Anniversary”
Pernah berkongsi kepada Nona, Scha adalah insan terpenting dalam hidupnya.
“Scha seorang yang sangat penting dalam hidup saya. Dialah isteri, ibu, sahabat, pengkritik dan penasihat fesyen saya. Scha adalah cermin bagi diri saya. Dia ibarat cermin kedua saya.
“Kadangkala apa yang kita nampak tidak sama seperti orang lain nampak. Scha juga pengkritik saya yang paling jujur. Walaupun kata-katanya ringkas tapi amat memberi kesan.”
Awal turut menyatakan, dia dan Scha saling meraikan pendapat masing-masing biarpun berbeza.
“Kami saling meraikan pendapat masing-masing. Contohnya, saya akan tanya pendapat Scha kalau pakai barang lelaki selalunya apa yang perempuan suka lihat.
“Begitu juga Scha yang akan tanya pendapat saya dari segi penampilannya.”
Semoga perkahwinan Awal dan Scha kekal bahagia bersama dua puteri mereka yang tersayang.
Kredit Foto: IG Scha Alyahya, IG Awal Ashaari
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona