Buat pertama kali dalam tempoh hampir 30 tahun, majlis perkahwinan diraja mewah bakal berlangsung di Jordan hari ini. Berikut adalah apa yang diketahui setakat ini.

IKLAN
  • Putera Mahkota, Putera Hussein, anak lelaki sulung Raja Abdullah II dan Ratu Rania serta pewaris takhta, akan mengahwini Rajwa Al Saif, selepas bertunang pada Ogos lalu.
  • Rajwa, warga Arab Saudi, adalah seorang arkitek dan anak bongsu ahli perniagaan Saudi, Khalid al-Saif.
  • Rajwa juga mempunyai darah diraja kerana ibunya adalah sebahagian daripada keluarga Al Sudairi, keluarga pemerintah Arab Saudi. Rajwa ialah sepupu kedua Putera Mahkota Saudi, Mohammed Bin Salman.

Perkahwinan Mega & Mewah Putera Mahkota Jordan Dan Rajwa Al-Seif, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu!

Perkahwinan Mega & Mewah Putera Mahkota Jordan Dan Rajwa Al-Seif, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu!

  • Kali terakhir perkahwinan diraja sebesar ini berlangsung ialah pada tahun 1997 apabila Raja Abdullah II, yang ketika itu putera mahkota, berkahwin dengan Rania Al-Yassin, wanita berketurunan Palestin yang dilahirkan di Kuwait. Selain Hussein, pasangan itu mempunyai tiga lagi anak: Puteri Iman, 26, yang berkahwin dengan Jameel Alexander Thermiotis, seorang ahli perniagaan Venezuela berketurunan Greek dalam majlis sederhana pada Mac; Puteri Salma, 22; dan Putera Hashem, 18.
  • Sebagai sebahagian daripada perayaan minggu lalu, Ratu Rania menganjurkan pesta berinai mewah untuk bakal menantunya dan ratusan wanita di Madareb Bani Hashem, di mana beliau menyampaikan ucapan alu-aluan yang meriah.
  • Dalam masa yang sama, ribuan anak muda Jordan menghadiri konsert percuma bertajuk “We Rejoice in Hussein” di Stadium Antarabangsa Amman. Konsert itu menampilkan persembahan daripada artis Arab terkemuka seperti Tamer Hosny, Ahmed Saad, Ragheb Alama, Zain Awad, dan Diana Karazon.

  • Malam sebelum perkahwinan, pada 31 Mei, lebih 4,000 tetamu menyertai keluarga diraja untuk majlis makan malam yang akan mempamerkan budaya pemerintah Arab Hashemite Jordan.
  • Majlis akad nikah berlangsung di Istana Zahran di Amman. Para tetamu kemudiannya  menuju ke Istana Al Husseiniya untuk majlis resepsi dan jamuan. Setakat ini, tidak banyak maklumat yang diketahui tentang pakaian yang akan disarung oleh pengantin perempuan.

Perkahwinan Mega & Mewah Putera Mahkota Jordan Dan Rajwa Al-Seif, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu!

Perkahwinan Mega & Mewah Putera Mahkota Jordan Dan Rajwa Al-Seif, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu!

  • Perarakan diraja sejauh 10 kilometer berlangsung di antara kedua-dua tempat itu, sebagai sebahagian daripada tradisi negara sejak tahun 1946.
  • Seramai 71 anggota Pengawal Diraja mengetuai perarakan sekitar 20 rover dan motosikal. Pengangkutan awam juga disediakan percuma untuk semua rakyat yang ingin menyaksikan perarakan itu.
  • Perkahwinan berprofil tinggi Hussein dan Rajwa akan menyaksikan sejumlah kerabat diraja global pergi ke Jordan untuk menyaksikan acara bersejarah itu. Antara yang dijemput ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Raja Juan Carlos I dan Ratu Sofia dari Sepanyol; Raja dan Ratu Belanda; Putera Mahkota Frederik dan Puteri Mahkota Mary dari Denmark; Puteri Mahkota Victoria dari Sweden dan Putera Daniel, Duke of Västergötland, Putera Sébastien dari Luxembourg; Haakon, Putera Mahkota Norway; Hisako, Puteri Takamado, dan anak perempuannya, Puteri Tsuguko dari Takamado dari Jepun.
  • Turut serta ialah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isteri, Jill.

Sumber: ASTRO Awani

IKLAN

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

IKLAN

***

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI