Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke atas pasangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja ZarithSofiah, menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari.
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Raja Permaisuri Agong diputerakan pada 14 0gos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak. Seri Paduka Baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah.
Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak sebelum menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, juga di Kuala Kangsar.
Seri Paduka Baginda kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di Cheltenham Ladies’ College di England pada 1972, sebelum menyambung pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Somerville College, University of Oxford pada 1979 sebelum dikurniakan Bachelor of Arts in Chinese Studies pada 1983.
Ads
PELANTIKAN PERMAISURI JOHOR
Seri Paduka Baginda dikurniakan gelaran Permaisuri Johor bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.
ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI
Raja Zarith Sofiah diljabkabulkan bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim pada 22 September 1982 semasa Sultan Ibrahim bergelar Tunku Mahkota Johor.
Perkongsian hidup Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan lima putera dan seorang puteri iaitu
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
Ads
MINAT DAN BAKAT
Mewarisi minat dan bakat seni ayahanda terutamanya dalam seni lukis, Seri Paduka Baginda pernah menyertai beberapa pameran seni seperti pameran Galeri Seni Yayasan Warisan Johor pada 2003 dan pameran seni anjuran Maybank Kuala Lumpur yang memberi penghormatan kepada tiga generasi seniman Johor pada 2004.
Raja Zarith Sofiah juga merupakan seorang penulis prolifik dan pernah mempunyai ruangan akhbar khusus iaitu On Common Ground untuk New Straits Times dan Mind Matters untuk The Star, malah sebelum itu, Seri Paduka Baginda juga pernah menulis empat buku kanak-kanak pada 1995.
JAWATAN DISANDANG
Ads
Pada masa ini, Seri Paduka Baginda menjadi Penasihat Diraja kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pengerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Selain itu, Seri Paduka Baginda juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pengerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
PENCAPAIAN
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO) sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu dianugerahkan
ijazah kehormat daripada University of Nottingham pada 2017.
Pada 17 Mac 2016, Seri Paduka Baginda berkenan menyempurnakan program “Because We Care” Chancellor’s Fund yang bertujuan menjaga kebajikan pelajar golongan B40 di UTM, serta turut mengilhamkan program Bangsa Johor Bahagia pada 17 Mac 2019 yang memberi penekanan terhadap aspek kebajikan
masyarakat, khususnya golongan B40.
Raja Zarith Sofiah sering dijemput sebagai pengucap tama persidangan akademik di dalam dan luar negara termasuk menyampaikan ucap tama pada Persidangan Meja Bulat
OCIS-UTM, bertemakan Imagining the Future: Climate Change, Health and Food Security in Muslim Societies anjuran UTM dan Oxford Centre of Islamic Studies (OCIS) pada Mei tahun lepas.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkat minat dan kerja keras, usaha gigih Atikah Suhaime jual produk ubat gigi Zaitun mendatangkan pulangan ‘masyuk’, malah yakin produknya high class untuk semua pengguna.
Wajah jelita Datin Nur Atikah Mohd Suhaime kerap menghiasi siaran LIVE TikTok kebelakangan ini. Tak kekok berniaga, mulut wanita berusia 33 tahun dari Singapura itu becok bercerita, mempromosikan kebaikan produk-produk keluaran Zaitun.
Meskipun kini kurang aktif berlakon seperti dulu, Datin Atikah yang baru saja mendirikan rumah tangga dengan usahawan berjaya Datuk Lokman Teh, kelihatan gembira dengan tugas barunya.
Beliau kini merupakan sebahagian daripada team pemasaran dan promosi produk Zaitun yang cukup terkenal pada zaman 90-an. Sejak berkecimpung dalam bisnes, jenama Zaitun seolah ‘bernyawa’ semula.
Meskipun menjual ubat gigi Zaitun, tiada istilah low class baginya. Beliau yakin setiap produk keluaran Zaitun terdiri barangan penjagaan diri sangat berkualiti tinggi dan high class! Patutlah jualan produk melonjak tinggi, lumayan dan ‘masyuk’ sekarang.
Sebagai anak seni yang banyak membintangi drama tempatan, bakat Datin Atikah di depan skrin menjadi ‘bonus’ buat syarikat milik keluarga mertuanya. Ternyata setiap kali muncul dalam sesi LIVE, konten beliau jarang menghampakan peminat.
Kagum dengan semangat dan kejayaan Datin Atikah jual ubat gigi Zaitun, Nona menyusun langkah bertemu wanita itu di pejabatnya. Jom saksikan temu bual eksklusif 50 soalan ini!
JARANG KONGSI BAHAGIA
Di sebalik kejayaan bisnesnya, menantu kepada pengasas produk Zaitun itu agak jarang berkongsi kebahagiaan rumah tangganya dengan peminat. Selain hal kerja, wanita berstatus VIP itu selesa menjaga privasi mereka sekeluarga.
Antara sebab lain adalah faktor kesibukan yang mengikat dirinya. Selain aktif dalam sesi LIVE, jadual harian Datin Atikah juga padat dengan pelbagai komitmen termasuk memberi perhatian penuh untuk suami tercinta.
Walaubagaimanapun, banyak peminat memuji kerajinan Datin Atikah di dapur. Tanpa bantuan ‘bibik’ pun, beliau lincah menyiapkan pelbagai juadah lazat termasuk santapan makan malam untuk seisi keluarga mertua. Cukup hebat!
Kerjaya lakonan wanita tinggi lampai, pemilik nama penuh Hanez Suraya Abdul Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Hanez mula mengorak langkah apabila diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar.
Kemudian, Hanez semakin menempa nama dalam industri seni tanahair apabila membintangi drama Love You Mr Arrogant dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria.
Bagaimanapun, setelah kontroversi yang melanda dirinya pada 20 Disember 2013 apabila namanya menjadi bualan hangat kerana dilabel sebagai ‘Perampas’. Semenjak itu, Hanez Suraya kini jarang kelihatan dikaca televisyen.
“Saya Tak Terfikir Untuk Kembali,” – Hanez Suraya
Namun, menerusi temubual bersama salah satu rancangan sensasi di televisyen, Hanez memaklumkan bahawa perkara berkenaan berlaku kerana dia ingin memberi lebih fokus tanggungjawabnya sebagai isteri.
“Nak kata rindu tu, sudah tentulah rindu sebab itu antara minat saya dari dulu.
“Saya kena korbankan bila suami dah tak bagi. Bukan tak bagi, cuma dia takut saya tak boleh bagi komitmen dekat keluarga. Daripada saya nak commit pun susah sebab anak lagi, mereka pun dah sekolah, saya yang kena uruskan mereka.
“Saya tak terfikir untuk kembali,” jelas Hanez.
Kolam Jiwa Perlu Bersih Untuk Gapai Kejayaan!
Malah, Hanez mengakui bahawa dia kini telah membuka buku baru dalam naskah kehidupanya dan bahagia memegang tanggungjawab sebagai ibu rumah tangga dan usahawanita, kerana bisnes tudungnya juga kian berkembang.
Menurut Hanez, suaminya, Romie Razin Adilha, menghormati keinginannya untuk menceburi bidang perniagaan sebagai galang ganti pada permintaan lelaki terbabit supaya beliau berhenti berlakon.
Menerusi posting di laman Instagram miliknya, pelakon berusia 38 tahun itu telah menitipkan satu nasihat yang bermanfaat buat peminat.
“Apa-apa yang kita nak buat, pastikan KOLAM JIWA kita kena bersih. Baru kita boleh berjaya!,” tulisnya ringkas.
Semoga perkongsian Hanez ini dapat dijadikan panduan hidup kepada semua agar sentiasa berjaya.
Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Romie Razin pada 25 Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran empat orang cahaya mata.
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengenang kembali saat pertama kali hatinya terdetik untuk mengenakan hijab lebih kurang sembilan tahun yang lalu.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pada peringkat awal, niatnya untuk berhijab hanyalah sekadar untuk menutup rambutnya yang rosak.
Mila Tak Sangka, Niat Tutup Rambut Rosak Bertukar Jadi ‘Hidayah’
Namun, dia sendiri tidak menyangka alasan tersebut juga yang menjadi asbab dia ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Pada 2014, saya ingat lagi waktu itu yang rambut saya rosak teruk kerana kerakusan saya sendiri. Nak buat macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagilah. Padan muka.
“Selepas itu, terdetik di hati saya untuk bertudung. Walaupun pada mulanya bertudung itu hanya kerana nak menutup rambut yang rosak tapi saya bersyukur kerana itu menjadi asbab saya bertudung.
“Alhamdulillah, Allah tidak membolakbalikkan hati saya. Walaupun pada awalnya niat itu tidak betul, alhamdulillah Allah betulkan juga niat tu dan saya dapat bertudung serta menutup aurat.
“Nak cakap fasal tak tahu, sebenarnya memang dah tahu dah pun. Cuma buat-buat tak tahu pada waktu itu,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara program Akademi Fantasia musim ke-5 itu menerusi sebuah hataran video di laman Instagram miliknya.
Kita Semua Tak Sempurna, Moga Mereka Kembali Istiqamah
Video tersebut dikongsikan sebagai respon ekoran ramai rakan selebriti yang kini sedang diuji hingga memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab. Mila turut menitipkan doa agar hati rakan-rakanya dijentik Allah untuk kembali istiqomah.
“Moga Allah tidak membolakbalikkan hatinya, memberikan hidayah dan bimbingnya ke arah kebaikkan. Kita semua ini tidak sempurna dan banyak dosa.
“Cuma tanggungjawab kita untuk menegur, kita sudah laksanakan. Tinggal doakan yang baik-baik je InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan