Di sebalik kejayaan, kemewahan dan populariti yang diraih Asyalliee Ahmad rupa-rupanya tersimpan kisah silam yang mengajar usahawan berjaya ini tentang erti kehidupan. Dia tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang namun didikan ibu bapa telah banyak mengajarnya supaya berusaha memiliki apa yang diinginkan atas kerja keras sendiri. Tidak hairanlah di usia Asyalliee baru meniti 23 tahun, dia sudah pun memiliki segala-galanya. Suami, anak, perniagaan, beberapa kereta mewah, rumah yang besar dan macam-macam lagi! Sesungguhnya, rezeki tidak pernah salah alamat.
Terpilih sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba terbuka menyingkap sisi peribadinya kepada umum. Ujar Asya, pendedahan ini dibuat bukan untuk menunjuk… jauh sekali riak dengan pencapaian yang diraih. Sebaliknya, dia mahu pengalaman hidup yang pernah dilalui dijadikan pembakar semangat kepada seluruh wanita untuk berjaya.
Pernah merantau di beberapa buah negeri ketika zaman kanak-kanak, ibu dua anak ini tenang membuka bicara. “Dulu saya pernah duduk di KL, Kedah, Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Mungkin sebab selalu berpindah, saya tak ada ramai kawan. Paling saya ingat sampai sekarang ialah kenangan di Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kedah. Masa tu arwah mak kerja restoran dan pekerja diberi tempat tinggal di bahagian atas restoran. Mak hanya bawa saya dan adik saja waktu tu dan keadaan bilik di situ kecil sangat.
Bila ada budak satu sekolah dapat tahu saya duduk di situ mereka mula mengejek dan boleh dikatakan tak ada yang nak berkawan dengan saya. Mereka gelar saya budak miskin, budak busuk, budak belemoih (berpeluh) la, budak tak mandi. Semuanya gara-gara baju sekolah saya yang dah warna kekuningan sebab selalu pakai dan tak bertukar baru. Saya juga pernah di’pulau’kan.
Ads
Kalau ada PIBG, arwah mak akan berjalan dari restoran tempat dia bekerja ke sekolah saya sejauh dua kilometer. Dan setiap hari juga saya terpaksa pergi dan balik sekolah jalan kaki. Bila arwah mak dah meninggal, adik saya tinggal dengan kakak sulung sementara saya pula duduk dengan kakak lagi seorang,” jelas Asya yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.
Selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Eboy Arbaain dan hamil anak sulung… dia sekali lagi diuji. Dek kerana salah faham yang berlaku, Asya dihentam dan dikecam teruk di media sosial. “Masa saya diuji tu saya baru beberapa minggu hamil anak sulung kami iaitu Haider. Disebabkan fitnah, ada yang mendoakan anak saya mati, anak saya cacat, saya mati semasa melahirkan anak dan macam-macam lagi.
Memang sepanjang tempoh tu saya menangis saja dan emosi sangat terganggu. Sebelum ada produk sendiri dulu, saya tampung hidup berbekalkan duit yang saya dapat daripada review di IG. Tapi sebab kejadian salah faham tersebut, kami kehilangan punca pendapatan. Bayangkan, sampai hendak makan pun tak ada duit. Mujur ada kawan baik dan kakak. Saya mengidam pun suami tak dapat tunaikan. Kami hanya makan nasi dan maggi je tiap bulan bila rasa segan dengan kawan-kawan dan keluarga.
Ads
Tak cukup dengan jual barang-barang mekap, saya jual juga segala beg tangan yang saya ada. Suami pula terpaksa jual helmet dan baju untuk dapat duit makan kami berdua tiap hari. Paling tak boleh lupa, suami jual motor kesayangannya demi saya. Duit RM6 ribu jualan motor, kami bahagikan sama rata untuk makanan dan modal berniaga. Bermula dari itu jugalah saya kuatkan semangat untuk buat Loveliee. Alhamdulillah, hingga sekarang ramai yang menggunakan produk kami termasuk di luar negara.
Kongsi Asya lagi, “Tujuan utama saya buat bisnes ini adalah untuk anak-anak. Supaya mereka tak hidup susah seperti saya dulu. Kedua, kerana saya nak bantu suri rumah, student yang tak ada duit simpanan supaya mereka dapat menjana ekonomi kaum wanita dan islam. Sebagai seorang leader, saya mahu mereka ini hidup senang. Cukuplah hidup senang dan tenang… tak perlu kaya kerana kaya tak jamin kebahagiaan. Saya buat bisnes ini bukan semata-mata untuk duit tapi lebih kepada ilmu dan impian untuk tingkatkan ekonomi islam.
Hasil perkahwinan bersama suami tercinta, mereka dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Haider Mikael dan Siti Helena Adrianna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona menatap kecantikan gadis Papar, Carol Abbey Gail yang baru dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2023 terbaharu. Bukan saja cantik jelita, malah pintar serta sesuai dijadikan inspirasi gadis muda yang berkebolehan.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Unduk Ngadau mungkin hanya satu lagi pertandingan ratu cantik namun ia sebenarnya diadakan pada Mei setiap tahun sempena meraikan perayaan Tadau Kaamatan yang menjadi tradisi rakyat Sabah bagi mengenang kisah legenda pengorbanan Huminodun.
Tampil dengan pakaian tradisional daerah masing-masing, ratusan wanita bersaing mewakili kawasan masing-masing bagi merebut gelaran Unduk Ngadau. Unduk Ngadau berasal dari perkataan Runduk Tadau yang bermaksud ‘gadis dinobatkan sebagai sinar cahaya matahari’.
Pertandingan kecantikan ini adalah sinonim dengan Sabah, kerana ia merupakan pertandingan kecantikan paling terkenal di negeri ini, yang menonjolkan wanita cantik dan cerdas dari semua daerah di Sabah. Paling penting, setiap peserta harus fasih bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.
Kemenangan Carol mewakili daerah Papar sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2023 pada sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) pada 31 Mei lepas, sudah dapat dijangka.
Berusia 24 tahun, gadis yang merupakan graduan ekonomi kewangan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu melambangkan jati diri gadis Sabah yang kental dan berilmu.
Selain berjaya menewaskan 49 peserta lain, Carol yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu turut membawa pulang hadiah wang tunai RM16,000 beserta beberapa hadiah iringan termasuk biasiswa pendidikan dari Universiti Kolej North Borneo.
Seorang yang berkarisma, ibu anggun usia 56 dan penjawat awam berdedikasi, figura pemimpin wanita hebat Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad kini bergelar KSU di KKM.
Petang 4 September sedikit bergelora sebaik berita perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi sektor perkhidmatan awam diumumkan.
Nama Dato’ Sri Suriani Ahmad antara yang disebut bakal menerajui reformasi perkhidmatan awam di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seorang yang berkarisma dan cantik dalam kelasnya yang tersendiri, wanita jelita yang merupakan KSU Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sejak 2020 ini bakal beralih kementerian berkuatkuasa esok.
BERDEDIKASI
Dato’ Sri Suriani pernah berkata, “Jadilah penjawat awam yang cemerlang, di dunia dan di akhirat. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Sekiranya kita diberi peluang untuk memilih, pilihlah yang terbaik. Dan sekiranya kita telah dipilih, buatlah yang terbaik.”
Seorang yang berkarisma, ibu anggun usia 56 dan penjawat awam berdedikasi, figura pemimpin wanita hebat Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad kini bergelar KSU di KKM.
Tegas namun lembut dan bertimbang rasa, tonton video temu bual penuh Nona bersama Dato’ Suriani Ahmad ni…
Pernah mencatat sejarah sebagai wanita termuda dilantik sebagai Ketua Setiausaha dalam jabatan kerajaan, Dato’ Sri Suriani yang berusia 56 tahun mencatat rekod perkhidmatan mencecah 3 dekad dalam pentadbiran awam.
Memiliki tiga orang cahaya mata, Dato’ Sri Suriani berasal dari Perlis dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Universiti Sains Malaysia (1993) serta Sarjana Strategi dan Diplomasi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Pengurusan Awam Institut Tadbiran Negara (1996).
Meninjau media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, pertukaran Dato’ Sri Suriani sebagai KSU KKM disambut dengan tangan terbuka.
“Seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia. Selamat menjalankan tugas.”
Rata-rata netizen turut mengucapkan selamat datang dan berkongsi harapan agar Dato’ Sri Suriani dapat membawa angin pembaharuan.
Beliau sebelum ini pernah bertugas di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Pengarah Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Pengarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Pada 1 Julai 2019 sehingga 3 November 2020, Dato’ Sri Suriani telah dilantik sebagai KSU Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebelum bergelar KSU Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) pada 4 November 2020 hingga 4 September 2024 (hari ini).
Rahsia awet mudanya pada usia pertengahan 50-an hanya aktif bersukan. Dato’ Sri Suriani juga merupakan pencinta kucing.
Pengalaman jatuh bangun dalam memulakan perniagaan sudah menjadi lumrah buat mereka yang bergelar usahawan. Mencipta legasi perniagaan itu bukan semudah yang disangka dan tidak berbina dengan sendiri tanpa usaha yang gigih. Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mempunyai kisah yang tersendiri dan yang paling kagum apabila wanita ini membina karier dari bawah di usia yang muda.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Rupanya ibu mentuanya, Bonda Rozita adalah pemangkin semangat isteri kepada Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman ini untuk terus berjuang melebarkan empayar perniagaannya. “Ibu mertua saya merupakan idola dalam perniagaan.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Teringat saya masa mula-mula bekerja dengan Sendayu Tinggi. Dulu saya memang jarang jumpa beliau. Suatu hari tu, masa saya bekerja di bahagian khidmat pelanggan, Bonda Rozita buat panggilan telefon dan menyamar sebagai pelanggan. Kebetulan masa tu saya yang angkat telefon.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Instagram @shahidadherbs
Banyak yang ditanya tentang produk yang terdapat dalam syarikat dan kebetulan saya tengah pegang katalog. Bolehlah saya jawab setiap pertanyaan beliau dengan yakin. Selepas tu barulah beliau perkenalkan dirinya sebagai Puan Rozita.
Bayangkan ketika perniagaan tengah berkembang pesat, beliau masih turun padang ambil tahu tentang operasi syarikatnya. Saya nampak dengan usia beliau, kalau tak silap saya 55 tahun masa tu, dia tak berhenti-henti buat kerja. Kadang-kadang saya rasa, saya pun tak sekuat dia.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Kalau kita tengok sekarang pengasas produk sezaman dengan dia semua dah tak ada. Beliau juga beruntung kerana mempunyai anak-anak yang mewarisi bakat perniagaannya. Saya lihat belum ada lagi ahli perniagaan lain, ibu dan anak masing-masing berjaya dalam perniagaan sendiri,” tutur Datin Seri Shahida.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Bercerita tentang harapan, “Sudah tentu saya mahu anak-anak mewarisi perniagaan kami suatu hari nanti. Tapi saya tak mahu paksa mereka berkecimpung dalam perniagaan ini kalau tak minat. Mujurlah nampaknya anak saya yang sulung seperti minat berniaga. Walaupun masih kecil tapi dia suka tengok tukaran mata wang asing. Tanya saja perubahan mata wang setiap hari pasti dia boleh jawab.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Saya lihat anak sulung saya sangat mengagumi bapanya sendiri. Ammar akan selalu sokong apa juga tindakan ayahnya dan kadang-kadang dia sendiri pun bagi nasihat. Kalau ditanya tentang pendidikan anak-anak pula saya lebih pentingkan akhlak dan sahsiah mereka berbanding sijil,” kata Datin Seri Nur Shahida.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...