Pernah Digelar “Gemuk & Hodoh” AISHWARYA RAI Buktikan Usia 48 Tahun Tak Mustahil Kekal Kejelitaan!

Wanita mana tidak pernah berhadapan dengan masalah berat badan apatah lagi usai proses melahirkan cahaya mata? Ia adalah kitaran kehidupan normal yang harus dilalui oleh wanita usai melahirkan anak.

Bagi pelakon yang pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai, dia juga tidak terlepas dari berhadapan masalah tersebut selepas melahirkan anaknya, 12 tahun yang lalu. Malah, dia hampir tertekan dek masalah kenaikan berat badannya itu.

Pelakon kelahiran Mangalore, Karnataka, India ini juga pernah melalui saat “dimalukan di media sosial”  di mana foto dirinya dimanipulasi dan dijadikan bahan ejekan. Walaubagaimanapun, Aishwarya sering kelihatan tenang berhadapan dengan tekanan dan menganggap situasi tersebut turut dihadapi oleh ramai selebriti lain di seluruh dunia.

Tidak dinafikan persoalan body shaming sememangnya menjadi topik yang hangat diperkatakan seantero dunia kerana ramai beranggapan individu bertubuh besar mempunyai stigma tidak cantik dan mempunyai masalah kesihatan.

“Mereka punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain kerana tindakan itu membuatkan mereka bahagia. Namun pada penghujungnya, kita hanya mampu untuk memikirkan cara mereka ber kir.

“Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri. Kita hanya dapat menolong dengan tidak mengambil kisah tentangnya,” ujar Ratu Dunia 1994 itu.

Menjangkau usia 48 tahun, Aishwarya masih dihujani pujian kerana berjaya mengekalkan kejelitaan dan mengatasi masalah berat badan. Malah penampilannya dalam filem terbaharu, Ponniyin Selvan serta merta mengunci mulut pengkritiknya yang selama ini meyakini bahawa kegemilangannya sebagai pelakon sudah berakhir.

Menurut portal Times Of India, Aishwarya mengamalkan diet ringan, selain membudayakan aktiviti kecergasan untuk mendapatkan bentuk  fizikal dan kecergasan yang diperlukan bagi menghidupkan watak Nandini dalam filem tersebut.

Pelakon tersebut dilaporkan amat menggemari masakan ala Mangalore terutamanya kari ikan dan ayamnya. Aishwarya turut mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi.

Beliau juga dilaporkan mengamalkan pengambilan jus lemon suam bercampur madu setiap pagi. Antara rahsia yang terkandung dalam minuman jus lemon suam bercampur madu termasuklah ia mampu menurunkan berat badan, mencegah infeksi saluran kencing dan mampu membersihkan hati dari racun.Selain itu, rutin senaman aktress tersebut termasuklah yoga  berbanding melakukan aktiviti senaman di gimnasium.

 

IKLAN
Share