Jika dibandingkan dulu dengan sekarang, penampilan pereka fesyen terkemuka Dato’ Sri Bernard Chandran kini lebih segak dan tampan. Tapi paling memikat kalau melihat cara beliau melayan isteri, Datin Sri Mary Lourdes Chandran. Macam permaisuri!

Pertemuan singkat Nona dengan Dato’ Sri Bernard Chandran berlangsung pada November. Dalam majlis berprestij Kuala Lumpur Fashion Awards 2021, beliau telah dinobatkan Outstanding Achievement Award kerana pelbagai pencapaian yang diraihnya sepanjang lebih dua dekad dalam dunia fesyen, di dalam dan di luar negara.

IKLAN
Pernah Digelar ‘Putera Fesyen Malaysia’, Dato’ Sri Bernard Chandran Kekal Segak Pada Usia 53!
Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan ketika majlis perkahwinan Dato’ Sri Bernard Chandran

 

Pernah Digelar ‘Putera Fesyen Malaysia’, Dato’ Sri Bernard Chandran Kekal Segak Pada Usia 53!
Andrew Tan di sisi Dato’ Sri Bernard Chandran dan Datin Sri Mary Lourdes Chandran baru-baru ini

 

Masih dengan kemanisan yang sama, wajah lelaki kacukan Cina-India ini tetap tidak lekang dengan senyuman. Sambil memegang tangan Datin Sri, beliau mesra menyambut sapaan Nona sambil berkongsi rancangan kerjayanya untuk tahun 2022.

“I think kena back on-track dengan fesyen saya. Paling penting saya nak fokus pada luxury line, selain ada projek-projek seni dan hiasan dalaman yang lain.” DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN

Pernah Digelar ‘Putera Fesyen Malaysia’, Dato’ Sri Bernard Chandran Kekal Segak Pada Usia 53!

 

Pernah Digelar ‘Putera Fesyen Malaysia’, Dato’ Sri Bernard Chandran Kekal Segak Pada Usia 53!

 

Memang terpegun tengok penampilan segak Dato’ Sri Bernard Chandran. Semakin berusia, semakin berkarakter! Tak makan usia, sesuailah dengan pengalamannya yang luas serta menjadi inspirasi ramai pereka fesyen muda di Malaysia.

IKLAN

Sifat romantis dan sweet pasangan ni memang terserlah sepanjang majlis berlangsung. Jom tonton video temu bual Dato’ Sri Bernard Chandran dengan Nona di bawah ni…

 

IKLAN

CEMERLANG

Rekaan Dato’ Sri Bernard Chandran bukan saja digilai fashionista Malaysia, bahkan artis antarabangsa juga gemar dengan karya sentuhannya. Karya beliau pernah dipentaskan buat pertama kalinya di London Fashion Week dan sejak itu ia semakin dikenali termasuk menjadi pilihan Lady Gaga dan Estelle.

Kejayaan yang dicipta banyak melonjakkan nama beliau dalam industri fesyen Malaysia ke persada dunia. Beliau pernah menjadi Ketua Pereka dalam rancangan realiti Project Runway di TV8. Dato’ Sri Bernard Chandran juga pernah dijemput sebagai juri dalam rancangan popular Britain Next Top Model.

Pernah Digelar ‘Putera Fesyen Malaysia’, Dato’ Sri Bernard Chandran Kekal Segak Pada Usia 53!

 

Bapa kepada lima cahaya mata ini menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi ‘Open European Contest for Look of the Year 2000’ pada tahun 1991. Beliau kemudiannya dipilih sebagai Designer of the Year oleh Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia pada tahun 2003.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI