Meskipun kelibat Wardina Safiyyah tidak lagi kelihatan di acara hiburan namun pesona dan bakat wanita ini yang pernah mewarnai dunia seni negara tetap diingati ramai khususnya dalam kalangan peminat. Ketika masih aktif bergelar anak seni, populariti Wardina pernah melonjak naik selepas dia memutuskan untuk berhijab.
Saat itu, figura ini menerima banyak tawaran lakonan dan iklan komersial hingga menjadi salah seorang selebriti inspirasi masyarakat dek kerana keanggunan dan peribadi yang baik. Kini, Wardina atau nama penuhnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.
Nama bintang Spanar Jaya ini kembali menjadi bualan hangat baru-baru ini selepas foto persandingan puteri sulung iaitu Amna Nafeesa bertebaran di media sosial. Kemunculan Wardina begitu dinanti-nantikan apatah lagi sejak dia berhijrah dan menetap di Australia.
Menerusi perkongsian foto rakan artis Wardina yang meraikan hari bahagia Amna di ibu negara, kelihatan graduan Psikologi tersebut tampil jelita dan awet muda! Kecantikan ibu berusia 45 tahun ini seakan tidak memudar.
Ads
Wardina sememangnya cukup bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik dan ‘murah’ dengan senyuman. Pada majlis itu, Wardina dan suami tampil sedondon dalam persalinan rona pastel mint.
Tidak terkecuali memeriahkan majlis Amna Nafeesa dan suami, Yusuf Guller ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kongsi Fadhlina, “Tahniah buat Amna dan Yusuf! Makcik Fadh rasa tua sangat bila Amna sudah berkahwin! Majlis resepsi bertukar menjadi majlis ukhuwah, menghimpun semula kekuatan sokongan serta saling memperkuat antara kami.
Gambar-gambar yang saya kongsikan ini adalah bukti ekosistem sokongan persahabatan yang telah lama dibina dalam pelbagai aspek termasuk empowerment, psikososial, multi ras dan kasih sayang merentas latar belakang masing-masing.
Entah mengapa ada kesayuan kerana bukan selalu kami dapat dihimpunkan dalam majlis sebegini. Seperti biasa, kawan-kawan mak pengantin lagi kecoh atas pelamin daripada pengantin. Semoga Allah menjaga kalian dalam lembayung rahmat dan hidayahnya.”
Ads
Seorang lagi kenalan Wardina ialah pengacara terkenal, Fedtri Yahya. “Lamanya tak jumpa Wardina, rakan penyampai MHI yang juga artis popular. Tahniah terima menantu. Tahniah mempelai Amna Ikhwan & Yusuf Gullèr.
Dalam pada itu, Fedtri turut memaklumkan Wardina pulang ke tanah air selama dua minggu.
Anak sulung Wardina Safiyyah, Amna Nafeesa sah bergelar isteri kepada Yusuf Guller pada 3 September 2023 di sebuah masjid di Australia.
Selain Amna, dua lagi anak personaliti popular ini ialah Azra Sareera dan Imran Arrazi. Wardina mendirikan rumah tangga dengan arkitek, Ikhwan Johari pada September 2002.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kesibukan baharu bergelar ibu dan bapa dua minggu lalu, pasangan selebriti Remy Ishak dan Ezza Yusof meraikan ulang tahun ke 2 perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 21 Ogos.
Perkongsian Ezza Yusof di laman Instagram miliknya, ibu kepada Tuah Alam sempat menitipkan ucapan istimewa untuk suami tersayang sempena ulang tahun ke 2 perkahwinan mereka.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Pasangan pengantin dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Razman Yusof dengan Remy menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin. Perancangan majlis pernikahan Remy dan Ezza sudah kali ditunda ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pasangan ini mengambil keputusan berkahwin selepas tujuh tahun perkenalan.
Akhirnya, majlis pernikahan itu diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI). Ia hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan.
Happy 2nd Anniversary Ayahanda Tuah Alam 🥳
Pasangan ini pernah menjadi perhatian ramai selepas menerima hadiah perkahwinan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Jika tahun lalu pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan di dalam gua, nampaknya tahun ini pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan ke 2 di rumah memandangkan Ezza sedang berpantang usai melahirkan anak sulung. Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Genap tiga minggu bergelar bapa, Remy Ishak mengumumkan nama putera sulungnya, Tuah Alam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Juara Akademi Fantasia Musim Ke-5 ini bijak merencana perjalanan kariernya dalam dunia perniagaan. Memulakan langkah dengan menyertai dunia katering seterusnya membina jenama dalam industri perkahwinan menerusi Bizmilla Wedding Centre. Walaupun industri perkahwinan menempuh ujian yang besar ketika penularan pandemik COVID-19 namun semangat usahawan kecil molek ini sekukuh batu glasier di lautan dalam.
Foto: Instagram @mila_jirin
Mungkin semangat yang diserap masuk ke tubuh Mila Jirin atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin ini adalah berkat doa ibunya. Ibu kepada Mohamed Arif Zikri ini kerap juga berkongsi foto ibunya yang sangat cantik dan awet muda. Menurut Mila, memang sejak dulu lagi bila berjalan berdua dengan ibunya ramai yang menyangka kakak, rupanya dah ada 2 orang cucu. Tengok foto-foto ibu Mila ni, memang awet muda kan?
Foto: Instagram @mila_jirinFoto: Instagram @mila_jirinMila Jirin bersama ibu dan adik-beradiknya. Foto: Instagram @mila_jirin
Ketika membawa ibu dan bapanya ‘rasmi’ rumah baharu yang dibeli berlakosi di Johor Bahru, Mila menzahirkan rasa syukurnya atas doa yang dipanjatkan kepadanya. “Belum sempurna bakti kita terhadap ibu dan ayah apabila tidak mendoakan kebaikan dan ampunan untuk mereka. Tidak lupa juga mendoakan mereka supaya diberikan ganjaran syurga.
Foto: Instagram @mila_jirin
Tertunai impian nak bawa mak ayah mai rasmi rumah baru di Johor Bahru. Alhamdulillah bahagia mak ayah, membuatkan kita rasa LEBIH BAHAGIA….
Terima kasih sebab selalu doakan kejayaan saya. Terima kasih mak ayah atas DOA yang tak pernah putus buat anak mu ini. Bahagia kan mak dan ayah serta keluarga, insyaallah, Allah beri nikmat kebahagian yang tak terhingga,” coret Mila di laman media sosial milik peribadinya.
Foto: Instagram @mila_jirin
Sebagai usahawan muda yang berjaya, perniagaan Mila turut terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 ini. Kagum dengan semangat yang tertanam dalam diri isteri kepada kepada Isz Mustapha ini. Berbagai-bagai cara dan usaha yang dilakukan seperti mula menjual kek, nasi Arab dan sebagainya oleh Pengarah Urusan Bizmilla Catering ini agar perniagaannya bertahan dan mampu menjaga kebajikan pekerja.
Foto: Instagram @mila_jirin
Semangat kental dalam diri wanita kecil molek ini bukan tandingan. Mila terus postif meneruskan cabaran dalam dunia perniagaan yang telah diceburnya. “Saya seperti usahawan yang lain, sangat yakin bahawa apa yang berlaku ini pasti ada hikmah yang besar buat kita semua dan berdoa agar COVID-19 di Malaysia dapat dibasmi segera dan kita semua dapat menjalankan kehidupan seharian secara normal,” tutur Mila Jirin ketika dihubungi dulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi.
Terdahulu, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, Hijabista doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.