Tumpang gembira melihat bisnes pau yang diusahakan Bienda mendapat sambutan ramai. Pernah menjadi penyanyi kumpulan nasyid, Bienda bagaimana pun tidak segan berniaga di tepi jalan dan mencari pelbagai peluang rezeki halal demi kelangsungan hidup.
IKLAN
Selain rancak berniaga pau aneka perisa, Bienda juga menjual koleksi jubah dan busana wanita. Sampai hampir licin di pasaran. Alhamdulillah!
Sejak perniagaan pau viral sekitar tahun lalu, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali dilaporkan berkata Papapau diusahakan bersama suami tercinta iaitu Kamarul Zariman Abdul Rahman pada hujung Disember 2021.
Pau yang dijual selain gebu dan berinti penuh, terdapat pelbagai perisa ditawarkan termasuklah Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk.
Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.
Kredit Instagram @papapau_jalankuchingKredit Instagram @biendalaviendaKredit Instagram @biendalavienda
Akui wanita cantik dan anak kepada penyanyi Sheeda ini, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.
Sebelum menjual pau, Bienda memang aktif berniaga dan pernah menjual tudung dan inner.
IKLAN
Malah dia juga tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.
Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada 10 Oktober 2009. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Kualiti yang ada dalam diri pelakon James Bond ini memang satu antara berjuta. Tak hairanlah dia pernah mendapat gelaran Sexiest Man Alive bukan hanya kerana populariti, wajah tampan dan susuk tubuh sasa yang dimiliki. Malah cukup setia dan sangat menghargai wanita terutama suri hatinya.
Tidak sekadar berbakat besar sebagai pelakon, Pierce Brosnan juga disifatkan seorang lelaki, suami dan bapa yang hebat di mata peminat. Hingga ramai melabelnya seorang ‘family man’ yang lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak.
Kesetiaan Pierce terhadap isteri tercinta, Keely Shaye Smith bukan lagi perkara asing dalam kalangan peminat aktor keturunan Ireland ini. Sejak pertama kali bertemu pada tahun 1994 hingga sekarang, hatinya masih tertawan dengan kejelitaan dan peribadi Keely.
4 Ogos nanti genap 22 tahun Pierce mendirikan rumah tangga dengan bekas personaliti televisyen dan wartawan Amerika Syarikat tersebut. Pierce berusia 69 tahun manakala Keely meniti usia 59 tahun.
Memetik laporan portal Parade, pasangan romantis ini mula berkenalan di Cabo San Lucas, Mexico pada tahun 1994. Waktu itu Keely ditugaskan menemu bual pelakon Ted Danson. Bagaimana pun Ted tidak dapat meneruskan sesi berkenaan dan dia kemudian bertemu Pierce.
Keely ketika mudaPertama kali bertemu pada tahun 1994
Kata Pierce kepada media PEOPLE, perhatiannya terhadap Keely tidak pernah berubah sejak dia melihat wanita itu pada tahun 1994. “Ke mana saja saya pergi, saya akan merinduinya dan hantar tiket kepadanya untuk datang supaya kami boleh bersama. Saya menemui seorang wanita yang hebat dalam diri Keely Shaye. Dia umpama satu dalam berjuta.”
Sementara itu, mengulas pertemuan pertama mereka Keely mendedahkan Pierce seorang lelaki yang menawan. “Dia memiliki semua yang membuatkan orang tertarik dengan personalitinya. Dia juga mempunyai sepasang mata yang memikat.
Jadi saya faham mengapa wanita melihatnya sebagai seorang lelaki yang seksi. Dia sangat menawan dan menghargai wanita.”
Ketika ditemu bual The Sun pula, bintang Mamma Mia! ini berkata tidak kira apa sekali pun Keely tetap menjadi wanita terbaik dalam hidupnya. Apatah lagi pengorbanan Keely menjaga 5 anak Pierce. “Saya mengagumi jiwa dan semangat isteri. Bila dia merenung ke arah saya, saya jadi ‘lemah’.”
Sampai macam tu sekali Pierce ‘cair’ dengan buah hati kesayangan, Keely! Walau sudah 20 tahun hidup bersama tapi kedua-duanya masih kelihatan seperti sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta.
Jelas Pierce, meluangkan masa berkualiti bersama pasangan merupakan kunci kepada hubungan yang baik di antara mereka.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2001 di sebuah biara berusia 785 tahun iaitu Ballintubber Abbey di County Mayo, Ireland. Majlis perkahwinan Pierce dan Keely dilaporkan bernilai USD1.5 juta dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Hasil perkongsian hidup, Pierce dan Keely dikurniakan dua orang anak iaitu Dylan Thomas Brosnan yang lahir pada 1997 sementara Paris Beckett Brosnan pula dilahirkan pada tahun 2001.
Ini merupakan perkahwinan kedua Pierce selepas isteri pertama, Cassandra Hariss meninggal dunia akibat kanser ovari pada tahun 1991.
Cassandra yang sebelum itu pernah berkahwin mempunyai dua orang anak iaitu Charlotte dan Christopher. Sepanjang perkahwinan bersama Pierce, Cassandra turut melahirkan anak mereka yang diberi nama Sean Brosnan.
Selepas kematian Cassandra, Pierce mengambil tanggungjawab sebagai bapa kepada Charlotte, Christopher dan Sean. Pada tahun 2013, Charlotte turut meninggal dunia selepas menghidap kanser ovari seperti ibunya.
Kredit foto: Instagram Pierce Brosnan & Keely Shaye Smith
Melihat anak menggaru kepala sebaik pulang dari rumah pengasuh atau sekolah masalah kutu pasti terlintas di fikiran. Ia jadi ingauan ngeri buat si ibu. Apa tidaknya jika tidak dikesan awal, kemungkinan satu keluarga akan dijangkiti masalah kutu yang menyebabkan kepala gatal malah luka akibat menggaru.
Kebiasaannya, kutu rambut mudah berjangkit kalangan kanak-kanak di sekolah rendah namun begitu, tidak mustahil masalah kutu rambut menyerang remaja di sekolah menengah bahkan golongan dewasa.
Masalah jangkitan kutu boleh berlaku sekalipun seseorang itu memakai tudung kerana kutu rambut lebih mudah membiak di tempat yang tertutup. Bayangkan, keadaan kepala yang terkepung dengan pemakaian tudung ditambah pula dengan rambut yang lembap boleh mengaktifkan lagi pembiakan kutu rambut.
Jadi apa perlu dilakukan bila anak-anak sudah dijangkiti kutu. Sekiranya ibu risau tentang penggunaan syampu kimia untuk menghapuskan kutu, ada banyak petua sebenarnya yang boleh dipraktikkan untuk mengatasinya?
Masalah kutu boleh menyebabkan kanak-kanak merasa malu dan rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan kerana dikhuatiri kutu bakal ‘terbang’ atau ‘hinggap’ di kepala kanak-kanak yang lain. Pastinya anda tidak mahu jika anak anda digelar ‘BUDAK KUTU’ bukan? Jadi, jom atasi masalah ini sebelum ia menjadi igauan ngeri sang ibu.
Lemon
Sifat asid yang dimiliki oleh lemon sememangnya tidak disukai oleh kutu rambut. Caranya amat mudah iaitu dengan mengambil beberapa biji lemon segar dan diambil jusnya.Gunakan perahan jus sebagai syampu untuk rambut. Lumurkan dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Bawang Merah
Bawang merah juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan masalah kutu rambut. Ambil beberapa biji bawang merah yang telah ditumbuk dan lumurkan di atas kepala. Biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air biasa.
Cuka Makan
Ia berfungsi sebagai pembasmi kutu kerana cuka makan akan membuatkan telur kutu mati dan tidak sempat menetas.Kadar asid yang tinggi juga membantu mengatasi masalah kutu.
Limau Nipis dan Minyak Kayu Putih
Campuran kedua-dua bahan ini dikatakan amat efektif untuk mengatasi masalah kutu rambut. Ubat secara tradisional ini bertindak untuk mematikan telur kutu dan baunya tidak digemari oleh kutu rambut.
Minyak Zaitun
Ia juga dikatakan sebagai bahan ramuan semulajadi yang baik untuk membasmi masalah kutu rambut. Caranya amat mudah iaitu dengan melumurkan minyak zaitun di seluruh bahagian kepala dan membiarkan ia selama 30 minit. Serkup rambut menggunakan shower cap. Kemudian bilas rambut seperti biasa diikuti dengan mencuci rambut dengan menggunakan syampu.
Penyebab jangkitan kutu
Sekiranya masalah kutu berjaya diselesaikan ingatkan anak supaya menghindari penyebab masalah jangkitan kutu seperti berikut:
1.Tidur atau duduk dekat dengan mereka yang sudah dijangkiti kutu
Kutu boleh berpindah dari satu kepala ke kepala yang lain melalui interaksi secara langsung. Sebagai contoh, tidur dengan seseorang yang mempunyai masalah kutu. Begitu juga jika anak anda duduk di dalam kelas bersebelahan dengan kanak-kanak yang mempunyai kutu, kebarangkalian untuk berjangkit adalah amat tinggi.
2. Memakai kelengkapan peribadi orang yang berkutu
Antara penyebab utama timbulnya masalah kutu kepala adalah kerana berkongsi barangan peribadi seperti sikat, tuala, baju, topi dan sebagainya.Ia akan menyebabkan kutu tersebut dapat berpindah ke kelapa lain.
3. Pengabaian penjagaan kebersihan kepala
Menjaga kebersihan bahagian kepala dan rambut penting untuk mengelakkan berlakunya masalah kutu. Bagi wanita yang mengenakan tudung, keadaan rambut yang kotor boleh menjadi penyebab wujudnya masalah kutu rambut. Selain itu, masalah rambut seperti rambut kering, rosak dan berkelemumur juga boleh menjadi faktor pendorong masalah kutu rambut.
Info
Kutu rambut merupakan parasit yang hidup di celah-celah rambut dan menghisap darah di bahagian kulit kepala. Kesan gigitannya akan menyebabkan rasa gatal dek kerana muntahan air liur kutu yang terkena pada bahagian kulit kepala
Tahukah anda, seekor kutu rambut dewasa boleh menghasilkan sehingga 10 telur dalam sehari,dengan jangka hayat kira-kira 3 hingga 4 minggu!
Telur kutu pula boleh mengambil masa selama 7 hingga 10 hari untuk menetas dan boleh menghisap darah antara 4 hingga 6 jam sekali.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
Kesempatan bertemu dengan wanita yang dilahirkan di Brunei Darussalam dan dibesarkan di Kuching, Sarawak ini benar-benar menyuntik inspirasi. Datin Geraldine atau mesra disapa G di kalangan teman akrabnya, begitu optimis bila bercerita tentang anaknya yang telah disahkan autisme.
Cerita wanita kacukan Filipina – Bidayuh ini, “Saya bersemangat untuk sebarkan kepada dunia tidak perlu malu sekiranya anak anda mengalami masalah perkembangan,” tutur isteri Dato’ Felix Chin yang menggalakkan isterinya menjadi inspirasi dan menyebarkan mengenai autism spectrum disorder, seperti yang didiagnos ke atas anak kedua mereka, Xavian.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Tambah ibu kepada tiga cahaya mata, Hendrix Chin, Xavian Chin, dan Lexie Abigail Chin ini, “Selepas berhenti kerja sebagai pramugari, saya menumpukan perhatian kepada ketiga-tiga anak saya terutamanya Xivian kerana di diagnos dengan autism spectrum disorder.
Jadi saya yang membawanya ke pusat autism untuk menjalani intervensi awal dan akhirnya doktor mengesahkan Xavian hanya mengalami masalah speech delay,” ucap Datin Gerald yang menyimpan cita-cita yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat. Datin Gerald juga sangat aktif dalam dunia kebajikan.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Di sebalik almari kaca, pelbagai tas tangan dari jenama Hermes, Dior dan Chanel mencuri pandangan. Malah mahkota yang dimenangi dalam pertandingan ratu cantik juga ada di ruang walking wardrobe Datin Geraldine. Apa pilihan paling Datin gemari?
“Saya sangat suka rekaan tas tangan dari Hermes, baik dari koleksi Birkin, Kelly, Jige dan Constance. Masih lagi saya ingat beg tangan pertama yang dibeli suami, Hermes Birkin 35 Camel Brown. Ia sangat bermakna untuk saya kerana suami bekerja kuat hanya untuk membelikan saya beg ini.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Apabila kehidupan kami menjadi lebih baik, dialah yang ‘memanjakan’ saya dengan hadiah beg tangan. Saya pula lebih selesa menggunakan wang sendiri untuk beli barang anak-anak. Sebagai seorang sosialit, saya banyak menerima jemputan untuk menghadiri majlis-majlis sosial jadi koleksi busana perlu banyak,” jelas bekas Mrs. Malaysia 2016 ini.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...