Selagi bernyawa selagi itulah kasih seorang ibu tidak akan pernah terputus terhadap anak-anaknya. Biar apa pun ujian yang melanda, kecekalan hatinya tidak terbanding. Itulah yang dinamakan pengorbanan. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh ibu muda berusia 33 tahun ini dikenali sebagai Norazlina Md Sani.

Nikmat kebahagiaan bersama suami tercinta dan tiga anaknya tiba-tiba bertukar suram apabila anak bongsu mereka dilahirkan sebagai insan istimewa. Kehadiran zuriat keempat ini merubah kehidupan keluarga ini secara total.

Muhd Fakri disahkan menghidap penyakit hydrocephalus iaitu masalah lebihan cecair dalam kepala atau sinonim dengan penyakit kepala besar.

Sejak dilahirkan, Muhd Fakri yang kini berusia tujuh tahun telah menjalani pembedahan sebanyak 18 kali. Muhd Fakri hanya terbaring kerana tidak dapat bergerak selain tidak boleh bertutur seperti kanak-kanak lain seusia dengannya. Muhd Fakri terpaksa didukung atau menggunakan kerusi khas sahaja.

PERNAH KOMA & Menderita PENYAKIT KEPALA BESAR, Ibu Muda Ini Tetap Pasrah Agar Anaknya Sembuh SemulaDua bulan selepas dilahirkan, degupan jantung Muhd Fakri semakin lemah. Kepalanya pula mengandungi air yang banyak sehingga saiznya membesar. Muhd Fakri dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan ditempatkan di wad ICU selama tiga bulan untuk rawatan rapi.

Selain menghidap penyakit hydrocephalus, sejak usianya empat bulan Muhd Fakri kerap kali diserang sawan sehingga ada kalanya sesak nafas dan koma. “Kami bergantung kepada ubat bagi mengawal sawannya. Semasa dua kali koma doktor pernah menyatakan yang Muhd Fakri seperti tidak ada harapan lagi untuk hidup.

Keadaannya waktu itu sangat teruk dan saya pasrah apabila doktor berkata begitu. Namun, sesiapa pun tidak dapat melawan kuasa Allah SWT, alhamdulillah keadaan Muhd Fakri semakin baik.

Tetapi, kesan pembedahan demi pembedahan menyebabkan penglihatan dan pendengarannya terganggu. Malah, tulang kakinya juga sudah terkeluar daripada kedudukan asalnya,” kongsi Norazlina yang sentiasa dibantu serta mendapat sokongan daripada suaminya sepanjang menjaga Muhd Fakri.

PERNAH KOMA & Menderita PENYAKIT KEPALA BESAR, Ibu Muda Ini Tetap Pasrah Agar Anaknya Sembuh Semula

“Setiap hari saya akan menyuapkan Muhd Fakri dengan bijirin dan susu khas. Sebanyak lima tin susu diperlukan dalam sebulan. Manakala bijirin pula sebanyak enam tin sebulan. Selain itu, Muhd Fakri turut menjalani rawatan fisioterapi dan diberikan ubat khas bagi melembutkan otot,” jelas Norazlina.

“Selagi bernafas saya berdoa agar terus diberikan kekuatan dan kesempatan untuk menjaganya. Di samping itu, saya juga berhasrat untuk menghantarnya ke sekolah khas agar dia mampu berdikari suatu hari nanti,” akhiri Norazlina.

Buat anda yang ingin menghulurkan sumbangan boleh melakukannya menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 10131-41-00005058-3 atas nama Norazlina Mohd Sani. Amy Mohd

https://youtu.be/FB7wAMvgQsc

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI