Lembaran diari tahun 2022 bakal menutup tirai meninggalkan segala momen manis yang tersimpul indah dijadikan sebagai motivasi untuk memberi yang lebih baik pada 2023. Pastinya, ramai yang mengecapi kejayaan dan matlamat yang ingin dikecapi pada tahun ini. 

Pernah Menjadi Mangsa ‘Body Shaming’, SHILA AMZAH Capai Impian 2022, Berjaya Turunkan 14 Kg Pernah Menjadi Mangsa ‘Body Shaming’, SHILA AMZAH Capai Impian 2022, Berjaya Turunkan 14 Kg

IKLAN

Seperti penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah, bagi dirinya, tahun 2022 merupakan sebuah tahun yang amat bermakna apabila dapat menurunkan berat badan yang diinginkan sebelum memasuki tahun baru, 2023.

Pernah Menjadi Mangsa ‘Body Shaming’, SHILA AMZAH Capai Impian 2022, Berjaya Turunkan 14 Kg

Curahan rasa gembira ini dikongsikan dalam sebuah hantaran di laman Instagram Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 32, mengenai kejayaan dirinya yang berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 14 kilogram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Pernah Menjadi Mangsa ‘Body Shaming’, SHILA AMZAH Capai Impian 2022, Berjaya Turunkan 14 Kg

Kongsi Shila yang merangkul tempat ketiga dalam program realiti Gegar Vaganza musim ke sembilan, untuk menurunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah. Malah, ia merupakan sebuah proses yang memerlukan kesabaran tinggi.

Pernah Menjadi Mangsa ‘Body Shaming’, SHILA AMZAH Capai Impian 2022, Berjaya Turunkan 14 Kg

Tambahnya lagi, dia berbangga dengan dirinya kerana dapat menempuh segala kesakitan dan halangan untuk menurunkan sebanyak 14 kilogram.

IKLAN

Saya bersyukur dapat meninggalkan 2022 dengan menghilangkan berat 14 kilogram. Saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menjaga diri dan saya telah melakukannya pada tahun 2022.

Alhamdulillah untuk setiap kemenangan dan setiap kemenangan kecil turut dikira.

Pernah Menjadi Mangsa ‘Body Shaming’, SHILA AMZAH Capai Impian 2022, Berjaya Turunkan 14 Kg

Terdahulu, pelantun lagu Bahagiakan Dia ini pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ dan menyebabkan dirinya mahu melakukan prosedur memasuki belon dalam perut, namun membatalkan hasratnya kerana risau akan memberi kesan kepada vokalnya.

Ternyata, penyanyi berkaliber ini tidak mudah melatah dengan kecaman yang diterimanya malah menjadikannya sebuah kunci pembakar semangat untuk mendapatkan berat badan yang ideal seperti yang dimahukannya.

Pernah Menjadi Mangsa ‘Body Shaming’, SHILA AMZAH Capai Impian 2022, Berjaya Turunkan 14 Kg

IKLAN

Bukan sahaja mendapat lebih dari 10 ribu tanda suka, malah ruangan komen juga turut dipenuhi dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti yang mengagumi kesungguhan Shila yang berjaya menurunkan berat badan.

Pernah Menjadi Mangsa ‘Body Shaming’, SHILA AMZAH Capai Impian 2022, Berjaya Turunkan 14 Kg

Sedikit info mengenai Shila, dia pernah menyertai program nyanyian One In A Million dan berjaya mara hingga ke pusingan akhir. Pada 20 September 2012, Shila menjadi juara Asian Wave yang diadakan di Shanghai, China. Shila mempunyai undian yang paling tinggi dalam talian di kalangan semua peserta. Dia menyanyikan tiga lagu iaitu “Gemilang” oleh Jaclyn Victor, “Grenade” oleh Bruno Mars, dan “Zheng Fu’ oleh Na Ying. 

Kini nama Shila Amzah bukan lagi asing dalam dunia seni tempatan, malah merupakan antara penyanyi yang berkualiti tinggi dan mempunyai bilangan peminat yang ramai.

Sumber gambar: Instagram Shila Amzah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI