Sesungguhnya kejayaan tidak datang bergolek. Tanpa usaha gigih dan semangat yang kental untuk berjaya, sudah tentu apa yang diimpikan tidak mungkin jadi kenyataan. Berkat kreativiti, minat dan kerja keras selama 14 tahun, kini IDr. Lokman Hakim Ahmad dan IDr. Rabiatul Adawiyah Rasol yang merupakan pemilik IDW Design & Build mampu tersenyum bangga kerana impian untuk memiliki empayar niaga sendiri akhirnya tercapai.

Menelusuri perjalanan awal penubuhan IDW Design & Build, pasangan suami isteri berjiwa kreatif ini mengambil langkah berani untuk bergelar usahawan hiasan dalaman ketika baru berusia 21 tahun. Walau masih muda dan ‘hijau’ dalam industri tersebut namun kedua-duanya optimis mendalami selok-belok dunia perniagaan. Apatah lagi, permintaan terhadap bidang hiasan dalaman kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

IKLAN

IDr. Lokman dan IDr. Rabiatul yang sebelum ini pernah menjawat tugas sebagai pensyarah Interior Design (ID) di UiTM Shah Alam tanpa berselindung mengakui pernah berdepan pelbagai kesukaran ketika menubuhkan syarikat IDW Design & Build. Antara kenangan yang masih segar di ingatan ialah apabila terpaksa ‘menumpang’ di sebuah stesen minyak sehingga pukul 3 pagi semata-mata untuk menyiapkan rekaan projek klien pertama mereka iaitu sebuah rumah banglo bernilai RM1.1 juta.

Ujarnya, dek kerana tidak mampu mempunyai pejabat sendiri waktu itu mereka menjadikan stesen minyak sebagai alternatif untuk berurusan dan membentangkan lakaran reka bentuk kepada pelanggan. Bertitik-tolak dari situ, mereka mula merancang hala tuju syarikat secara teliti dengan mengumpul duit keuntungan sebagai simpanan dan menyewa lot bangunan untuk dijadikan pejabat sementara.

Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma! Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma!

Hasilnya, perusahaan IDr. Lokman dan IDr. Rabiatul semakin berkembang maju dan mempunyai tiga lot bangunan sendiri yang tersergam indah di Shah Alam, Selangor. Lebih membanggakan, mereka juga menjadi antara pelopor dalam bidang hiasan dalaman kerana keupayaan mereka memenuhi cita rasa, kehendak dan permintaan pelanggan masa kini.

Tidak hanya terlibat dalam pengubahsuaian kediaman, pasangan usahawan cekal ini juga memanfaatkan kepakaran dalam urusan mencipta ruang bagi premis perniagaan, restoran, institusi pengajian dan hotel.

Berpengalaman luas selama 14 tahun, IDr. Lokman dan IDr. Rabiatul meraih pelbagai pencapaian membanggakan. Pendek kata, saban tahun ada saja kejayaan yang ditempa mereka berdua. Antara projek yang pernah dijayakan IDW Design & Build termasuk di kolej pengajian tinggi, resort, pejabat, restoran, kafe dan juga kediaman mewah.

Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma! Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma! Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma!

Rentetan kejayaan berterusan tersebut, pengasas IDW Design & Build ini telah menarik perhatian syarikat media gergasi, Astro yang sanggup mengambil khidmat mereka bagi menjayakan program televisyen bertemakan interior design sepanjang 29 episod. Mereka menghiasi program berkenaan selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 sehingga 2020 menerusi Sunnah Home, Impian dan Our First Kitchen.

IKLAN

Bersyukur dengan limpahan rezeki yang diterima dan demi mahu menyumbang bakti kepada masyarakat, IDr. Lokman dan IDr. Rabiatul sepakat berkongsi rezeki dengan menghadiahkan design percuma untuk mereka yang serius ingin ‘make over’ kediaman bersempena ulang tahun penubuhan IDW Design & Build yang ke-14 tahun ini!

Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma! Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma! Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma! Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma! Pernah ‘Tumpang’ Stesen Minyak Siapkan Kerja, Pasangan ID Ini ‘Belanja’ Design Make Over Rumah Percuma!

IKLAN

Menariknya, mereka bukan sekadar mengubah suai rumah anda mengikut personaliti dan bajet yang dipersetujui bahkan segala urusan berkaitan kontraktor, perabot dan hiasan rumah turut dikendalikan sepenuhnya oleh IDW. Bertuah sungguh siapa yang dapat ‘hadiah’ ini!

Difahamkan, IDW mencari 10 orang bertuah untuk tujuan design make over percuma tersebut. Baiknya pasangan suami isteri ini. Semoga kisah kejayaan mereka membina legasi IDW Design & Build dan keprihatinan menyediakan kediaman yang kondusif untuk masyarakat menjadi inspirasi ramai.

Layari www.idw.design dan Instagram https://www.instagram.com/idw.design/ untuk maklumat lanjut. Tak sabar jadi antara yang bertuah? Tempah slot anda sekarang di laman web IDW dan klik Get Consultation (https://idw.design/get-consultation/) untuk dapatkan slot emas ini!

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI