Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi! Sejak kecil, Ara Aziz sudah mula meraih perhatian warga maya dengan perkongsian video tutorial mekap. Ramai terhibur melihat gelagat dan telatah anak kecil ini.

IKLAN

Jelas terserlah bakat Ara ketika berada di depan kamera. Iyalah, anak pengarah dan penerbit filem!

Ekoran sambutan menggalakkan yang diterima menerusi media sosial, Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra mempunyai jenama kosmetik miliknya sendiri iaitu Ara Little Beauty yang turut dijual di pasaran Singapura dan Brunei.

Malah dia turut bergelar pengacara televisyen kanak-kanak. Murah rezeki anak ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝓐𝓻𝓪 (@araaziz)

Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak! Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak! Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak!

Mengulas pembabitan anak dalam dunia penyiaran, Puteri Lily Lokman sebagai ibu meluahkan rasa syukur melihat perkembangan anak tersayang.

Menyedari pelajaran dan minat tersebut perlu seiring, dia dan suami sentiasa mengutamakan pendidikan Ara. Dalam masa sama, menyokong karier seni anak.

Ujar Puteri Lily, “My daughter, Ara yang take over dan hosting. Saya juga banyak ajar dia macam mana nak jadi seorang pengacara dan sebagainya.

IKLAN

Saya masukkan dia macam-macam kelas termasuk public speaking to build up her confident and how to talk in front of camera. Semua tu bukan untuk saya tapi untuk dia sebab bapa dia pengarah, mak dia producer jadi dia ada advantage untuk ini.

Alhamdulillah Ara ada talent dan minat dia memang nampak lebih kepada bidang seni. Saya ni suka belakang tabir je bila depan tu, tak minat sangat.”

Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak! Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak! Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak!

IKLAN

Mengulas lanjut, cara dia dan suami mendidik anak-anak, tanpa berselindung ibu kepada dua anak tersebut berkongsi pengalaman.

Everything memang saya buat untuk pembelajaran dan persekolahan anak-anak. Bab cari dan survey sekolah untuk anak, saya yang buat. Memang saya agak tegas dalam pembelajaran mereka.

Abang Aziz more to disiplin dan timing serta kebersihan anak-anak. Pendek kata, masing-masing ada part dalam mendidik. Kalau seorang kena tegas, seorang lagi kena calm. Lebih kurang begitulah.”

Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak! Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak! Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak! Pernah Viral Video Tutorial Mekap, Bakat Mengacara ARA AZIZ Terserlah! PUTERI LILY Sokong Minat Anak!

Aziz M. Osman dan Puteri Lily Lokman berkahwin pada tanggal 6 Jun 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra atau dikenali sebagai Ara Aziz dan Muhamad Aryan Aziz.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI