KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Ahli Mangku Negara (AMN) kepada personaliti televisyen terkenal tanahair, Pang Chinn Fei.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
Chinn Fei yang merupakan Penyampai Berita TV3 antara lebih 300 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara baru-baru ini.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
Menjengah ke akaun Instagram peribadinya, Chinn Fei menitipkaan ucapan terima kasihnya buat Tuanku: –
“Daulat Tuanku!
“Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Tuanku atas kurniaan Ahli Mangku Negara (AMN) kepada patik sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.”
Chinn Fei turut meluahkan rasa kagumnya terhadap sikap mulia dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua dalam membantu nasib serta kebajikan rakyat.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
“DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, DYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah amat patik sanjungi atas keprihatinan baginda berdua terhadap nasib dan kebajikan rakyat.
Ads
“Jasa Seri Paduka Baginda berdua amat tinggi khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa bencana banjir dan musibah kerana sanggup berangkat mencemar duli dan meredah banjir demi membantu rakyat yang hidup dalam kesusahan.”
Tak ketinggalan, Chinn Fei turut kagum dengan sikap Seri Paduka Baginda berdua yang memiliki sfat-sifat terpuji.
“Seri Paduka Baginda berdua juga amat peramah, mesra rakyat dan penyabar serta memiliki sifat-sifat murni terpuji yang menyentuh jiwa dan hati nurani patik.
Ads
“Raja dan rakyat berpisah tiada. Baginda berdua telah membuktikan perumpamaan itu benar-benar berlaku dan bukan hanya omong-omong kosong.”
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Ads
Rata-rata para pengikut Chinn Fei menitipkan ucapan tahniah dan rasa kagum. Mereka turut terinspirasi dengan pencapaian yang diraih oleh wanita berusia 46 tahun itu.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
Turut menerima bintang kebesaran sama pengacara RTM, Terrence Joseph Dass.
Kedua-dua personaliti TV itu pernah bergandingan mengacara Majlis Sambutan Hari Kebangsaan untuk beberapa tahun.
Kredit Foto: Instagram Pang Chinn Fei.
Untuk info, AMN merupakan pangkat kelima antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN).
YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.
Tahniah sekali lagi buat Pang Chinn Fei. Semoga terus sukses serta lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raveena Tandon, antara bintang Bollywood yang cukup popular suatu ketika dahulu. Membuat penampilan dalam filem pertamanya Patthar Ke Phool (1991), Raveena kemudiannya membintangi beberapa buah filem termasuk Laadla (1994), Dilwale (1994), Mohra (1994), Khiladiyon Ka Khiladi (1996), Ziddi (1997), Bade Miyan Chote Miyan (1998) dan banyak lagi, menjadikan Raveena antara pelakon berbakat besar Bollywood pernah ada.
Selain dari bakat berlakon dan menari, anak kepada pengarah legenda Ravi Tandon ini juga terkenal dengan kejelitaanya. Kini, memasuki umur 48 tahun, Raveena kekal cantik walaupun sudah memiliki keluarga yang besar, menjadi ibu kepada 4 orang cahaya mata.
Walaupun Raveena jarang sekali dilihat menghiasi layar perak mahupun membintangi filem-filem terkini, Raveena kini dilihat terpaksa memperlahankan karier seninya berikutan misi peribadi yang lebih penting buat dirinya. Selain sibuk menguruskan keluarga, Raveena juga sebenarnya sangat aktif dalam bidang filantropi, dengan peranan utamanya memperkasakan wanita dan kanak-kanak.
Raveena menjadi perintis kepada isu ini selepas dia mengambil dua orang anak angkat dan menjadi ibu tunggal pada usia 21 tahun. Atas sebab itu, Raveen baru-baru ini secara eksklusifnya dipilih oleh kementerian untuk menjadi perwakilan di W20 yang berprestij, mewakili para wanita dalam persidangan Pemerkasaan Wanita di G20 India’s Presidency.
Malah Raveena juga telah lama melibatkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat dengan pelbagai organisasi seperti UNICEF, Cry, White Ribbon Alliance, Persatuan Spina Bifida dan Smile Foundation. Malah Raveena sendiri pernah membuka dan menempatkan 30 gadis di rumahnya sendiri dan membina rumah anak yatim di Vasai untuk mereka selepas mereka dibuang oleh tuan rumah mereka.
Semoga usaha keras Raveena memperkasakan wanita akan terus mendapat pengiktirafan dan dihargai sebaiknya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bangga dengan kejayaan wanita muda kelahiran Syria ini! Genap usia 23 tahun pada 7 April lalu, Maya Ghazal ialah lambang wanita Islam yang bijak dan bercita-cita tinggi. Bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik, kredibiliti Maya juga meraih perhatian pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) yang melantik wanita ini sebagai UNHCR Goodwill Ambassador. Bukan calang-calang!
Memetik kenyataan UNHCR, Maya berhijrah dari Damascus, Syria dan memulakan kehidupan baru di United Kingdom ketika berusia 16 tahun pada 2015. Sejak itu, dia berusaha mempelajari Bahasa Inggeris dan berjaya menamatkan persekolahan. Seterusnya memperoleh ijazah dalam kejuruteraan penerbangan dan pengajian juruterbang.
Menariknya tahun lepas, Maya melakar sejarah menjadi wanita pelarian Syria pertama yang berjaya bergelar juruterbang sewaktu berumur 21 tahun. Malah, dia komited menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk membela nasib pelarian sepertinya hingga sekarang.
Maya sebelum ini menerusi media sosial miliknya turut mendedahkan dia seorang yang sangat mementingkan pelajaran. “Sepanjang 15 tahun berada di Syria, pendidikan ialah satu kewajipan dan sangat penting. Walau negara sedang bergolak, hanya beberapa hari saja saya tak hadir ke sekolah biarpun sedar betapa ‘bahayanya’ untuk pergi ke sekolah.
Saya tak pernah terfikir penghijrahan ke UK membuatkan saya ketinggalan dalam pendidikan kerana pernah ditolak untuk mengikuti persekolahan disebabkan kerakyatan meskipun cemerlang dalam akademik.
Bagaimana pun, saya berjaya meyakinkan guru-guru dan mendapat tempat di dalam kelas kerana bijak dalam pelajaran. Sejak itu, saya kembali mendapat keyakinan diri semula dan menyedari keupayaan diri di samping percaya saya mampu meraih apa yang saya impikan.
Pendidikan ialah satu ‘alat’ yang saya percaya boleh mengubah dunia! Tanpa pendidikan, saya tak mungkin dapat menjadi juruterbang atau jurutera.”
Ujar Maya lagi, dia berterima kasih kepada agensi United Nations yang memberi ruang untuk ‘bersinar’ di pentas dunia. “Ramai pelarian muda yang berjuang mendapatkan pendidikan tapi UN refugees agency saban hari membantu mereka mendapatkan peluang tersebut.
Dengan memberikan peluang pendidikan dan galakan kepada remaja perempuan sepertinya, ia sekaligus memberi sinar harapan buat mereka untuk menggapai impian.”
Baru-baru ini Maya berpeluang bertemu bintang terkemuka filem Top Gun, Tom Cruise dan berbicara mengenai kepelbagaian dalam dunia penerbangan ketika dia dijemput menjadi tetamu Silverstone by Toto Wolff. Toto Wolff ialah billionaire kelahiran Austria yang juga eksekutif dunia permotoran, pelabur dan bekas pelumba.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Butik Citraida milik juara Gadis Melayu 2009, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida kini memasuki tahun keenam. Sambutan yang diterima sangat baik serta masih utuh berada di pasaran masa kini.
PERMULAAN
“Butik Citraida bermula ketika saya terlibat dalam satu sesi fotografi untuk majalah Dara.com terbitan Kumpulan Media Karangkraf beberapa tahun lalu di mana ramai yang bertanya tentang tudung yang saya pakai ketika itu.
Sebenarnya tudung yang dipakai itu adalah koleksi saya sendiri. Maka saya dicadangkan oleh wartawan majalah tersebut untuk keluarkan tudung jenama sendiri. Itulah antara faktor tercetusnya idea untuk saya memulakan perniagaan.
Butik Citraida The Strand Kota Damansara menawarkan barangan keperluan untuk wanita dan lelaki seperti baju kurung, baju Melayu, tudung, skirt dan lain-lain lagi. Kebanyakan barang yang dijual adalah apa yang saya suka dan mengikut cita rasa pelanggan.
Sementara butik di Bangi berkonsepkan butik kafe. Segala yang ada di butik Citraida The Strand Kota Damansara turut ada di butik Bangi. Namun, istimewanya butik di Bangi ialah dilengkapi dengan kafe berkonsepkan Jepun iaitu Succi Sushi menghidangkan sushi, bento dan lain-lain menu Jepun, “ kongsi Aida.
IMPIAN
“Butik Citraida The Strand Kota Damansara berkonsepkan keluarga yang memberikan suasana tenang. Sementara di Citraida Butik & Kafe konsepnya lebih kasual. Mereka yang berkunjung ke sini berpeluang menikmati sushi sambil diiringi lagu-lagu Jepun.
Buat masa ini saya lebih fokus kepada tudung bawal dan ingin memasarkannya ke peringkat lebih tinggi. Tudung bawal keluaran Citraida bukan jenis biasa. Ia merupakan bawal airbrush yang dihasilkan secara handmade.
Istimewanya lagi ia dihasilkan oleh ibu-ibu tunggal dan suri rumahtangga yang tinggal di sekitar Vietnam. Ia menjadi sumber pendapatan buat mereka.
Selain itu, saya mahu menambah lagi agen-agen Citraida. Saya mahu membantu wanita di luar sana memperoleh pendapatan lebih. Saya juga mahu memasarkan produk Succi Sushi yang bukan sahaja sedap rasanya malah halal dan harganya pun berpatutan. Impian seterusnya ialah membuka butik kafe Citraida di kota London,” akhiri Aida.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.