Lebih dua dekad Dato’ Sri Siti Nurhaliza bergelumang dalam dunia seni hiburan tanahair, namun kedudukannya sebagai penyanyi kesayangan ramai tanahair dilihat tidak pernah goyah walaupun muka-muka baru bersilih ganti menghiasi industri. Sehingga kini, tiada lagi artis yang dilihat mampu menandingi keupayaan dan pencapaian yang dimilikinya.

IKLAN

Pertama Kali Dalam Sejarah! SITI NURHALIZA Bakal Kongsikan 10 Tip Kehidupan Eksklusif, 10 Minit 10 Hari Berturut-Turut

 

Dan sudah tentu, lebih dua dekad dalam industri semestinya banyak yang boleh dikongsikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti. Dan sebentar tadi, Tok Ti ada mengumumkan bahawa dirinya akan akan berkongsi 10 tip kehiduapan selama 10 minit setiap hari selama 10 hari berturut-turut.

IKLAN

Selain berkongsi tip & petua yang diamalkan beliau dalam menjalani kehidupan sehari-hari sebagai seorang penyanyi, ahli perniagaan, isteri dan ibu, beliau juga akan menawarkan satu ‘tawaran’ istimewa khas kepada 50 orang pembeli baru di website Beausiti pada setiap hari!

Ini merupakan pertama kali dalam sejarah seorang artis terkemuka akan mengadakan siaran langsung atau LIVE 10 hari berturut-turut.

IKLAN

Pertama Kali Dalam Sejarah! SITI NURHALIZA Bakal Kongsikan 10 Tip Kehidupan Eksklusif, 10 Minit 10 Hari Berturut-Turut

Bagi peminat Tokti mahupun pengguna tegar produk keluarannya, anda semua boleh menantikan sesi LIVE 10-minit 10-hari 10-Tips Kehidupan bersama Siti Nurhaliza mulai Selasa 18 Oktober 2022, jam 12.30pm hanya di Instagram @ctdk dan @beausitiofficial serta Facebook Siti Nurhaliza. Hmmm tak sabar rasanya nak dengar tip-tip eksklusif dari penyanyi no 1 negara ini!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI