ELISYA SANDHA

Siapa yang tak nervous masa pertama kali jumpa bakal mak mertua? Tambahan pula, kalau mak mertua orang popular dan pelakon yang terkenal dengan watak antagonis. Walau takut dan gementar, tapi demi niat baik mahu mendirikan rumah tangga Elisya Sandha memberanikan diri.

Dedah Elisya, “Saya memang nervous tapi saya tahu apa saya nak dan saya tahu kenapa saya ada di situ.”

IKLAN

Mengimbas kembali pertemuan menantu dan ibu mentua itu, buat pertama kali dan secara eksklusif Sheila Rusly berkongsi kisah percintaan anak tersayang, Uzair Haqimy.

Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut! Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut! Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut!

“Jujurnya bila anak bawa Elisya ke rumah, saya macam tak percaya. Bila dengar nama belakangnya Sandha, saya tahu dia adik Fasha Sandha.

Masa datang rumah Elisya masih sekolah dan tak berlakon lagi. Dia tunggu dalam kereta dalam sejam tak keluar-keluar sebab takut.

Saya yang dalam rumah dengar enjin kereta tapi pelik kenapa dia tak masuk. Dah agak mesti dia nervous. Iyalah saya dari umur 15 tahun banyak berlakon watak antagonis. Mungkin sebab aura tu, sampai orang sekeliling takut nak tegur termasuk Elisya.”

Sementara itu, adik kepada Fasha Sandha ini memberitahu dia mula menjalin hubungan dengan Uzair Haqimy atau Haq ketika masih bersekolah. “Waktu tu saya baru 16 tahun dan Haq dah masuk kolej. Tapi kami belum masuk industri yang sama.

Kami pertama kali jumpa di restoran dan tak tahu pun dia anak Sheila Rusly. Sampailah dah sebulan kenal each other baru tahu status dia. Di mata saya, dia seorang lelaki family oriented. Dia lelaki yang sangat jaga keluarga dan sayang mak dia. Dari situ, saya percaya Haq boleh jaga saya sampai bila-bila.”

Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut! Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut! Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut! Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut!

IKLAN

Meskipun nama Elisya Sandha kian popular dan dikenali ramai namun aktres jelita ini sebenarnya seorang yang simple. Walau baru berusia 23 tahun tapi Elisya matang dalam banyak perkara.

Mengulas detik lamaran suami tercinta, Elisya sambil tertawa berkata tiada kejutan atau lamaran istimewa yang dilakukan Haq. Sebaliknya mereka sepakat menghalalkan hubungan mereka sebagai suami isteri secepat mungkin.

“Tak ada detik lamaran pun. Haq ada cakap yang kami perlu ke fasa seterusnya, bertunang dan adakan majlis nikah. Lagipun kami dah bercinta lama, enam tahun. Jadi, next step is to get married.

IKLAN

Saya memang a simple person dan straight forward. Tak perlu propose sebab kami dah tahu arah mana perhubungan kami. Tak perlu susah-payah.”

Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut! Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut! Pertama Kali Jumpa Bakal Mentua, ELISYA SANDHA Akui Duduk Berjam-Jam Dalam Kereta Sebab Takut!

Ujar Elisya lagi, walau belum setahun mendirikan rumah tangga namun masing-masing bijak tangani cabaran sebagai suami isteri.

“Mungkin kami dah kenal lama, jadi kalau hadapi masalah rumah tangga kami dah tahu macam mana nak kawal dan handle masalah tu. Kami sangat simple, saling memahami dan suka luang masa bersama.

Kalau ada masalah, kami akan cepat-cepat selesaikan dengan duduk berbincang. Bagi saya, itu semua penting bila dah berumah tangga.”

Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata sulung hujung Jun ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI