Baru-baru ini Putera William dan Kate Middleton mengadakan pertemuan istimewa dengan Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein dan isterinya, Puteri Rajwa di Istana Windsor.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra apabila kedua-dua pasangan diraja itu dirakam tersenyum sambil bergambar bersama di salah satu ruang megah kediaman rasmi keluarga diraja Britain itu.

Gaya Anggun Dua Puteri Jelita, Kate Middleton & Puteri Rajwa Dalam Busana Business Chic
Kredit Foto: alhusseinjo

Kunjungan pasangan diraja Jordan ke United Kingdom ini merupakan sebahagian daripada lawatan singkat mereka ke negara tersebut.

Pertemuan Putera William dan Kate Middleton dengan Putera Hussein dan Puteri Rajwa ini menandakan hubungan dua hala yang semakin erat antara monarki Britain dan Jordan.

Gaya Anggun Dua Puteri Jelita, Kate Middleton & Puteri Rajwa Dalam Busana Business Chic

Suasana Akrab di Istana Windsor

Pertemuan yang diadakan di kediaman diraja di Berkshirew tidak jauh dari rumah keluarga Wales di Adelaide Cottage turut diselubungi suasana akrab serta penuh persahabatan.

Dalam video yang dikongsi oleh Istana Kensington dan Putera Al Hussein, kedua-dua pasangan diraja itu dilihat berbual santai serta tertawa bersama memperlihatkan hubungan mesra yang terjalin di antara mereka.

Ads

Hubungan Akrab Dua Keluarga Diraja

Hubungan erat antara keluarga diraja Britain dan Jordan bukanlah sesuatu yang baharu. Kate Middleton diketahui pernah tinggal di Jordan semasa kecil, manakala William dan Kate turut menjadi tetamu kehormatan pada majlis perkahwinan Putera Hussein dan Puteri Rajwa pada tahun 2023.

Gaya Anggun Dua Puteri Jelita, Kate Middleton & Puteri Rajwa Dalam Busana Business Chic

Pertemuan Putera William dan Kate Middleton bersama pasangan diraja Jordan kali ini menjadi simbol kepada ikatan rapat antara dua keluarga diraja tersebut di mana masing-masing bakal memimpin negara mereka.

Ia melambangkan masa depan monarki Britain dan Jordan yang berteraskan persahabatan dan keharmonian.

Ads

BACA JUGA: Mahkota Mutiara Kesayangan Puteri Diana Serlah Kecantikan Kate Middleton, Gaun Renda Pelengkap Gaya

Gaya Anggun Dua Puteri Jelita, Kate Middleton & Puteri Rajwa Dalam Busana Business Chic

Gaya Elegan Puteri Kate & Puteri Rajwa

Dalam momen bersejarah itu, Puteri Kate dan Puteri Rajwa tampil sepadan dengan gaya business chic yang menyerlahkan aura elegan serta profesional.

Kate tampil anggun mengenakan sut berwarna camel rekaan Roland Mouret, dengan potongan seluar lebar yang pernah digayakannya ketika mengunjungi sebuah yayasan belia pada 2023.

Ads

Gaya Anggun Dua Puteri Jelita, Kate Middleton & Puteri Rajwa Dalam Busana Business Chic

Baginda memadankannya dengan blaus putih berleher pussy-bow serta sepasang anting-anting emas bersaiz besar yang menambahkan sentuhan manis pada penampilannya.

Sementara itu, Puteri Rajwa yang merupakan ibu kepada seorang bayi perempuan bernama Puteri Iman tampil memukau dengan padanan bustier hitam di atas kemeja putih berleher kolar serta seluar panjang hitam berpotongan lebar.

Rambut hitamnya ditata kemas dalam gaya poni ekor kuda tinggi, dan baginda melengkapkan penampilannya dengan tas hitam yang ringkas namun tampak elegan.

Gaya Anggun Dua Puteri Jelita, Kate Middleton & Puteri Rajwa Dalam Busana Business Chic

Penampilan kedua-dua puteri itu memperkukuh imej diraja moden yang berkeyakinan dan berkarisma, menjadikan pertemuan Putera William dan Kate Middleton bersama Putera Hussein serta Puteri Rajwa sebagai simbol hubungan diraja penuh gaya serta harmoni.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads