Ramai yang percaya bahawa lemon sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Air rendaman lemon saja dikatakan sangat baik untuk detoksifikasi dan membantu mengurangkan berat badan.
Namun begitu, tahukah anda cara merendam lemon yang betul agar khasiatnya dapat dimaksimumkan?
(a) Guna Air Panas Atau Sejuk?
Dalam cuaca panas, biasanya kita suka merendam lemon dengan air sejuk. Mungkin anda pernah dengar bahawa lemon tidak boleh direndam dengan air panas kerana takut vitamin C di dalamnya rosak.
Tapi kenyataannya, lemon tidak boleh direndam dalam air yang terlalu sejuk kerana selain rasanya tak dapat menyerap dengan baik, vitamin C juga tak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.
Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius. Ingat, air rendaman lemon sepatutnya tawar. 1 keping hirisan lemon boleh direndam dalam seteko air jadi 1 keping lemon sudah boleh dijadikan 3-4 gelas air.
Ads
(b) Adakah lemon harus direndam dengan kulitnya?
Ya, lemon mesti direndam dengan kulitnya. Meskipun rasanya agak pahit, tapi kulit lemon mengandungi flavonoid yang tinggi. Malahan merendam kulitnya jauh lebih baik daripada merendah isi buah lemon itu sendiri!
Minyak pati lemon juga terletak pada kulitnya. Jadi hirislah senipis mungkin agar khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar dan membaur dengan air rendaman.
(c) Bagaimana cara menyimpan potongan lemon yang belum terpakai?
Selepas menghiris lemon, mesti ada yang bertanya, sisa yang lain macam mana? Kalau disimpan dalam peti sejuk, adakah khasiatnya berkurangan?
Ads
Sebenarnya lemon adalah sejenis buah yang cukup awet. Meskipun lemon kelihatan mengering, tapi lemon yang kering juga masih boleh direndam. Khasiatnya pun tetap tak berubah.
Kebaikan Air Rendaman Lemon
Ads
(1) Mengalkalikan tubuh badan
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid apabila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Apabila badan berasid, selain mengganggu pelbagai fungsi dalam badan, tubuh juga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser.Walaupun lemon bersifat asid (masam), namun ia mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah. Lemon juga membantu memastikan keseimbangan pH dalam badan.
(2) Mencantikkan kulit
Kandungan vitamin C pada lemon memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
(3) Membantu penghadaman
Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman atau dengan kata lainnya merangsang pergerakan usus (bowel movement). Lemon pula dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati.
(4) Membantu proses penyingkiran toksin
Air lemon bersifat diuretik, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu proses detoksifikasi pada organ hati. Hati merupakan salah satu organ utama membuang toksin dari tubuh manusia. Bila toksin dapat disingkirkan, nutrien daripada makanan juga lebih mudah diserap.
(5) Membantu menurunkan berat badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam menurunkan berat badan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak dara sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu.
Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 25 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 9 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 4 tahun.
Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua.
Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.
Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.
“I finally hit 24 inch waist. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai Sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”
Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang!
Kredit: Instagram Fatin Afeefa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuah Syafiq Yusof dikurniakan seorang isteri yang ayu dan berpenampilan menutup aurat. Pastinya kehadiran wanita hebat bernama Aeisah Zainal ini menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang ditempa pengarah berbakat besar, Syafiq Yusof hari ini.
Tidak dinafikan, populariti anak ketiga sutradara Datuk Yusof Haslam tersebut kian melonjak naik dan terkenal sejak karya hebatnya, Sheriff pada tahun lalu mencatat kutipan ‘pecah panggung’ mencecah RM60.5 juta.
Bahkan nama Syafiq Yusof terus menjadi bualan apabila filem Blood Brothers yang mula ditayangkan 10 April lalu mendapat reaksi positif penonton.
Aeisah Zainal Suri Hati Syafiq Yusof
Bersandarkan status sebagai isteri pengarah terkenal namun Aeisah Zainal enggan menumpang populariti suami dan tampil ‘low profile’. Pun begitu, kelibat ibu penyayang ini sering turun padang menyaksikan filem arahan Syafiq sebagai tanda sokongan terhadap kerjaya suami tercinta.
Tanggal 5 April lalu genap 11 tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Berkongsi foto berdua di media sosial, Aeisah menitipkan ucapan istimewa buat anak lelaki Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ini.
“Happy anniversary sayang. 5 April 2014 – 5 April 2025, semoga Allah SWT menjaga cinta kita hingga ke akhirat. Aamiin. Bercinta dan berkasih sayang kerana Allah SWT.”
Pasangan ini selamat diijab kabulkan pada 5 April 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nuur Jannah berusia sembilan tahun, Nuur Nusaybah berumur tujuh tahun dan Muhammad Nu’aiman, dua tahun.
Aeisah Zainal Anak Agamawan Ustaz Zainal Ismail
Aeisah Zainal juga menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 pada 3 April lepas.
Menariknya, dia merupakan anak kepada seorang pendakwah dan agamawan iaitu Ustaz Zainal Ismail. Bagaimana pun Ustaz Zainal meninggal dunia pada 16 Jun 2021.
Aeisah sebelum ini pernah mengusahakan perniagaan bidang kecantikan dan bergelar pengasas Nuurs Skin.
Moga rumah tangga yang dibina Aeisah Zainal dan Syafiq Yusof berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak beli minyak wangi, sama macam memilih baju juga. Untuk siang lain, untuk malam lain. Malah, pilihan minyak wangi untuk musim panas dan sejuk pun lain. Di Malaysia, mujur ada cuaca panas dan hujan saja, jadi hanya dua minyak wangi diperlukan.
Harga minyak wangi ada yang mahal dan ada juga yang murah. Terpulang kepada individu untuk memilih yang mana asalkan sesuai dengan chemistry tubuh. Ada beberapa tips yang boleh anda cuba dan baca juga pendapat pakar.
Senaraikan haruman yang diminati
Sekiranya anda cenderung dengan haruman dari buah-buahan, senaraikannya. Anda juga boleh memilih dari aroma bunga-bungaan. Ini adalah untuk memudahkan ‘perfume hunting’ anda nanti.
Beli minyak wangi pada waktu pagi
Mengapa? Deria bau anda lebih sensitif pada waktu pagi, otak lebih tenang dan ia adalah masa terbaik untuk membuat pilihan terbaik. Malah, anda juga digalakkan memilih haruman pada waktu pre-menstrual kerana ketika itu bau anda lebih sensitif, memudahkan anda memilih aroma floral!
Ikut gaya sesuai
Sebelum keluar memilih haruman, bergayalah mengikut personaliti anda agar pembantu jualan boleh membantu anda membuat pilihan mengikut gaya dan personaliti anda.
Hindari minyak wangi dan kosmetik
Hanya sekali ini, biarkan wajah anda polos dan tubuh tanpa haruman. Nanti sukar untuk anda membuat pilihan haruman yang sesuai untuk anda.
Sediakan sapu tangan kecil atau kepingan kain kecil
Semburkan minyak wangi pilihan pada sapu tangan dan kain kecil itu. Anda bawa pulang dan buat pilihan mengikut kegemaran anda. Datang smeula untuk membuat pembelian.
Namun, menurut Pengarah Kreatif jenama haruman eksklusif dunia Amouage, Christopher Chang, untuk memilih haruman terbaik adalah dengan menyemburkan pada bahagian tubuh agar ia boleh sebati dengan bau badan anda.
Hadkan semburan minyak wangi
Buat pilihan lima terbaik. Hidung anda hanya boleh ‘menangkap’ hanya 5 haruman sahaja dan waktu percubaan tidak lebih dari 3 minit.
Haruman asli
Sedikit pelaburan untuk minyak wangi original lebih baik kerana walaupun harganya mahal tetapi pati haruman ini tahan lebih lama.
Pilih haruman, bukan botol!
Jangan biarkan botol yang cantik memperdaya anda. Paling penting, haruman yang dipilih sesuai dengan anda. Botol pun hanya di simpan di rumah kan?
Ikut perasaan
Kali ini anda boleh membuat keputusan membeli minyak wangi mengikut perasaan. Maksudnya, deria bau anda yang akan memberikan perasaan kesesuaian untuk tubuh. Hanya anda yang tahu apa yang terbaik, bukan orang lain!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan model jelita dari Indonesia, Aryani Fitriana antara figura umum yang mengambil keputusan untuk bertudung dan menutup aurat sepenuhnya.Di sebalik penghijrahan itu, rupa-rupanya...