Jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang dengan kerjasama daripada Menara Kuala
Lumpur (KL Tower) telah melakar sejarah tersendiri dengan mengadakan pertunjukan fesyen, yang diberi nama ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di KL Tower pada 18 Februari lalu.
Pertunjukan fesyen ini menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon
seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.
Didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi
golongan plus size, koleksi Bulan Bintang ini semestinya boleh digayakan oleh semua.
Acara ini dimeriahkan lagi dengan projection mapping atau juga dikenali sebagai video
mapping iaitu teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan
memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Projection mapping di tiang
KL tower ini memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan.
Tidak ketinggalan juga, salah satu ‘highlight of the night’ adalah di mana Bulan Bintang
melakar sebuah lagi sejarah dengan menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang
mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia
Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah
perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak.
Pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini juga turut menampilkan barisan
duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar,
Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha selain daripada persembahan
istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.
Pertunjukan fesyen pertama Bulan Bintang ini membawakan pelbagai kejutan dan
kelainan buat penggemar fesyen serta penyokong Bulan Bintang dan sekaligus
mengangkat jenama Bulan Bintang ini ke peringkat antarabangsa.
Tarikh 18 Februari yang bermakna ini juga merupakan tarikh bermulanya penjualan koleksi Raya 2023 di mana pengguna boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau di butik rasmi BulanBintang di seluruh Malaysia.
“Ini merupakan tahun kedua kami memperkenalkan rekaan baju wanita dan saya cukup teruja kerana rekaan tahun ini lebih bervariasi kerana kami punya pereka fesyen sendiri. Dan sudah semestinya rekaan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
“Dan kami lakukan penambahbaikan pada tahun ini dengan tidak meletakkan jenama Bulan Bintang pada baju namun meletakkannya pada butang baju Melayu. Malah zip pada bahagian lengan dibuat bagi memudahkan pemakai mengambil wuduk,” tambahnya.
Mensasarkan jualan 1 juta helai busana terjual, jelas Azzim, dia mensasarkan keuntungan 400 peratus daripada tahun lalu.
“Untuk tahun lepas, kami peroleh hampir RM30 juta untuk jualan hari raya. Dan untuk tahun ini kami sasarkan 400 peratus peningkatan dengan jualan 1 juta unit baju. Jualan akan bermula pada hari ini (18 Februari) dan saya jangkakan baju akan habis terjual sekurang-kurangnya seminggu sebelum raya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, jangan lupa untuk dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang 2023 di
www.bulanbintanghq.com atau anda juga boleh buat pembelian secara fizikal dengan
mengunjungi butik Bulan Bintang di cawangan Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard,
Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang.